Skip to main content

Tip Penjagaan Gigi Supaya Tidak Cepat Rongak

tip penjagaan gigi
Kredit foto : blog kolibree

Gigi rongak memang tak cantik. Anda mungkin boleh gunakan gigi palsu tapi kesannya tetap tidak sama dengan gigi asli. Mamanet nak kongsikan tip penjagaan gigi agar senyuman anda sentiasa berseri. Sebenarnya amat penting untuk anda memberi penjagaan rapi dan menyayangi gigi anda.

 

 

 

tip penjagaan gigiSenyuman adalah ekspresi tubuh yang mampu mencairkan hati seseorang. Gigi yang bersih, sihat dan putih tentu sahaja akan mempercantikkan lagi senyuman kita. Pasti anda ingin memiliki senyuman cantik yang menampakkan barisan gigi yang sempurna. Contoh macam pelakon drama Moon Light Drawn By Clouds, Pak Bo Gum ini yang mempunyai senyuman yang sempurna.

 

Tip penjagaan gigi dan pantang larang yang perlu dipatuhi:

 

  1. Kurangkan Makanan Bergula

Makanan dan minuman bergula boleh mengakibatkan risiko gigi menjadi reput. Tetapi, makanan yang manis- manis itulah selalu dan sedap sangat kita diambil.

 

Bagi mendapatkan gigi yang cantik dan sihat, kita perlu hadkan pengambilan makanan yang manis. Kita disarankan mengambil jus buah-buahan tanpa gula daripada mengambil minuman yang ditambah dengan gula.

 

Bagi pencinta kopi atau teh pula, kita boleh sahaja menikmati minuman kegemaran tersebut, tetapi perlu digantikan dengan pemanis tiruan sebagai perasa.

 

Di samping itu juga, elakkan mengambil makanan yang bersifat melekit atau terlalu lembut. Ini adalah kerana makanan sebegini mudah melekat di celahan gigi dan meningkatkan proses pembiakan bakteria.

 

 

  1. penjagaan gigi
    Kredit foto: geneticliteracyproject

    Perbanyakkan Pengambilan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran

Bahan semula jadi yang terkandung di dalam buah-buahan dan sayuran terbukti dapat memberikan pengaruh yang efektif untuk membersihkan gigi. Sebagai contoh, mengunyah epal adalah cara terbaik untuk mendapatkan gigi yang sihat.

 

Sungguhpun epal mengandungi gula buah semula jadi. Namun, pengeluaran air liur yang banyak dapat membantu penjagaan gigi yang lebih baik dan  mengelakkan kerosakan gigi. Antara buah-buahan dan sayuran yang boleh dijadikan pilihan ialah oren, tomato, nanas, tembikai, timun, lobak merah, saderi, dan brokoli.

 

 

  1. penjagaan gigi
    Kredit foto : diyetisyenim

    Produk Tenusu

Makanan yang berasaskan tenusu seperti susu rendah lemak, yogurt rendah lemak, dan keju rendah lemak antara makanan yang baik untuk kesihatan gigi.

 

Ini adalah kerana, produk-produk ini kaya dengan kalsium dan fosforus yang sangat baik untuk penjagaan gigi dan memelihara kesihatan gigi. Kandungan vitamin D yang terdapat dalam susu membantu penyerapan kalsium untuk gigi dan juga tulang.

 

 

  1. Berus Gigi Dengan Betul

Jika pemilihan makanan sudah tepat, tetapi cara memberus gigi pula tidak betul, pastilah menjejaskan kesihatan gigi. Terdapat beberapa cara memberus gigi yang sering dipraktikkan.

 

Pertama:  Gerakan vertikal di mana gigi diberus dari atas ke bawah.

 

Kedua:  Gerakan horizontal iaitu gigi diberus dari depan ke belakang.

 

Ketiga: Satu lagi cara yang digunakan adalah gerakan berputar.

 

 

Daripada ketiga-tiga cara tersebut, gerakan berputar merupakan cara memberus gigi yang paling disarankan.

 

Gerakan tersebut boleh menjangkau semua bahagian mulut serta boleh menghasilkan urutan lembut pada gusi. Lakukan proses ini secara perlahan-lahan agar gusi tidak tercedera.

 

 

penjagaan gigi
Kredit foto: beautystylewatch

Wajib Buat Ni Kalau Nak Gigi Cantik!

 

-> Jangan malas memberus gigi. Minimum hanya dua kali sehari. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, gunakan berus gigi elektrik.

 

-> Lakukan flossing dan rajinkan diri berkumur agar mulut bebas daripada bakteria. Malah, flossing dan berkumur dapat menghilangkan kotoran di celah-celah gigi yang tidak terjangkau oleh berus gigi.

 

-> Kurangkan pengambilan kopi dan berhenti merokok. Nikotin yang melekat pada gigi menjadi ancaman berbahaya bagi kesihatan gigi kerana ia merupakan hidangan lazat kepada bakteria mulut untuk menghasilkan asid penyebab gigi berlubang.

 

->Bersihkan gigi dengan strawberi. Caranya cukup mudah, hancurkan strawberi dan sapukan pada seluruh permukaan gigi dengan menggunakan jari. Biarkan selama satu hingga dua minit, kemudian gosok gigi secara menyeluruh sehingga bersih.

 

-> Jika ingin minum kopi, teh atau minuman berkarbonat, pastikan kita menyedutnya dengan menggunakan straw. Ini kerana, warna minuman tersebut boleh melekat pada gigi sehingga lama-kelamaan gigi boleh bertukar kekuningan.

 

-> Lakukan pemeriksaan gigi secara rutin iaitu setiap enam bulan sekali.

Anda akan berasa bersyukur di hari tua kelak bila anda amalkan tip penjagaan gigi ini sejak muda. Anda bukan sahaja akan kelihatan awet muda malah, anda tidak akan ada masalah untuk menikmati makanan yang anda gemari.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .