Skip to main content

Sayur Taugeh Luar Biasa Dapat Tingkatkan Kesuburan

sayur taugehSayur Taugeh memang sedap, tapi jangan dimasak terlalu lama. Sayur taugeh merupakan salah satu suyuran sihat yang kaya dengan vitamin E, vitamin B, serat dan protein.

 

 

Bukan itu sahaja, taugeh juga dipercayai sebagai sayuran yang baik untuk kesuburan sistem peranakan wanita. Bagi pasangan yang baru berkahwin atau sudah berkahwin ingin menimang cahaya mata memang digalakkan makan sayur taugeh!

 

Mamanet yakin, walaupun ada di antara kita yang pencinta taugeh, tetapi masih belum tahu rahsia di sebalik kenikmatan sayur taugeh ini.

Jom.. kita selidik apa manfaat  sayur taugeh ini

 

  1. sayur taugeh
    kredit foto: foodqualitynews

    Sumber Enzim

Taugeh mengandungi 100 kali lebih banyak enzim jika dibandingkan dengan sayuran dan buah-buahan yang tidak dimasak.

 

Enzim ini adalah protein istimewa yang memberikan efek penting buat tubuh, iaitu meningkatkan fungis organ dalam tubuh.

 

  1. Sumber Protein

Taugeh juga boleh menjadi sumber protein yang baik, terutama bagi vegetarian yang tidak mengambil protein haiwan seperti daging dan ayam.

 

Taugeh mengandungi lebih kurang 35 peratus protein untuk tubuh. Selain itu, kelebihan lainnya, taugeh menawarkan protein tanpa tambahan lemak, kolesterol dan kalori seperti sumber protein lain.

 

  1. Mudah Dihadamkan

Memandangkan jumlah enzim yang cukup banyak didalamnya, taugeh mudah dihadamkan. Taugeh juga membantu orang yang memiliki masalah dengan perut kembung atau masalah penghadaman.

 

  1. sayur taugeh
    kredit foto: ivescience

    Menurunkan Berat Badan

Sayur taugeh yang kaya dengan zat dan rendah kalori akan membantu kita menurunkan berat badan sambil memenuhi nutrisi yang diperlukan tubuh.

 

Di samping itu ia juga kaya dengan serat dan boleh membuatkan kita rasa lebih kenyang. Semua kelebihan taugeh ini membuatkannya sangat sesuai diambil oleh sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.

 

 

  1. Meningkatkan Kesuburan

Taugeh mengandungi vitamin E dan protein yang sangat tinggi. Ia dipercayai dapat meningkatkan kesuburan lelaki kerana pelbagai hormone lelaki dapat dihasilkan dengan rangsangan ketika menikmati sayur ini.

 

 

  1. Mencegah Anemia

Sayur ini dikatakan mempunyai kandungan asid folik yang sangat bagus untuk menghasilkan pengeluaran asid amino dan sel darah merah.

 

Pengeluaran darah merah yang stabil sangat membatu untuk mencegah terjadinya anemia atau kekurangan sel darah merah.

 

Nampaknya selepas ini kita kena rajinlah makan sayur taugeh ya. Bagi yang tak suka, kenalah buang jauh-jauh perasaan tak suka  tu ya sebab terlalu banyak khasiat taugeh. Rugi kalau tak makan!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...