Skip to main content

Resepi Spaghetti Goreng Seafood

spaghetti goreng
kredit foto: fiverfeeds

Spaghetti merupakan masakan ala Itali yang digemari oleh ramai orang. Bagi yang suka seafood, Chef Mamanet kongsikan satu resepi yang sungguh istimewa iaitu Spaghetti Goreng Seafood.

 

 

Kombinasi sayuran segar melengkapkan lagi keenakan Spaghetti Goreng Seafood ini.Jika kurang menggemari spaghetti, boleh sahaja ganti dengan macaroni ataupun fettucini. Semuanya sedap!

 

Spaghetti Goreng ini mudah disediakan dan dipek serta sesuai untuk dijadikan bekal untuk anak sekolah. Jika dimasak dengan betul dan disejukkan sebelum dipek, ia boleh tahan sampai tengah hari. Sesuai untuk anak yang stayback di sekolah sampai petang.

 

Anda juga boleh buat sos dan bekukan. Jadi, mudah untuk anak yang lebih besar menyediakan hidangannya di rumah. Dia cuma perlu merebus speghetti dan panaskan sos. Anda tidak perlu risau kalau anda pulang lewat kerana anak anda sudah kenyang dengan masakan air tangan anda.

 

Bahan-Bahan

spaghetti goreng
kredit foto: oregano-thecandidadiet

* Sebungkus spaghetti, didihkan atau rebus sehingga matang. Tos dan ketepikan.

* 2 sudu makan minyak zaitun untuk menumis

* 5 ulas bawang putih – dicincang halus

* Sebiji bawang besar – dipotong dadu kecil-kecil.

* Sedikit daging ayam, sosej, udang, sotong dan meatball

* Chili flakes (kalau nak pedas letak banyak sikit)

* Sayur-sayuran (mengikut kegemaran sendiri)

* Sebiji cili capsicum merah dan hijau – potong ikut suka.

* Sedikit serbuk pati ayam/kicap ikan

*  Serbuk oregano

* Sedikit garam

* Keju parmesan

 

 

Cara Membuat Spaghetti Goreng Seafood:

 

  1. spaghetti goreng
    kredit foto: googleusercontent

    Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.

 

  1. Masukkan pula chili flakes, biar kekuningan dan masukkan daging ayam,sosej,meatball, udang, sotong (tapi kalau guna sotong dan udang masuklah kemudian sikit ya. Nanti lama-lama masak tak sedap pula)

 

  1. Apabila daging ayam atau sosej tu dah masak, letakkan pula garam, serbuk pati ayam/kicap ikan dan serbuk oregano.

 

  1. Gaul rata kemudian barulah masukan sayur-sayuran tersebut.

 

  1. Terakhir barulah masukan spaghetti serta keju parmesan.

 

  1. Ok, done! Bolehlah dihidangkan Spaghetti Goreng Seafood yang cukup lazat ini dan makan bersama keluarga tersayang. Lebih sedap dimakan ketika masih panas. Selamat Mencuba!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...