Skip to main content

Resepi Pajeri Terung Bonda Enak

resepi pajeri terung
Kredit: 3.bp.blogspot

ADA bermacam-macam masakan pajeri. Antaranya yang paling popular adalah Pajeri Terung dan Pajeri Nanas. Kali ini Chef Mamanet nak kongsikan Resepi Pajeri Terung Bonda yang cukup lazat ini.

 

 

 

Tapi sebelum tu, nak cerita sedikit tentang kebaikan sayur terung ini.Ia kaya dengan serat pada isi dan kulitnya. Serat tersebut sangat bermanfaat untuk menjaga kulit, rambut agar tetap sihat serta dapat mengubati kanser usus besar.

 

Di samping itu, kandungan phytonutrisi anthocyanin yang dipanggi nasunin dalam kulit terung sangat berkhasiat untuk menutrisikan salah satu organ penting tubuh kita iaitu otak. Dengan adanya nasunin ini, otak kita akan mendapat nutrisi yang lebih baik serta memudahkan kita untuk berfikir.

 

Bagi yang sebelum ini kurang menyukai terung, cubalah mengubah citarasa anda setelah mengetahui kebaikan sayur ini. Ok, selamat mencuba Resepi Pajeri Terung Bonda ini.

 

 

resepi pajeri terung
Kredit: puriegarden

Berikut Resepi Pajeri Terung

Bahan-bahan yang diperlukan:

3 biji terung unggu ( dibelah separuh putus dan direndam di dalam air untuk seketika)

1 biji bawang putih (dikisar)

3 biji bawang merah (dikisar)

1cm halia(dikisar)

1cm kunyit hidup (dikisar)

2 sudu besar cili kering kisar

5 sudu besar serbuk rempah (dibancuh sedikit dengan air)

2 cm kulit kayu manis

2 kuntum buah pelaga

2 bunga bunga lawang

1 sudu air asam jawa

1 sudu besar udang kering (dikisar)

3 sudu besar kerisik

1 ½  cawan santan pekat

Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

 

Cara Membuat Resepi Pajeri Terung Bonda

  1. Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.

 

 

  1. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit dan juga udang kering yang sudah dikisar.

 

3.Kacau sehingga naik bau harumnya dan kemudian masukkan cili kering yang sudah dikisar.

 

 

  1. Kacau hingga sebati dan masukkan pula serbuk kari yang sudah dijadikan pes tadi.

    resepi pajeri terung
    Kredit: letsmasak

 

 

  1. Masak sehingga pecah minyak. Kacau lagi hingga sebati dan masukkan terung. Kacau seketika.

 

 

  1. Setelah itu masukkan santan dan kerisik, garam, gula, air asam jawa dan serbuk perasa Biarkan mendidih.

 

 

  1. Masak sehingga kuahnya pekat.Jika cukup semua rasanya, bolehlah tutup api. Dah siap pun Resepi Pajeri Terung Bonda dan segera dihidangkan bersama nasi panas.

 

[btn text=”KLIK & LIKE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...