Skip to main content

Peranan psikologi suami isteri dalam keluarga bahagia

mix97-3
suami isteri

Bernikah, bukan sekadar melafazkan akad dan terus saling mencintai. Suami Isteri, masing-masing mempunyai peranan dalam menjayakan visi dan misi rumah tangga, sekali gus membentuk keluarga yang sakinah, rahmah dan mawaddah.

 

Membina keserasian suami isteri

 

suami isteri
kredit foto: stevenaitchison

Peranan utama yang perlu dimainkan oleh kedua belah pasangan adalah membina keserasian. Dalam sebuah keluarga, suami Isteri, juga sebagai ibu dan ayah, bersama meletakkan cita-cita ingin mendidik anak dan  membangun keluarga bahagia.

 

Cita-cita ini memerlukan keserasian yang jitu antara suami dan isteri dalam meletakkan visi yang sama dalam kehidupan mereka. Keserasian perlu dibina dan dipupuk sejak hari pertama perkahwinan juga perlu sentiasa diperbaiki.

 

Hal ini kerana, setiap orang akan berubah, suami kita akan berubah, isteri juga akan berubah, jadi keserasian antara suami Isteri  pun akan sentiasa berubah dan ditingkatkan dalam proses membangunkan keluarga.

 

Perkahwinan adalah satu projek yang besar juga merupakan perjalanan yang panjang. Suami isteri perlu mempunyai peralatan yang betul supaya cabaran yang dihadapi dapat dilalui bersama dengan kesukaran yang minimum.

 

Peralatan asas yang perlu dikuasai dalam membina keserasian adalah kemahiran komunikasi dan kemahiran kemanusiaan.

 

  1. suami isteri
    kredit foto: arvinddevalia

    Kemahiran Komunikasi Suami isteri

Komunikasi, melalui percakapan, tulisan dan bahasa badan sangat penting dikuasai oleh si isteri dan suami. Wujudkan medium bagi suami dan isteri berbincang mengenai isu-isu besar keluarga.

 

Dengan zaman era serba canggih, banyak alternatif boleh diwujudkan dalam mencapai tujuan komunikasi dalam membina keserasian, terutama pasangan yang sibuk seharian bekerja juga kekurangan masa bersama memandangkan masa di rumah perlu diluangkan bersama anak-anak.

 

Jika medium whatsapp personal kepada suami terlalu umum, mungkin suami isteri boleh memilih medium lain seperti viber.

 

Bagi isteri yang lebih selesa menghantar ‘surat cinta’ ataupun isi hati mereka melalui emel kepada suami juga suatu medium yang baik dalam membentuk keserasian. Kadang kala, tulisan lebih mudah difahami dan dibaca pada emosi yang lebih tenang  berbanding  komunikasi verbal yang mungkin dilontarkan bersama emosi marah atau kecil hati.

 

  1. Kemahiran kemanusiaan

Kemahiran kemanusiaan turut disebut sebagai kemahiran insaniah, people skills, soft skills dan emotional intelligence. Kesemuanya membawa maksud yang serupa iaitu kebolehan seseorang menguasai kemahiran dalam membina hubungan dengan diri sendiri dan membina hubungan dengan persekitaran, seperti hubungan suami isteri.

Antara elemen kemahiran insaniah yang perlu ada pada seorang suami dan isteri adalah seperti berikut:

  1. Penampilan diri
  2. Kebolehan mengawal emosi dan menguruskan tekanan
  3. Kebolehan menangani dan menyelesaikan masalah
  4. Kerja berpasukan sebagai pasangan berkeluarga
  5. Kemahiran saling memotivasikan
  6. Kebijaksanaan menyesuaikan diri mengikut keadaan semasa
  7. Kebijaksanaan dalam membuat keputusan

Kemahiran kemanusian ini perlu dipelajari dan diperbaiki oleh setiap pasangan dalam menghargai hubungan mereka sebagai suami isteri juga untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Oleh: Norul Asyiqin Ismai

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...