Skip to main content

Membawa anak keluar malam, apa kata ibu bapa?

membawa anak
Kredit foto: Baby-cejuk-xyz

Semalam, mamanet sudah siarkan artikel mengenai kemungkinan kesan buruk yang berlaku jika bawa anak keluar malam. Bagaimanapun bukan semua ibu bapa setuju dengan pandangan tersebut. Ramai juga ibu bapa yang tidak kisah dan gemar membawa anak keluar malam.

 

 

Mamanet sempat bertanya beberapa mama dan papa selain membaca forum berkenaan sikap membawa anak keluar malam ini di internet. Beberapa nama ditukar bagi tujuan privacy.

 

membawa anak
Kredit: Denmarkfact

Apa kata mama dan papa tentang membawa anak keluar malam?

“Saya bawa bayi saya berusia 42 hari bersiar-siar di  Sogo, KLCC, Alamanda dan tasik. Bila sampai rumah, saya akan mandikan dia tapi kalau larut malam, saya akan basuhkan muka, rambut, tangan dan kaki dia. Kemudian, tukar baju. Alhamdulillah setakat ini tidak ada apa-apa masalah.”

– Ziana, 22

 

“Saya bawa bayi selepas isteri saya habis pantang tapi pada saya susah nak membawa anak ke hulu dan ke hilir. Nak bawa susu, lampin semua nak kena angkut.  Tapi saya tengok di luar sana, selamba saja ibu bapa bawa anak-anak pergi mana-mana termasuk Jonker Walk yang penuh sesak itu. Ibu bapa selamba saja dan saya pun rasa mereka tak ada masalah buat begitu.”

– Iskandar, 26

 

“Ingat lagi kakak saya cerita, dulu dia duduk UK,  orang putih baru beranak sehari dua dah bawa bayi ke shopping complex. Selamba saja, tak ada pantang macam kita. Di sini mak saya tak bagi saya dan isteri bawa anak keluar malam.”

  • Fendi, 30

 

“Kalau bayi minum susu badan, insya-Allah tak mudah dapat penyakit. Tapi seboleh mungkin jangan bawa keluar ke khalayak ramai terlalu kerap. Lepas umur 7 bulan, tak ada masalah, boleh bawa ke mana-mana sahaja.”

  • Syeeda, 27

 

“Saya pernah terdesak bawa bayi shopping waktu malam masa umur dia 4 bulan. Saya nasihatkan kalau nak keluar malam, tunggulah bayi besar sikit. Kalau bawa jalan-jalan waktu siang tak apa.”

 

 

membawa anak
Kredit foto: Growing-your-baby

Oleh itu, mamanet dapat simpulkan beberapa perkara tentang membawa anak keluar malam iaitu:

 

Jaga kebersihan –sebaik pulang, lap badan anak dan tukarkan pakaian bersih sebelum biarkan dia tidur atau sememangnya dia sudah tertidur sejak dalam perjalanan.

 

 

Pilihan masing-masing — Meski ada yang tidak gemar bawa anak keluar malam tetapi mereka positif terhadap ibu bapa yang bersikap sebaliknya.

 

 

Budaya asing – Ibu bapa yang pernah tinggal di luar negara, mungkin lebih yakin membawa anak keluar malam kerana tidak ada kekangan dari segi pantang larang. Kecuali mungkin jika ada timbul isu keselamatan atau gejala penyakit, maka mereka akan mengambil tindakan pencegahan.

 

Pantang larang —  Budaya Melayu banyak pantang larangnya termasuklah dari segi membawa anak keluar malam apatah lagi waktu maghrib dan larut malam. Orang tua-tua menyarankan agar meletakkan daun busuk (daun roda) pada bayi agar bayi tidak ‘diganggu’. Apa pun kepercayaan orang tua-tua sebenarnya sangat simbolik. Hakikatnya mereka mungkin mahu menjauhkan bayi daripada orang yang suka cium bau bayi. Wallahualam.

 

Kepada mama dan papa yang gemar membawa anak waktu malam, bijaklah membuat keputusan dan ambil langkah berjaga-jaga.

 

Pada musim-musim wabak penyakit, elakkan daripada membawa bayi kecil di khalayak ramai. Jika terdesak, pergilah ke kedai atau pusat belah belah yang kurang sesak. Selamat menjadi mama dan papa yang prihatin!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

 

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .