Skip to main content

Ibu Menyusu Bayi Perlu Elak Makan Ini

ibu menyusu bayi
Kredit: addictionhope.com

RAMAI ibu menyusu bayi keliru tentang makanan yang boleh dan tidak boleh mereka ambil. Hal ini kerana dikhuatiri bayi akan mengalami kolik atau kembung. Jadi, apakah makanan dan minuman yang ‘selamat’untuk anda ambil?

 

 

 

Anda sepatutunya boleh makan atau minum apa sahaja yang anda gemari sewaktu menyusukan bayi.  Namun, anda perlu ketahui ‘sifat’ makanan tersebut dan reaksi yang diberikan oleh bayi anda sama ada dia mengalami kembung atau asyik menangis kerana tidak selesa.

 

Ibu menyusu bayi wajar Ikuti panduan berikut:

 

  1. Ibu menyusu bayi
    Kredit: motherhoodcenter

    Susu dan produk tenusu yang diambil berpotensi menjadi punca kolik. Menurut kajian, keadaan bayi akan bertambah baik apabila ibu mengurangkan pengambilan susu atau produk tenusu seperti yogurt dan keju.

 

  1. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol wajib dielakkan. Lebih selamat jika anda masak sendiri makanan anda bagi memastikan ia bebas daripada penggunaan wine dalam masakan dan sebagainya.

 

  1. Sayur-sayuran cruciferous seperti brokoli, kubis dan kubis bunga. Anda boleh cuba makan sedikit dan lihat reaksi bayi anda. Jika dia mula mendapat kolik, hentikan pengambilan sayur jenis ini.

 

  1. Elakkan makan bawang mentah atau makan bawang pada kadar yang banyak. Hati-hati kerana bawang mentah terdapat dalam hidangan seperti burger, sandwic dan salad.

 

  1. Makanan berempah sebaik-baiknya dielakkan dahulu. Hal ini kerana makanan ini bersifat ‘panas’ dan boleh menyebabkan bayi tidak selesa. Jika teringin, ambillah sedikit dan lihat dulu reaksi bayi anda.

 

  1. Makanan dari sumber kekacang kerana makanan ini dikatakan ‘berangin’. Hati-hati kerana bawang mentah terdapat dalam hidangan seperti burger, sandwic dan salad.

    ibu menyusu bayi
    Kredit: weightlossmiss

 

  1. Buah seperti durian dan nangka juga dikatakan berangin. Kepada ibu menyusu bayi yang khuatir makanan ini boleh menjejaskan bayi anda, elakkan dulu makan makanan ini. Sebaik-baiknya jika teringin, anda boleh rasa sedikit tapi jangan teruskan jika bayi anda mula meragam.

 

Apa pun jenis makanan yang disebut di atas, kesan kepada bayi adalah pelbagai. Tidak semestinya semua di atas perlu dielakkan.  Ada kemungkinan bayi anda alah pada makanan lain pula. Jadi, ibu menyusu bayi boleh melihat sendiri ‘sebab dan akibat’ sesuatu makanan itu dengan cuba mengambilnya secara berasingan dan lihat kesannya satu persatu.

 

Sebagai makluman, ibu menyusu bayi tidak perlu risau tentang kafein kerana menurut kajian, ia tidak menjejaskan bayi walau pun sedikit kafien akan menyerap masuk ke dalam susu badan.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

 

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...