Skip to main content

Bersalin mudah dan cepat, ketahuinya caranya

bersalin cepat dan mudah
Kredit: a57.foxnews

Saat menempuh trimester ketiga memang amat mendebarkan. Semua ibu hamil pastinya mahu bersalin mudah dan cepat. Maklumlah beban yang melebihi lebih 6 kilo itu terasa begitu melelahkan. Apatah lagi bakal mama dan papa sudah tidak sabar hendak melihat sendiri permata hati yang didambakan.

 

Berikut ialah tip yang dapat membantu mama bersalin mudah dan cepat.

  1. Aktif dan cergas

Ramai beranggapan ibu sarat hamil perlu duduk berehat sepanjang hari. Sebenarnya cara terbaik untuk bersalin cepat dan mudah ialah bergerak aktif. Ibu hamil boleh lakukan kerja-kerja ringan di rumah misalnya menyapu atau mengemop lantai. Aktiviti ini dapat merangsang pergerakan ibu dan bayi. Sambil itu lakukan beberapa posisi yang baik seperti mencangkung  sebagai rutin harian.

 

  1. Jalan Santai

    bersalin mudah dan cepat
    Kredit: Allwomen

Banyak berjalan sebenarnya baik untuk ibu bersalin cepat dan mudah. Cara ini terbukti cukup mujarab untuk membuka jalan lahir. Berjalan dengan posisi tubuh yang tegak dan gunakan kasut rata atau kasut sukan.  Ajaklah suami atau rakan-rakan menemani saat berjalan. Sama ada anda memilih berjalan di kompleks beli belah atau taman, terpulang pada keinginan anda.

 

 

  1. Hubungan seksual

Cara paling popular untuk merangsang kelahiran atau pun bersalin mudah dan cepat ialah dengan melakukan hubungan seksual.  Cairan sperma mengandung hormon prostaglandin, hormon yang dapat melembutkan leher rahim agar mudah terbuka, sehingga akan membantu merangsang kontraksi. Hubungan seksual boleh dilakukan pada bila-bila masa asalkan anda memilih posisi yang selamat dan selesa

 

  1. Rangsangan pada puting

Puting payu dara merupakan salah satu bahagian sensitif tubuh wanita. Jika disentuh, ia akan melepaskan hormon oksitosin  yang dapat mencetus kontraksi pada rahim. Agar anda dapat bersalin mudah dan cepat,  rangsanglah puting anda dengan cara menggentelnya perlahan-lahan. Lakukan stimulasi ini pada kadar sekejap tetapi kerap.

 

Sebenarnya ada banyak lagi tip yang bagus tapi untuk kali ini mamanet kongsikan hanya 4 tip sahaja. Semoga dengan saranan dan panduan bersalin mudah dan cepat di atas dapat membantu mama menghadapi saat yang mendebarkan itu. Selamat menjadi mithali pada permata hati yang comel.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .