Skip to main content

6 Cara Mudah Memiliki Vagina Sihat & Tidak Gatal

vagina sihat
Kredit: drseemasharma

VAGINA mudah diserang bakteria, jadi untuk memiliki vagina sihat, ada beberapa perkara yang perlu kita aware! Vagina adalah bahagian sensitif kaum wanita yang perlu dijaga selalu kesihatannnya. 

 

 

 

 

Kedudukan vagina yang tersembunyi membuatkan kita perlu lebih menjaga kebersihannya. Ini adalah kerana ketika bakteria menyerang, kawasan sekitar vagina akan rasa gatal atau ‘mengenyam-genyam’.

 

Jika dibiarkan  berlarutan, sudah pasti ia akan meninggalkan kesan yang tidak bagus terhadap kesihatan tubuh kita.

 

Malah, keadaan itu juga akan menganggu kesuburan serta kenikmatan kita ketika melakukan hubungan seksual dengan suami.

 

vagina sihat
Kredit: skinnymom

Berikut adalah 6 cara mendapatkan vagina sihat:

 

  1. Jaga Kebersihan Vagina

Sentiasa menjaga kebersihan vagina. Usahakan agar vagina agar sentiasa kering dan tidak lembap. Keadaan yang basah memudahkan jangkitan infeksi dari luar.

 

 

  1. Cara Betul Membersihkan Vagina

Pastikan cara kita membasuh atau membersihkan vagina tersebut betul, sama ada menggunakan  tuala atau tisu mahupun air sewaktu membersihkannya. Pastikan kita melakukannya  dari arah depan ke belakang.

 

Semua ini dapat mengelakkan penyakit yang kemungkinan besar bersarang di dubur tidak terbawa ke kawasan kemaluan sehingga boleh menimbulkan infeksi, peradangan,rangsangan rasa gatal-gatal dan sebagainya.

 

 

  1. Seluar Dalam

    vagina sihat
    Kredit: selfbeautytips

Pastikan kita menggunakan seluar dalam yang benar-benar selesa dan  mampu menyerap peluh. Sebaiknya pilih seluar dalam yang diperbuat daripada material ‘cotton’ dan bukan nilon atau bahan sintetis lain yang rendah daya serapnya.

 

Pemilihan seluar dalam yang tepat juga penting untuk mendapatkan vagina sihat yang bebas daripada bau busuk!

 

 

  1. Cukur Bulu Kemaluan

Mencukur bulu kemaluan secara teratur, kerana rambut kemaluan  juga boleh ditumbuhi sejenis kulat atau kutu sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dan gatal.

 

 

  1. Hati-Hati Dengan Pembersih Vagina

Hindari pemakaian alat pembersih vagina kerana ia mengandungi bahan kimia  tertentu yang akan merosakkan keasidan vagina yang berfungsi membunuh bakteria atau kuman yang masuk.

 

Selain itu, jangan menggunakan deodoran atau semburan. Rangsangan dari bahan ini boleh menimbulkan peradangan di liang sanggama dan bibir kemaluan dengan keluhan rasa gatal dan keputihan.

 

 

Untuk Mendapatkan Vagina Sihat Ketika Haid Ada Perkara Yang  Perlu Kita Lakukan!

 

  1. Jaga Kebersihan Vagina Ketika Haid

 

Pada ketika haid, pembuluh darah dalam rahim sangat mudah terkena jangkitan. Jadi sebab itulah kebersihan vagina perlu dijaga kerana kuman mudah sekali masuk dan boleh menimbulkan penyakit pada saluran peranakan.

 

Sepanjang haid mungkin timbul rasa lenguh pada bahagian pinggang dan punggung. Ini adalah kerana berlakunya peregangan pada otot rahim.

 

Untuk menjaga kebersihan dan memiliki vagina sihat, penggunaan pembalut selama haid sebaiknya diganti secara teratur 2-3 kali atau setelah mandi dan membuang air kecil.

 

Baca tentang punca vagina berbau di sini!

 

[btn text=”KLIK & LIKE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...