Skip to main content

5 Cara Mudah Hilangkan Tumit Kaki Merekah

tumit kaki merekahTumit Kaki Merekah memang tak cantik! Kalau pakai kasut, anda mungkin selamat tapi kalau pakai selipar atau kasut dengan tumit terbuka, macam mana? 

 

Biasanya salah satu penyebab tumit kaki merekah dikatakan selain daripada disebabkan kekurangan vitamin dan mineral. Tapi faktor utama masalah kulit kering adalah kerana kurangnya penjagaan kaki!

 

tumit kaki merekah
kredit foto: glamour

Untuk mencegah terjadinya tumit kaki merekah, kita boleh melakukan penjagaannya secara rutin. Mungkin masih ada di antara kita yang masih tidak tahu cara untuk mengatasi atau menghilangkan tumit kaki merekah ataupun tumit pecah dan kasar.

 

Berikut beberapa berapa cara mengatasi tumit kaki merekah yang boleh diamalkan.

 

  1. Pakai Losyen

Kelenjar minyak yang sedikit pada bahagian tumit boleh membuatkan kulit kaki mudah kering. Jadi, untuk mengatasinya sapukan losyen atau pelembab pada kawasan tumit setelah mandi.

 

  1. Pisang

Buah pisang juga sangat efektif untuk mengubati dan mencegah kaki pecah-pecah. Ia mampu melembabkan kulit kaki yang kering.

 

Kita hanya perlu menghaluskan buah pisang secukupnya, kemudian sapukan pada bahagian kaki yang pecah-pecah sambil mengurutnya secara perlahan-lahan.Selepas itu, bilaslah kaki sehingga bersih.

 

  1. tumit kaki merekah
    kredit foto: diyfashion

    Mentega Dan Gula Pasir

Gunakan  mentega untuk mengurut tumit kaki yang pecah-pecah. Di samping itu, kita boleh campurkan dengan sedikit gula pasir.

 

Gabungan mentega dan gula pasir akan menjadi skrub semulajadi yang mampu menangalkan sel-sel kulit mati di tumit kaki.

 

 

 

  1. tumit kaki merekah
    kredit foto: drfranklipman

    Hampas Serbuk Kopi

Selain menggunakan mentega dan gula pasir sebagai skrub semulajadi, kita boleh memanfaatkan penggunaan hampas serbuk kopi.

 

Jadi, setelah minum kopi, janganlah buang hampas serbuk kopi terpakai tersebut kerana ia boleh kita gunakan untuk menghaluskan tumit kaki  yang pecah-pecah.
Lakukan massage secara melingkar di kawasan tumit kaki merekah menggunakan hampas kopi. Ia mempunyai kemampuan untuk meremajakan kulit serta menanggalkan sel-sel kulit mati.

 

  1. Lemon

Kita boleh haluskan tumit yang pecah-pecah dengan lemon dan juga manfaatkan penggunaan batu apung.

 

Caranya mudah sahaja, ambil air dan letakkan dalam baldi atau bekas. Kemudian, ambil sebiji lemon, dipotong dua dan perah airnya. Rendam kaki dalam larutan air perahan tersebut selama setengah jam.

 

Kemudian gosok tumit dengan batu apung dan bilas. Setelah itu, sapukan losyen atau pelembab bagi mencegah tumit kaki pecah-pecah.

 

Itulah beberapa cara mengatasi tumit kaki merekah secara semulajadi. Sebelum mengamalkan salah satu cara tersebut, pastikan kita telah mencuci bersih terlebih dahulu kawasan tumit kaki yang mengalami pecah-pecah. Setelah sembuh, jangan lupa untuk memberikan penjagaan ekstra agar masalah tumit kaki merekah tidak berulang kembali.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .