Skip to main content

Tip Penjagaan Muka Untuk Ibu Mengandung

penjagaan muka
Kredit: img.webmd

MENGANDUNG tidak bermakna kita mengabaikan penjagaan muka dan tidak tampil cantik dan menawan. Untuk nampak segar dan cantik sekalipun sedang mengandung, kita kenalah lakukan penjagaan muka secara teratur.

 

Perubahan hormon sewaktu mengandung boleh membuatkan kulit muka kita nampak berkerak, pecah, kering ataupun berminyak. Ada juga wanita mengalami pigmentasi,lebam teruk di bawah mata, ruam dan sebagainya.

 

Cara-Cara Penjagaan Muka Untuk Ibu Mengandung:

 

  1. Bersihkan Muka Secara Teratur

    penjagaan muka
    Kredit: fitpregnancy

Basuh atau bersihkan muak dua kali sehari dengan menggunakan pembersih muka yang bebas bahan kimia dan sesuai dengan jenis kulit anda.

 

 

  1. Facial Muka

Tujuan melakukan facial muka adalah untuk melancarkan perjalanan darah pada wajah serta menyegarkannya. Sungguhpun begitu, jangan sekali-kali melakukan facial yang ekstrem.

Ini adalah kerana ketika mengandung, keadaan kulit sangat sensitif dan boleh meninggalkan efek sampingan.

 

 

  1. Pakai Masker

Lakukan seminggu sekali sahaja  untuk menegangkan otot kulit muka serta mengatasi masalah jerawat ketika mengandung.

 

Gunakan perahan limau nipis atau lemon untuk masker muka. Biarkan selama 5 minit, kemudian bilas dengan bersih. Setelah itu, sapukan madu ke muka, biarkan lagi sehingga 15-20 minit dan bilas sehingga bersih.

 

Masker semulajadi ini boleh membantu membunuh kuman jerawat.

 

  1. Guna Sun Block

Bagi mengatasi muka berbelak atau bertompok-tompok, gunakan sun blok atau krim pelindung matahari yang mempunyai kandungan SPF 15 atau lebih.

 

Ibu mengandung perlu lebih berhati-hati dalam  memilih produk kecantikan atau penjagaan muka, kerana pemakaian produk yang mengandungi zat kimia tinggi boleh membahayakan pertumbuhan janin. Sebaiknya gunakan kosmetik organik.

 

 

Ibu Mengandung Patut Menghindari:

penjagaan muka
Kredit: bellibliss

 

  • Menggunakan sabun mandi untuk muka. Ini adalah kerana kandungan alkaline yang terdapat pada sabun tersebut boleh mempengaruhi kesimbangan minyak pada muka.
  • Elakkan memakai mekap terlalu berlebihan. Pakai mekap nipis-nipis sahja supaya wajah kelihatan lebih segar.
  • Hindari sebarang kometik yang mengandungi hydroquione atau merkuri.

 

Itulah beberapa tip penjagaan muka  ketika sendang mengandung. Semoga artikel ini memberikan manfaat. Selamat mencuba!

 

[btn text=”LIKE KAMI DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...