Skip to main content

Sarapan Enak, Biskut belVita Breakfast

sarapan enakPagi penuh semangat dengan biskut belVita Breakfast. Syarikat pengeluar snek terulung global,  Mondelēz International mengumumkan pelancaran belVita Breakfast, biskut sarapan enak pertama di Malaysia susulan kejayaannya di lebih 50 pasaran di seluruh dunia.

 

 

Mondelēz International merupakan pembuat biskut nombor satu di Malaysia dengan jenama-jenama terkenal seperti Oreo, Jacobs, Chipsmore dan Tiger.

Mengambil peluang dari perubahan gaya hidup pengguna yang inginkan produk yang lebih menitik beratkan penjagaan kesihatan dan nutrisi, syarikat kini menghasilkan biskut sarapan pertama di Malaysia.

 

sarapan enakDengan slogan, Pagi Penuh Semangat, biskut belVita Breakfast diperbuat untuk membantu sajian sarapan lebih bermakna dengan ciri-ciri produk yang kaya dengan nutrisi, enak dan mudah. belVita Breakfast telah menjadi salah satu kejayaan inovasi bagi Mondelēz International sejak dilancarkan di pasaran lebih 15 tahun lalu.

 

Berasal di Perancis, belVita Breakfast pesat berkembang ke seluruh Eropah, Brazil, Amerika Utara dan Australia. Ia juga menikmati kejayaan dengan pelancaran di China dan Indonesia baru-baru ini. Kini, Malaysia menjadi destinasi  terkini biskut sarapan enak ini.

 

“Pada masa ini anda tidak akan menemui produk seumpama ini di rak-rak jualan biskut sarapan. Kami telah melihat kejayaan belVita Breakfast yang amat memberangsangkan di pelbagai pasaran di seluruh dunia dan berdasarkan tinjauan pengguna yang dilaksanakan, kami yakin rakyat Malaysia akan turut menggemari belVita Breakfast,” beritahu Rick Lawrence, Pengarah Bersekutu Pemasaran Biskut bagi Asia Tenggara Mondelēz International.

 

Menjelas lanjut, beliau berkata, sebagai peneraju pasaran global dalam segmen biskut,  Mondelēz International berusaha keras untuk menjadikan kategori produk tersebut relevan dengan pelanggan yang sentiasa peka tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan kecergasan diri.

 

“Dengan melihatkan perubahan trend yang memilih alternatif sarapan pagi yang lebih mudah dan sihat di kalangan rakyat Malaysia, kami yakin biskut belVita Breakfast memenuhi keperluan mereka dan pada masa ianya akan terus menambah portfolio produk kami dalam ruang kesejahteraan.

 

Kajian Nutrisi Orang Dewasa Malaysia (MANS) melaporkan bahawa semakin kurang individu menikmati sarapan mereka di rumah dan semakin ramai orang memilih untuk makan di luar, terutamanya di pejabat, berbanding 10 tahun lalu . Dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk dan pengambilan sarapan di luar, belVita Breakfast melengkapkan gaya hidup tersebut tanpa mengkompromi keenakan rasa dan kebaikan nutrisi kepada pengguna.

 

Biskut belVita Breakfast dirumus khas untuk sarapan enak dan dipek dengan pek individu bagi membantu melancarkan pagi yang sibuk. Ianya juga melengkapkan hidangan sarapan yang seimbang dengan membantu membekalkan tenaga dan nutrien-nutrien penting bagi memulakan hari anda. Biskut ini dibakar secara perlahan untuk mengekalkan nutrisi dalam bijirin penuh. Terdapat dalam dua perisa, Susu & Bijirin serta Madu & Coklat, biskut belVita Breakfast kaya dengan rasa dan kebaikan nutritsi.

 

Pelancaran belVita Breakfast di Malaysia menerima sokongan pasangan hiburan terkenal, Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestrari (BCL) yang mewakili penghuni kota yang sentiasa sibuk dalam kehidupan harian khususnya di sebelah pagi.

 

“Sebagai seorang penyanyi, pelakon dan usahawan serta isteri dan ibu, hari-hari saya bermula di sebelah pagi. Selain perlu melayani anak dan menyediakan keperluan harian diri, saya juga perlu memastikan bahawa kerja-kerja rumah diambil perhatian. Saya memerlukan tenaga untuk mengharungi kesibukan pagi. Biskut belVita Breakfast membekalkan tenaga yang penting bagi memulakan pagi saya dan menyokong aktiviti-aktiviti harian saya seterusnya,” kongsi BCL pada majlis pelancaran tersebut.

 

Turut berkongsi sentimen BCL tentang gaya hidup sibuk warga kota, suami beliau, Ashraf Sinclair berkata kesibukan tersebut memberikan impak negatif terhadap pengambilan sarapan individu.

 

“Menetap di Malaysia selama lebih tiga per empat dari usia saya dan kini di Indonesia, perkara yang sentiasa dilihat ialah masyarakat secara umum amat sibuk. Saya telah mempelajari untuk memberi keutamaan terhadap pengambilan sarapan memandangkan saya memerlukan tenaga pada waktu pagi untuk membantu melalui hari-hari yang penuh kesibukan. belVita Breakfast kini merupakan pelengkap baik untuk rutin sarapan saya kerana ia bukan sahaja bernutrisi dan enak tetapi juga praktikal dan versatil. Saya boleh menikmatinya ketika di luar mahupun sebagai pelengkap bagi sarapan kegemaran saya seperti susu dan buah-buahan,” ujar Ashraf yang juga merupakan seorang pelakon.

 

Fakta ringkas mengenai sarapan enak belVita Breakfast

 

Diperbuat daripada bijirin dan bijirin penuh.

Membekalkan karbohidrat kompleks sebagai sumber tenaga penting untuk badan.

Dibakar secara perlahan daripada bijirin penuh yang terpilih.

Sumber serat.

Mengandungi 5 vitamin (Vitamin A, B1, B2, B3, D) dan 3 zat galian (Kalsium, Zat besi dan  Zink).

Disediakan dalam 2 perisa: Susu & Bijirin dan Madu & Coklat .

Memberi kemudahan menerusi penyediaan pek individu.

 

Selamat menikmati sarapan enak bersama Biskut belVita Breakfast!

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .