Skip to main content

Parahnya Bila Kaki Bengkak Ketika Mengandung

kaki bengkak ketika mengandung
Kredit: 4.bp.blogspot

KAKI Bengkak Ketika Mengandung biasanya mula terjadi ketika usia kandungan mencecah lima bulan. Permasalahan ini akan terus meningkat sehingga ke trimester  ketiga.

 

Apa sebenarnya yang menjadi penyebab kaki bengkak ketika mengandung ini? Untuk pengetahuan semua, ketika mengandung, tubuh akan menahan lebih banyak cairan atau darah kerana perkembangan tubuh.

 

kaki bengkak ketika mengandung
Kredit: leadinglady

Rahim yang membesar juga boleh menekan pembuluh darah sehingga menganggu perjalanan darah ke jantung, yang mana menyebabkan pembengkakan pada kaki dan pergelangan kaki. Selain itu, perubahan hormone, perjalanan darah yang tidak lancar, kurang bergerak dan berat badan berlebihan juga boleh membuatkan masalah kaki bengkak ketika mengandung terjadi.

 

Berikut beberapa cara mengatasi kaki bengkak ketika mengandung yang boleh anda praktik:

 

  1. Jangan Banyak Berdiri

Terlalu banyak berdiri boleh membuatkan kaki jadi semakin membengkak. Ini adalah kerana ketika berdiri kaki akan menampung berat badan ibu mengandung yang berlebihan.

 

Semakin lama anda berdiri, beban kaki akan jadi semakin berat untuk menahan berat badan anda itu.

 

 

  1. Tinggikan Posisi Kaki Ketika Tidur

    Kaki Bengkak Ketika Mengandung
    Kredit: swellnomore

Untuk mencegah kaki bengkak ketika mengandung, sebaiknya tinggikan posisi atau kedudukan kaki  dari badan ketika tidur. Letakkan bantal dan sebagainya. Cara ini bagus untuk melancarkan perjalanan darah di kaki.

Selain itu, tidur dengan posisi mengiring ke kanan atau kiri juga boleh membuatkan pengaliran darah dari kaki menuju ke buah pinggang menjadi lancar.

 

  1. Banyakkan Bergerak

Wanita mengandung digalakkan banyak bergerak pada pagi hari. Selain memudahkan anda ketika bersalin nanti, berjalan kaki pada pagi hari juga mampu meredakan kaki bengkak ketika mengandung. Banyak bergerak juga membuatkan perjalanan darah wanita mengandung menjadi lebih berjalan lancar.

 

  1. Pakai Stoking Dan Kasut Yang Sesuai

Jika wanita mengandung mengenakan kasut yang sempit, perjalanan darah di kaki akan terganggu. Secara tak langsung, kaki jadi membengkak dan mungkin akan jadi semakin parah. Sebaiknya gunakan kasut yang selesa dan tepat saiznya.

Selain itu, pemakaian stoking juga dapat mengatasi masalah kaki bengkak ketika mengandung. Stoking yang sesuai buat wanita mengandung mampu membuatkan perjalanan darah di bahagian kaki menjadi lancar.

 

  1. Bersenam

Senaman yang sesuai dengan wanita mengandung boleh mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi ketika mengandung. Selain itu, dengan bersenam secara teratur juga boleh mempermudahkan proses bersalin anda nanti. Pastikan anda melakukan senaman ringan yang sesuai dengan status anda sebagai wanita mengandung ya.

 

  1. Hindari Pengambilan Kafein

Wanita mengandung dilarang sama sekali mengambil minuman berkafein. Ianya bukan sahaja tidak elok untuk perkembangan janin, tetapi juga boleh membuatkan kaki menjadi bengkak. Pengambilan kafien boleh membuatkan kaki bengkak ketika mengandung kerana cairan bertimbun lebih banyak di bahagian kaki.

 

Selamat mencuba 6 cara mengatasi kaki bengkak ketika mengandung. Semoga bermanfaat.

 

[btn text=”LIKE MAMANET DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .