Skip to main content

Murahnya buka akaun SAHAM!

akaun sahamUNTUK buka akaun saham memang sangat mudah dan murah tetapi tahukah anda bahawa pemilikan saham di kalangan orang Melayu masih rendah berbanding jumlah keseluruhan pemilikan saham rakyat Malaysia?

Berikut ialah perbandingan yang ketara mengenai kedudukan pemilikan ekuiti dan jumlah penduduk:
– Jumlah Penduduk Malaysia 31 Juta (Jumlah Lelaki 16 Juta, Jumlah Perempuan 15 Juta)
– Jumlah Bumiputra 21 Juta (67% penduduk Malaysia)
– Kadar Pemilikan Hartanah Bumiputra 24.1%
– Kadar Pemilikan Ekuiti Saham Bumiputra 23.1%
– Purata Pendapatan Isirumah Secara Purata adalah RM4,450

Data yang amat menyedihkan dan membimbangkan ini sebenarnya boleh diubah andainya lebih ramai orang Melayu mengambil langkah serius. Misalnya dengan mula membuka akaun saham dan melabur. 
Sebelum duit anda hilang dalam pelaburan haram dan skim cepat kaya, team Idea Saham boleh membantu anda untuk buka akaun CDS dan belajar melabur dulu menggunakan platform CIMB I*trade secara percuma. 

Buka facebook IdeaSaham iaitu facebook.com/ideasaham Kemudian sila PM nama penuh, nombor telefon dan alamat.

Yuran buka akaun hanyalah RM20. Selepas itu anda akan dimasukkan ke group whatapps secara percuma dan mendapat news serta trading idea tiap hari.

 

akaun sahamBelajar buka akaun saham dari buku

Kini sudah ada buku panduan saham yang dapat membantu anda yang baru hendak berjinak-jinak menyertai pelaburan saham. Buku yang bertajuk Panduan Lengkap Pelaburan Saham ini memberi anda peluang dengan luas dari segi kefahaman mengenai idea pelaburan saham itu sendiri.

 

Buku panduan pelaburan saham yang patut dimiliki oleh sesiapa yang ingin belajar melabur dalam pasaran saham Bursa Malaysia. Bukan mudah untuk mencari buku yang berkonsepkan How To dalam bidang pelaburan. Khususnya dalam bahasa Malaysia.

 

Melalui buku ini, anda diajar daripada A-Z tentang cara bagaimana mahu melabur (tentu sekali cara buku akaun saham yang menjadi asas penting). Bermula daripada membuka akaun CDS, panduan memilih remisier, membuat teknikal analisis hinggalah kepada cara membuat analisis fundemantal.

 

Ia digarap dalam bahasa yang sangat mudah. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada yang baru hendak mengenal saham mahu pun yang sudah berpengalaman. Tiada yang disembunyikan mengenai pasaran saham. Ia seperti anda menghadiri kelas penuh mengenai pasaran saham. Sangat padat dan telus!

 

Segala tip mengenai pasaran saham dikongsi oleh penulis yang sudah enam tahun berkecimpung dalam bidang pelaburan saham. Pelbagai Do’s and Don’ts diberikan di dalam buku ini agar anda tidak tersalah langkah. Bukan itu sahaja, anda dihidangkan dengan pelbagai kisah menarik tentang dunia saham sebagai inspirasi dan tauladan kepada semua.

 

Kenapa tak rugi beli buku ini?akaun saham

Buku ini boleh bantu anda mempelajari asas-asas mengenai saham.
Buku ini boleh bantu anda jimat duit sebelum pergi kelas asas harga ribu-ribu.

Kalau anda amalkan tip-tip mengenai pelaburan IPO dan tawaran saham awam MITI, insya-Allah sudah boleh buat duit “geli-geli” dari pasaran saham Bursa Malaysia.

Buku ni boleh diwarisi. Bagi pada anak-anak, menantu, cucu, kawan dan buat hantaran. Biar mereka tahu duit boleh buat duit kalau ada ilmu.

 

Untuk siapa buku ini?

Sesuai untuk suri rumah, pekerja, ahli perniagaan dan pelajar.
→Sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari mengenai pelaburan saham Bursa Malaysia.

 

Bagus ke buku ini?

Mestilah bagus sebab itu Pihak Malaysian Association Technical Analysts (MATA) telah menggunakan buku Panduan Lengkap Pelaburan Saham ini sebagai buku teks untuk kursus yang dianjurkan. Satu pencapaian yang memberangsangkan bagi team Idea Saham!

 

Siapa penulisnya?akaun saham

Tak kenal maka tak cinta. Begitulah dengan kita yang mungkin belum mengenali siapakah penulis buku Panduan Lengkap Pelaburan Saham ini. Untuk pengetahuan anda semua, penulis buku ini masih muda tetapi berketrampilan orangnya.

 

Beliau ialah Nor Akmar Abdullah, berasal dari Pekan, Pahang. Berumur 29 tahun, merupakan GEN-Y bumiputera remisier berlesen di CIMB Investment Bank, Kuantan. Mempunyai pengalaman enam tahun dalam dunia pelaburan dan membantu pelanggan untuk membuka dan menguruskan akaun saham CDS.

 

Merupakan Certified Chartist & Technical Analyst yang bertauliah dari MSTA (UK), CFTe(US). Menjadi tenaga pengajar teknikal analisis untuk batch MSTA yang baru dan sering dijemput memberi ceramah di majlis-majlis ilmu pelaburan sama ada di universiti tempatan, pejabat kerajaan atau badan swasta.

 

Beliau memiliki Diploma Analisis Pelaburan, UiTM Dungun Terengganu (2008) dan Ijazah Perniagaan Antarabangsa, UiTM Bandar Melaka (2010).

 

Jika anda masih tercari-cari atau masih malu-malu kucing nak belajar tentang saham, dapatkan buku ini. Kemudian, bila sudah faham, anda sudah tahu di mana nak dituju sebab buku ini ditulis oleh remisier sendiri. Beliau merupakan orang yang ‘hands on’ bukannya cakap tak serupa bikin.

 

Ingat, ramai yang bercerita fasal saham di luar sana tetapi hakikatnya mereka sendiri menggunakan khidmat remisier. Jadi, cakap siapa anda patut dengar? Anda tidak akan rugi kalau anda sudah tahu tentang:

1 – APA ITU SAHAM DAN PELABURAN?
2 – PANDUAN PELABURAN SAHAM UNTUK PELABUR BARU
3 – SAHAM DAN EKONOMI
4 – TEKNIKAL ANALSIS
5 – ANALSIS FUNDAMENTAL
6 – PENGENALAN PENGGUNAAN TRADING PLATFORM

Jadi kalau berminat nak buka akaun saham CDS bolehlah hubungi Puan Nor Akmar Abdullah di facebook Idea Saham.

 

INFO: Buku ini diterbitkan oleh DMR Publisher iaitu sebuah penerbitan inde yang membantu penulis penerbitkan buku mereka dan memiliki hak cipta sendiri. Whatsapp 019 6222872 untuk pertanyaan lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .