Skip to main content

Motivasi diri lahir daripada kesulitan yang dahsyat

motivasi diriIngin suntikan motivasi diri? Hidup semakin rumit. Cabaran semakin besar. Bagaimana hendak berjaya macam orang-orang kaya dan terhormat? Apakah mereka semua lahir di atas dulang emas? Hakikatnya semua tidak begitu. Ada yang sememangnya mewarisi kekayaan ibu bapa nenek moyang. Namun, ramai juga yang bertatih dari bawah.

Ada lima tip untuk motivasi diri yang selalunya berjaya untuk membangkitkan semangat anda:

  1. Gagal – Bila gagal, anda mula memikirkan jalan bagaimana mahu keluar daripada kegagalan.
  2. Sendirian – Bila anda tidak dihiraukan, anda akan mula memikirkan tentang diri sendiri.
  3. Kisah inspirasi – Tidak kurang yang berjaya setelah memahami bagaimana orang lain berjaya.
  4. Matlamat – Ramai yang berjaya kerana mereka ada matlamat yang jelas.
  5. Tidak putus asa – Beza orang berjaya dengan gagal ialah ia tidak pernah berhenti berusaha.

Mamanet tertarik untuk membangkitkan motivasi diri wanita agar terus berusaha meskipun tidak pasti apakah berhasil atau tidak. Pernah dengar tentang kisah Puan Zarinnah Mohideen? Kisah ini baru viral di facebook dengan tajuk “KISAH ZARINNAH…BUDAK FLAT SENTUL YANG KUTIP LEBIH RM1.5 JUTA KETIKA UMUR 26 TAHUN!”

Mamanet petik semula kisah menarik ini dari facebook Zarlithevents. Kisah yang dikongsi oleh Syahril A.Kadir untuk semua netizen ini mampu menyuntik semangat untuk wanita yang mulai kecewa kerana hidup belum menjadi. Jom baca seterusnya…

motivasi diri
Kredit: Syahril A. Kadir

“DIA pernah gagal dalam perniagaan hingga terpaksa menjual sayur dan surat khabar lama. Dia pernah diuji apabila mempunyai sumber kewangan terhad untuk membiayai pembedahan pintasan jantung ayah kesayangannya.

Paling menyedihkan suami yang menjadi sumber inspirasi dan tempat dia mencurahkan kasih dan sayang, hilang berhari lamanya dan hanya dimaklumkan terbujur kaku di bilik mayat hospital akibat diserang sakit secara tiba-tiba!

Namun bagi Zarinnah Mohideen, dia tidak boleh terus hidup dengan duka dan kesedihan. Akhirnya dengan semangat serta kecekalan, wanita berusia 39 tahun ini nekad tidak lagi mahu menoleh ke belakang. Dengan berbekalkan ribuan set risalah percuma (leaflet), dia pergi mengagihkannya dari satu rumah ke satu rumah, dari satu peti surat ke satu peti surat, bagi mempromosikan perniagaan katering perkahwinan yang diusahakannya itu.

Hasilnya dalam tempoh empat tahun saja, ketika usianya baru menginjak 26 tahun, perniagaan katering yang diusahakannya telah membawa pulangan lebih RM1.5 juta!

Dan hari ini, syarikatnya, ZARLITH EVENTS AND MANAGEMENT SDN BHD (facebook.com/zarlithevents) telah memiliki sebuah gudang yang terisi ribuan pinggan mangkuk, ratusan helai pakaian pengantin, pelbagai set pelamin dan kanopi. Tak terkecuali sebuah banglo mewah yang dibuat khusus untuk memenuhi permintaan mereka yang mendambakan sebuah pakej perkahwinan yang eksklusif dan serba mewah di sebuah kawasan elit di Ampang, Selangor.

“Semua ini bukan terjadi dengan sekelip mata…saya masih ingat bagaimana kami berlima adik beradik dan mak ayah terpaksa berhimpit-himpit tinggal di flat Sri Terengganu dekat Sentul yang cuma mempunyai dua bilik tidur itu.

“Pada satu ketika, saya pernah baring di ribaan emak sambil menangis kerana memikirkan apalah agaknya masa depan kami bila mengenangkan ayah yang ketika itu bertugas sebagai pemandu bas mini mula sakit-sakit, ibu yang tak bekerja, adik beradik masih di bangku sekolah dan sebagainya,” katanya sayu.

Mengenai ‘rahsia’ kejayaannya dalam bidang katering terutama bila berhadapan dengan beratus-ratus operator di ibu kota, Zarinnah berkata beliau tidak menganggap itu sesuatu halangan besar kerana ia secara tidak langsung memberi motivasi diri baginya untuk memberi perkhidmatan terbaik untuk pelanggannya.

” Apapun saya percaya, kesanggupan saya menyediakan pakej perkahwinan yang serendah RM8.80 untuk mereka yang mahu mendirikan rumahtangga tak banyak sikit memberi ‘berkat’ dalam perniagaan saya. Saya dulu bukan orang senang dan saya faham bagaimana sukarnya untuk mencari duit membiayai kos perkahwinan khususnya bagi mereka yang tinggal di ibu kota.

” Tak mengapalah…walaupun ‘rugi’ sedikit tetapi Alhamdulillah Allah beri dalam bentuk lain. Anda lihat sendiri daripada pagi sampai ke petang pejabat saya tak putus-putus dikunjungi mereka yang nak buat ‘food testing’. Bagi mereka yang mahukan perkahwinan mewah dan eksklusif, saya juga ada sediakan pakej untuk mereka. Yang pasti walaupun serendah RM8.80, saya langsung tidak pernah berkompromi bab kualiti, makan mesti sedap, layanan mesti bagus, harga mesti munasabah…kalau pegang prinsip itu, tiada apa yang patut kita takut biarpun ramai pesaing di luar sana,” kata Zarinna yang mengakui syarikatnya mampu mengendalikan jamuan hingga 21,000 orang pada satu-satu masa!

Mamanet harap dengan tip motivasi dan kisah inspirasi ini dapat meningkatkan motivasi diri kepada anda semua. Selamat berjaya!

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .