Skip to main content

Menyusu di tempat awam bukan satu 'dosa' kalau...

menyusu di tempat awam
Kredit: Seraphine

Menyusu di tempat awam? Masih ramai yang kurang senang dengan tindakan ibu yang berani menyusu di tempat awam. Sebenarnya tindakan ini memang lumrah bagi ibu-ibu menyusu yang keluar bersiar-siar atau menziarah ke majlis keramaian. Cuma bila ia diviralkan dengan cara yang akak keterlaluan, maka ia kelihatan seolah-olah si ibu sengaja hendak menayangkan ‘aset’ mereka.

 

Walhal tidak langsung pun timbul niat sebegitu. Bahkan memang tidak pun kerana dalam fikirkan ibu hanya mahu menyusukan bayi mereka. Kepada individu atau kumpulan yang berasa bahawa mereka terganggu, maaf cakap, anda sebenar ‘over react’.

 

Ikuti tip dan cara menyusukan di tempat awam yang sering diamalkan oleh ibu menyusu. Mamanet yakin anda tidak akan perasan atau sedar pun bahawa ada ibu-ibu sedang menyusukan anak mereka di kerusi rehat di ruang legar. Ikuti panduan yang dibawakan oleh pakar laktasi Puan Zaleha Mustapha.

 

 

Persediaan menyusu semasa menghadiri majlis keraian lebih kurang sama dengan menyusu di tempat awam. Apabila berkumpul dan bersama dengan mereka yang tidak menyusu badan, sudah tentu ada isu-isu tertentu seperti saranan top up susu formula, tidak selesa melihat ibu menyusu dan lain-lain.

Antara tip yang boleh diamalkan:
*Khusus untuk ibu yang menyusu secara terus (direct breastfeeding)

 

1- Kuatkan mindset dan jiwa raga

 

Kita yakin kita telah membuat pilihan yang terbaik untuk anak kita iaitu menyusukannya dengan susu ibu. Jadi apa jua komen yang tidak membina dari ipar-duai, sahabat handai, kita balas dengan senyuman sahaja. Jika mereka boleh menerima pendapat, bolehlah kita promosikan kelebihan penyusuan susu ibu. Jika tidak, berdiam adalah lebih baik dari bertelagah tentang pendirian masing-masing.

2- Peka dengan karakter anak kita

 

Sesetengah bayi tiada masalah jika berada di tempat ramai, tetapi sebilangan bayi yang lain tidak selesa dan mudah terganggu apabila menyusu dalam keadaan riuh rendah dan ramai orang. Apabila kita peka dengan karakter anak, mudah untuk kita menyusu di tempat awam.

Saya teringat semasa menyusukan Adnin. Dia ni memang “telinga lintah” macam abangnya juga sejak dari lahir. Bunyi ayam berkokok pun boleh terjaga dari tidur. Kalau menyusu di luar dan ada bunyi, memang cepat dia berhenti menyusu dan mencari punca bunyi tu. Kelam kabutlah saya menutup baju. Satu lagi stail dia, nak menyusu sambil baring. Kalau beraya rumah keluarga terdekat, bolehlah minta masuk bilik, jika di tempat lain, segan juga kecuali dah terpaksa, bila dia dah “mengamuk” hendak tidur. Mujurlah bila dah besar sikit, perangai dia ni berubah, boleh menyusu sambil duduk je.

 

3- Maklumkan kepada tuan rumah/penganjur

Jika beraya ke rumah terbuka atau menghadiri keramaian dan kita kenal rapat dengan tuan rumah, boleh maklumkan bahawa kita menyusukan anak. Mohon izin untuk guna bilik tetamu atau ruang tertentu jika anak perlu disusukan secara privasi.

4- Cari tempat dan masa yang sesuai

Jika berada di tempat terbuka, cari tempat yang sesuai (sedikit tersorok) untuk menyusukan anak. Kita juga boleh membelakangi orang ramai untuk lebih privasi. Ibu juga harus peka waktu anak mahu menyusu, waktu tidur atau apa-apa ketidakselesaan pada mereka seperti lampin basah, panas, bosan dan lain-lain. Ini akan dapat membantu ibu beraya dengan lebih ceria.

Semasa anak kecil, saya dan suami keluar sekejap sahaja. Kami akan balik sebelum anak meragam. Jika jarak agak jauh dan perlu berada lama, kami akan bawa mainan anak untuk menarik perhatian anak agar tidak meragam.

 
5- Mohon bantuan suami/ahli keluarga

Minta suami atau ahli keluarga yang lain ‘cover’ semasa menyusukan anak agar ibu tidak terlalu ‘terdedah’.  Meskipun anda menyusu di tempat awam, namun posisi anda tetap terlindung.

6- Pakai baju mesra penyusuan dan aksesori yang berkaitan

menyusu di tempat awam
Kredit: Shutterstock

Baju menyusu sangat membantu ibu semasa keluar beraya. Ibu dapat menyusukan dengan mudah dan dapat menjaga aurat.
7- Susukan anak sebelum keluar

Susukan anak di rumah atau dalam perjalanan atau semasa hampir sampai di rumah yang hendak dikunjungi. Ini bergantung pada anak juga. Adakalanya mereka mahu menyusu pada bila-bila masa, tak kira tempat dan masa 🙂 Itulah kelebihan susu ibu, tidak perlu bancuh, semua telah tersedia, hanya perlu latihan sedikit untuk menyusu dengan sempurna.

8- Biasakan menyusu di tempat awam

Kita akan yakin dengan apa yang selalu kita buat. Jika pertama kali ingin menyusu di tempat terbuka, mungkin kita akan kekok. Kita boleh berlatih di hadapan cermin di rumah dan lihat cara terbaik untuk menyusu tanpa menarik perhatian orang sekeliling. Yang paling penting adalah aurat terjaga dan ibu serta anak rasa selesa.

Kadang-kadang orang sekeliling tak perasan pun ibu sedang menyusukan anak. Ini lebih mudah bila ibu memakai baju menyusu yang mempunyai bukaan khas dan bertudung labuh. Ibu tidak perlu menyelak baju dari bawah atau memakai poncho yang membuat orang tahu ada bayi sedang menyusu.

Menyusu  di tempat awam bukan satu kesalahan. Namun ada lelaki yang kurang selesa, malah ada suami yang tidak membenarkan isteri mereka menyusu di tempat awam walaupun aurat terjaga. Itu pilihan mereka. Mungkin mereka jarang membawa isteri dan anak keluar atau bila di luar anak minum melalui botol sahaja. Bukan semua tempat awam ada bilik menyusu. Jika ada pun, kadang-kadang jauh dan penuh. Kasihan jika biarkan bayi menangis semata-mata mahu mencari tempat khas untuk menyusu.

9- Bawa kelengkapan penyusuan

Jika ibu masih belum yakin untuk menyusu secara terus (direct breastfeeding) atau ada halangan lain, ibu boleh membawa susu perahan (EBM) dan menyusukan anak dengan botol. Banyak persediaan dan kelengkapan yang perlu dibuat/dibawa:
a. susu perahan
b. cooler bag
c.  ice pack
d.  warmer/termos air suam untuk rendam susu perahan
e. pam susu (jika beraya dalam tempoh yang lama, ibu perlu perah susu kerana tidak menyusukan anak secara terus)

Kebaikannya, suami atau ahli keluarga yang lain boleh tolong susukan bayi melalui botol.

Kelemahannya, susu perahan akan berkurangan, perlu cari tempat yang sesuai untuk perah susu, jika tidak perah susu, ibu boleh mengalami bengkak susu.

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu beraya dengan ceria.  Ingatlah, semasa kita menyusu di tempat awam, kita secara tidak langsung mempromosikan penyusuan susu ibu dan didoakan lebih ramai ibu akan menyusukan anak mereka dengan susu ibu.

 

Dipetik dengan izin dari zaleha-mustapha.blogspot.my

[btn text=”LIKE KAMI DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .