Skip to main content

Cara Mengembalikan Mood Positif Dengan Makanan

cara mengembalikan mood
Kredit: empowher

Perlukan semangat untuk menjalani kehidupan seharian? Tak nak hilang mood dan juga bad mood tak tentu pasal?

 

 

 

 

 

 

Ketahui cara mengembalikan mood dengan pilihan makanan yang tepat.

Santap makanan berikut sebagai cara mengembalikan mood untuk membuat dunia kita kembali ceria!

 

  1. Coklat

    cara mengembalikan mood
    Kredit: thenypost

Makan coklat merupakan salah satu cara mengembalikan mood. Rasa coklat yang enak dan manis dikatakan dapat membuatkan mood kita menjadi bahagia. Ini adalah kerana coklat mengandungi ‘tryptophan’ yang mampu meningkatkan pengeluaran dari hormone endorphin yang boleh memberikan rasa gembira atau bahagian pada seseorang.

 

Selain itu, makan coklat juga boleh menurunkan pengeluaran hormone kortisol yang merupakan penyebab dari rasa stress. Jadi, sebab itulah jika kita rasa mood kita kurang baik, makan coklat ok!

 

 

  1. Teh Hijau

Minum teh hijau juga boleh membuatkan perasaan kita menjadi lebih tenang sehingga dapat menghilangkan mood yang tidak baik kita itu secara perlahan-lahan.

 

Teh hijau mengandungi antioksidan yang boleh membantu untuk pengeluaran hormone serotonin dan dopamine. Hormon tersebut berfungsi untuk mencegah stress. Menikmati teh hijau di pagi hari boleh membuatkan fikiran kita menjadi lebih segar.

 

 

  1. Aiskrim

    cara mengembalikan mood
    Kredit: practiseglow

Sekiranya menghidap diabetis, kita dilarang sama sekali makan makanan yang manis termasuklah aiskrim. Sama juga seperti coklat  aiskrim mengandungi asid amino typtophan yang boleh mencegah risiko stress serta meningkatkan rasa gembira apabila kita menikmatinya.

 

 

 

  1. Avokado

    cara mengembalikan mood
    Kredit: healthfooddream

Buah ini kaya dengan asid folat, zat kimia semulajadi yang boleh meningkatkan metabolisme serta energi dalam tubuh. Makanlah sepotong dua buah avokado ataupun jus avakado selepas makan tengahari adalah salah satu cara mengembalikan mood dan juga semangat kita sepanjang hari.

 

 

Cubalah lawan mood negatif kita itu dengan menikmati makanan tersebut. Waktu bangun pagi, bayangkan anda akan menikmati keenakan makanan tersebut sewaktu rehat tengah hari nanti. Pastikan anda tahu di mana anda boleh dapatkannya. Aturkan sehari satu jenis. Tapi ingat! Nikmati makanan itu dengan rakan yang anda senangi dan selalu rasa gembira bersamanya. Kalau tidak, pasti mood anda akan ke laut jugak. Seronok bukan?

Selamat mempraktik cara mengembalikan mood yang Mamanet kongsikan ini.

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...