Skip to main content

Bercerai susu ibu bukanlah sesuatu yang ‘seronok’

bercerai susu ibu
Kredit: Stuff

BERCERAI susu ibu. Seperti yang dijanjikan semalam, berikut ialah sambungan artikel bercerai susu yang dapat membantu ibu-ibu membuat keputusan yang wajar untuk bayi mereka.

Menurut artikel dalam Baby Center, pakar-pakar penyusuan badan mengesyorkan membiarkan anak anda menentukan bilakah dia mahu berhenti menyusu badan (baby-led weaning). Namun terpulanglah kepada anda untuk menentukan apa yang terbaik bagi anda dan anak anda.

Bagi anak anda, penyusuan badan bukan bermakna mendapatkan makanan semata-mata. Ia adalah cara untuk merapatkan hubungannya dengan anda, dan menerima keselesaan dan rasa selamat. Jika anda biarkan dia berhenti mengikut perkiraannya sendiri, kemungkinan yang anda akan menghadapi masalah berkurangan.

 

Bagaimanakah cara terbaik untuk bercerai susu ibu?

bercerai susu ibu
Kredit: kitchenwaredirect

Seperti yang kita sedia maklum, tujuan utama ia menyusu ialah kerana dia lapar. Jadi, bayi yang berusia 6 bulan sudah bersedia untuk makan makanan pejal. Apabila ia mula sibuk makan, maka secara automatik dia akan kurang menyusu badan.

 

Bantulah bayi anda menerusi proses seperti berikut:

 

Langkah satu: Perkenalkan bayi dengan susu segar (ramai ibu bapa keliru mengenai kaitan susu formula dengan bayi. Sebenarnya susu segar lebih baik kerana ia tidak menjalani proses yang sangat kompleks berbanding susu formula. Usah terkeliru dengan kempen pemasaran pengeluar susu antarabangsa). Susu segar sama ada susu kambing atau susu lembu boleh diperoleh di pasaraya atau pembekal susu terus dari ladang. Susu ini boleh diberikan kepada bayi melalui cawan plastik bebas BPA (jadi tidak semestinya minum susu dalam botol). Lebih mudah lagi kerana susu ini boleh dikongsi oleh seisi keluarga.

 

Langkah dua: Perkenalkan dia makanan yang lembut (puri) dalam satu hidangan kecil. Galakkan dia mencuba pelbagai rasa dan tekstur yang berbeza. Anda boleh kisar kentang rebus atau lecek pisang masak. Ada pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan yang boleh dijadikan puri. Dalam hal ini tidak mengapa jika dia tidak sukakan susu segar kerana dia masih dapat susu ibu yang cukup. Dia masih mendapat kebanyakan zat yang diperlukan daripada susu ibu.
Langkah tiga: Sebaik saja bayi anda mula makan dengan baik (tandanya kelihatan daripada najisnya), barulah anda kerapkan waktu makan. Misalnya sarapan pagi, makan tengah hari dan makan petang (sebelum jam 7 malam). Selitkan pemberian susu di antara waktu makan. Pada waktu malam, berikan dia susu.
Langkah empat: Berikan bayi anda air masak dalam cawan untuk selain daripada susu segar. Tuang hanya sedikit untuk elak tumpah. Jika habis dan dia hendak lagi baru ditambah.

 

Berapa lamakah masa untuk bercerai susu ibu?

Hal ini mungkin mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk menghentikan penyusuan badan, terutama sekali jika bayi anda pun sudah mula bosan dengannya. Atau ia mungkin mengambil masa berbulan atau bertahun.

Memang setiap kes itu berbeza, dan semuanya bergantung kepada berapa cepat dan berapa senang bayi anda membuat penyesuaian. Bercerai susu ibu akan mengambil masa lebih lama jika anda mencubanya sebelum bayi anda bersedia.
Adalah baik jika anda tidak menghentikan penyusuan badan dengan serta merta, sebab ia akan mengganggu bayi dan membuatkan anda tidak selesa. Anda akan mengalami payudara bengkak dan kemungkinan keradangan payudara yang menyakitkan (mastitis).

 

Bahkan bayi mungkin akan berhenti sendiri bila dia tidak selesa atau susu anda sudah berkurang dan dia tidak berasa puas. Maka waktu inilah yang paling sesuai untuk memperkenalkan alternatif lain.
Macam mana jika bayi saya tak mahu berhenti menyusu?

Jika bayi anda tidak menunjukkan tanda dia mahu berhenti menyusu, bersabarlah. Dia suka menyusu kerana itu menenangkan dia di samping membekalkan zat makanan. Dengan pertimbangan ini, anda boleh membantu dia menyesuaikan diri dengan melakukan perkara-perkara berikut:
Pilih masa yang sesuai
Memaksa anak berhenti menyusu dalam keadaan yang tidak sesuai hanya akan memberikan tekanan kepada dia dan anda. Misalnya jika dia baru pulih dari sakit, berpindah bilik atau rumah, bahkan mungkin dia tidak sukakan makanan pejal atau susu lain. Jadi, jangan terlalu tergesa-gesa. Lambat laun, anak anda tetap akan bercerai susu dengan anda.

Menyebutnya pun sudah agak ‘ngeri’, jadi proses bercerai susu ibu ialah proses yang sebenarnya agak ‘menyedihkan’. Usah terlalu ‘gembira’ untuk bercerai susu. Ia boleh menjejaskan emosi anak. Jadi, lakukanlah dengan penuh kasih sayang.

 

[btn text=”LIKE MAMANET DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .