Skip to main content

6 Penyebab Kenapa Cepat Lapar

kenapa cepat lapar
Kredit: Ravishly

Baru jer makan, ni dah lapar balik. Pernah tak mengalami situasi di atas? Pasti pernah kan… akibatnya hancurlah diet kita. Tapi, kenapa cepat lapar? Mesti ada penyebabnya, tak kanlah tanpa sebab cepat je laparnya.

 

Kenalah tahu apa penyebabnya supaya diet kita tidak gagal. Berikut adalah punca kenapa cepat lapar:

 

  1. Makan Cepat-Cepat

    kenapa cepat lapar
    Kredit: home.bt

Makan dengan tergesa-gesa atau nak cepat-cepat boleh menjadi salah satu punca kenapa cepat lapar. Ini adalah kerana hormon leptin tidak mempunyai cukup waktu untuk memberikan signal rasa kenyang kepada tubuh.

 

Makanan yang dikunyah dengan lebih lama dan luat boleh membuatkan makanan dapat diserap oleh tubuh dengan sempurna.

 

  1. Tidak Bersarapan Pagi

Mungkin juga disebabkan tidak bersarapan pagi kita menjadi cepat lapar. Padahal dengan bersarapanlah boleh membuatkan kita tidak makan banyak di siang hari.

 

Pengambilan protein yang mencukupi dalam menu sarapan pagi secara automatik akan membuatkan kita kenyang lebih lama.

 

 

  1. kenapa cepat lapar
    Kredit: drgifing

    Stres

Sewaktu stres biasanya perut akan menjadi mudah lapar. Ini adalah kerana hormon yang mengendalikan stress akan mengirimkan signal ke otak . Manakala otak pula akan memberikan signal ke tubuh untuk merasakan lapar.

 

Jadi, sebab itulah orang yang sedang stress akan makan dengan lebih banyak berbanding dengan orang yang tidak mengalami stres.

 

 

  1. Kurang Tidur

Kurang tidur juga boleh menjadi punca kenapa cepat lapar. Ini adalah kerana kurang tidur boleh membuatkan hormon ghrelin menjadi meningkat.

 

Justeru itulah jika kita kurang tidur, kita akan berasa lapar apbila bangun tidur dan cenderung makan makanan yang kaya karbohidrat.

 

 

  1. Bosan

Kalau bosan, dah tentu mulut kita rasa seperti nak mengunyah sahaja. Ketika bosan, gerak kerja hormon dopamine yang mengundang perasaan gembira jadi menurun.

 

Situasi ini membuatkan otak mula mencari jalan atau cara bagaimana untuk mengundang hormon dopamine dengan membuatkan kita berasa lapar. Jadi, kalau rasa bosan tu, memang kita kena cari aktiviti lain yang boleh membuatkan kita happy semula.

 

 

  1. Gula-Gula Getah

Mengunyah gula-gula getah terlalu lama juga boleh menjadi punca kenapa cepat lapar. Rasa gula-gula getah yang tidak manis setelah dikunyah atau dihisap terlalu lama boleh membuatkan lidah akan menelan air liur kembali.

 

Air liur inilah yang boleh membuatkan kita menjadi cepat lapar dan mula mencari makanan.

 

[btn text=”KLIK & LIKE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...