Skip to main content

6 Larangan Keras Pada Wanita Mengandung

wanita mengandung
Kredit: parents

Wanita mengandung perlu mempersiapkan dirinya dengan baik dan menjaga pengambilan nutrisi supaya proses perkembangan janin di dalam tubuhnya dapat berjalan dengan sempurna dan sihat.

Bakal ibu memerlukan energi yang lebih banyak daripada wanita normal yang tidak mengandung. Di samping itu untuk menjaga agar kandungan tetap sihat dan bayi dalam kandungan juga dapat berkembang dengan baik, wanita mengandung perlu menghindari beberapa perkara yang boleh membahayakan janin.

 

Berikut beberapa perkara yang perlu dihindari oleh wanita mengandung:

 

  1. Jangan Terlalu Ekstrem Bersenam

    wanita mengandung
    Kredit: bestonlineyogaclasses

Wanita mengandung memang digalakkan untuk bersenam. Namun, senaman tersebut bukanlah senaman berat seperti yang dilakukan oleh orang yang tidak mengandung.

 

Sekalipun kita seorang yang aktif atau tahan lasak selama ini, tetapi kita kena ingat. senaman yang keterlaluan boleh mengancam keselamatan janin yang dikandung.Senaman ekstrem seperti berbasikal dan latihan kekuatan perlu kita hindari sama sekali.

 

 

  1. Jangan Buat Kerja-Kerja Berat

Elakkan dari melakukan sebarang kerja-kerja berat sepanjang kehamilan, terutama bagi hamil muda. Mengangkat beban berat boleh memberikan tekanan pada perut kita ketika mengandung.

 

Pada awal kehamilan, kita bakal terdedah pada kegugura. Jadi, hindari sebarang kerja-kerja berat.

 

 

  1. Jangan Membersihkan Rumah Dengan Bahan Pembersih Kimia

Sebaiknya sewaktu mengandung hindari sebarang pembersih yang mengandungi bahan kima ketika mengelap atau membersihkan bilik mandi.

 

Pembersih kimia berbahaya untuk wanita kerana kandungan bahan kimia ini akan menganggu pertumbuhan janin.

 

 

  1. Jangan Mandi Berendam Terlalu Lama

Relaks dan bertenang memang diperlukan oleh setiap wanita mengandung. Tetapi berendam terlalu lama di dalam air panas tidak elok untuk mereka kerana ia boleh mempengaruhi kesihatan bayi yang dikandung.

 

 

  1. Jangan Menggunakan Losyen Yang Ada Bahan Kimia

Penggunaan lotion dan produk kecantikan dikatakan boleh mempengaruhi hormon pada wanita mengandung. Sebaiknya gunakan losyen daripada bahan semulajadi seperti minyak zaitun.

 

 

  1. Jangan Warnakan Rambut

Anda dilarang sama sekali mewarnakan rambutnya kerana kandungan kimia pada bahan pewarna rambut boleh membahayakan kandungannya.

 

Tetapi pewarna rambut semulajadi seperti inai, boleh dan selamat digunakan oleh wanita mengandung.

 

[btn text=”LIKE MAMANET DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

KOLEKSI TIN MILO EDISI TERHAD 2021 SUNTIKAN BARU MILO

MILO meraikan kekuatan serta semangat takkan gentar rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini. Menerusi kerjasama dengan jenama kreatif tempatan, Loka Made, MILO telah melancarkan Koleksi Tin MILO Edisi Terhad 1.5kg 2021 yang mengungkapkan pertalian erat antara MILO dengan Malaysia, selari dengan tradisi tahunannya untuk menyebarkan keceriaan dengan barangan koleksi yang dinanti-nantikan. Tahun ini, tradisi ini telah diberikan suntikan nafas baharu dengan ciri Realiti Berperantara (AR) buat julung-julung kalinya. Selama lebih 70 tahun, MILO tidak dapat dipisahkan lagi daripada kehidupan rakyat Malaysia. MILO dengan kebaikan malt, susu dan koko serta gabungan enam vitamin dan tiga mineral penting membekalkan tenaga untuk rakyat menghadapi hari. Baik dinikmati sebagai minumum berkhasiat untuk sarapan pagi mahupun pelengkap juadah kegemaran Malaysia, rasa coklat malt ikoniknya menjadikan MILO pilihan nombor satu rakyat dari generasi ke generasi.  “Kami bukan ...

5 TIP WUJUDKAN PERASAAN SAYANG TERHADAP DIRI SENDIRI WALAUPUN ANDA RASA TAK LAWA DAN GEMUK!

Bagaimana kita boleh menyayangi diri sendiri kalau kita tak ada perasaan sayang terhadap diri sendiri? Menyayangi diri sendiri bukanlah suatu proses yang mudah. Sebaliknya ia memerlukan proses yang cukup panjang. Ada ramai wanita yang berbadan besar atau gemuk hilang keyakinan diri, sehingga membuatkannya stres. Sehinggakan ada yang sampai membenci diri sendiri! Tak perlulah jadi seperti itu. Ini bukan zamannya lagi. Kita perlu keluar dari belenggu tersebut dan mengharungi suka duka kehidupan di dunia ini dengan fikiran yang lebih positif. LAKUKAN LIMA CARA BERIKUT INI SUPAYA KITA ADA PERASAAN SAYANG YANG LEBIH TERHADAP DIRI SENDIRI KENA BERFIKIRAN POSITIF Jika kita berfikir bahawa diri kita kurang menarik, mula dari saat ini hentikannya! Berterusan berfikiran negatif seperti itu hanya akan membuatkan kita jadi bertambah benci kepada diri sendiri. Perkara ini tentunya akan membawa kita pada tekanan atau depresi. Ingat tau, wanita yang mengalami depresi akan membuatkan kecantikannya sem...

4 CARA PALING ‘COOL’ JADI WANITA USIA 30AN YANG HEBAT!

Tahun ini dah jadi wanita usia 30an, tapi boyfriend pun tak ada! Stress betul!   Tentu ada di kalangan wanita yang mencecah usia 30an yang mengalami situasi tersebut. Sebenarnya sekalipun masih memegang title ‘single’, namun tidak bermakna sebagai wanita usia 30an , anda tidak layak bahagia sepertimana wanita lain. Lagipun menjangkau usia 30an, wanita dianggap cukup matang. Berbeza dengan ketika kita berusia belasan tahun atau 20-an dahulu. Cuma apabila menjangkau usia 30an ini, ada banyak perkara yang perlu kita lakukan supaya kehidupan kita menjadi lebih baik lagi. Selain itu, sebagai wanita usia 30an , kita juga perlu mengetahui banyak perkara. Bukan hanya untuk diri kita sendiri sahaja, sebaliknya juga untuk orang-orang yang berada di sekeliling kehidupan kita. [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] BACA: WANITA MATANG LEBIH DIGILAI LELAKI ...