Skip to main content

5 Manfaat Luar Biasa Senaman Kemut

senaman kemut
Kredit: amazonaws

AWAS peranakan jatuh! Senaman Kemut atau senaman kegel adalah salah satu jenis senaman untuk menguatkan otot punggung. Ianya sangat bermanafaat terutama untuk menguatkan otot-otot di bawah rahim, saluran kencing dan juga usus besar.

 

Senaman kemut yang dijuga turut dikenali sebagai senaman lantai pelvis  ini boleh dilakukan oleh wanita mahupun lelaki, sama ada sudah berkahwin ataupun masih solo.

 

senaman kemut
Kredit: doolafit

Selain boleh meningkatkan kualiti kehidupan seksual, senaman kemut ini juga mampu menyihatkan alat sulit dan membantu mengatasi masalah saluran kencing.

 

Cara melakukan senaman kemut sangat mudah dan kita boleh lakukannya di mana sahaja. Caranya, ketatkan atau kemutkan otot-otot di sekitar alat sulit seperti kita mehanan kencing. Kemudian tahan, dengan kiraan 5 hingga ke 10 saat, kemudian lepaskan. Sebaiknya dilakukan sehingga 10 kali dan dibuat dalam 3 kali sehari.

 

Senaman paling mudah ini boleh kita lakukan sambil membasuh baju, menjaga anak, sedang makan ataupun ketika mandi. Cuba lakukan secara teratur dan kita pasti akan dapat rasakan manafaatnya yang luar biasa!

 

Berikut beberapa manfaat senaman kemut buat kita semua:

 

  1. Menjaga Kesegaran Tubuh

Melakukan senaman kemut secara teratur, kesegaran tubuh kita akan tetap terjaga. Senaman ini dapat menguatkan otot punggung, sekaligus dapat membuatk a tubuh kita menjadi lebih sihat dan kelihatan segar.

 

 

  1. Mengurangkan Masalah Gagal Mengawal Air Kencing

Senaman ini membantu kita mengawal pundi kencing. Kadang-kadang masa kita terbatuk, terbersin, malahan juga ketika sedang ketawa, tiba-tiba sahaja kita ‘terkucil.’

 

Semakin bertambahnya usia, tak kira lelaki ataupun wanita akan mengalami masalah ‘inkontinensia urine’, ia itu hilangnya kawalan pada pundi kencing, sehingga terjadinya masalah ‘terkucil’.

 

Senaman ini dapat membantu kerana ia mampu menguatkan kedua otot pelvis yang berfungsi mengekang kebocoran air kencing dan najis.Semakin kerap kita melakkannya, semakin cepat kita dapat mengatasi masalah tersebut.

 

 

  1. Mencegah Buasir

Buasir adalah penyakit yang berpunca melebarnya pembuluh darah di kawasan dubur. Selain itu, ia juga boleh disebabkan kekurangan jumlah serat yang masuk ke dalam tubuh, sehingga menyebabkan najis menjadi keras.

 

Senaman ini  juga dikatakan dapat mengurangkan masalah buasir kerana mampu menguatkan otot punggung yang saling berkaitan dengan dubur.

 

  1. Meningkatkan Kepuasan Seksual

Senaman kemut ini dapat meningkatkan kepuasan ketika melakukan hubungan intim kerana daya cengkaman vigina akan semakin kuat bagi wanita. Manakala senaman ini juga membantu kaum lelaki meningkatkan daya ‘ketahanannya’ sehingga proses hubungan intim tersebut dapat bertahan lebih lama.

 

 

  1. Mencegah Peranakan Jatuh

Istilah peranakan/rahim jatuh juga dikenali sebagai ‘prolaps uterus’. Banyak faktor yang menyebabkan peranakan jatuh, dan ia adalah sesuatu yang normal bagi wanita yang pernah melahirkan.

 

Otot-otot rahim akan menjadi lemah selepas bersalin seiring dengan peningkatan usia kita. Dengan melakukan senaman tersebut secara rutin, maka peranakan jatuh ini dapat dicegah. Senaman kemut mampu mengembalikan kekuatan otot dasar punggung yang sebelum ini mengendur.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...