Skip to main content

5 Makanan Tambah Darah Atasi Anemia

makanan tambah darah
Kredit: empowher

ADA beberapa jenis makanan tambah darah yang kaya dengan zat besi boleh menjadi solusi terbaik bagi anda yang kurang darah (anemia) atau mempunyai tekanan darah rendah. 

 

Biasanya penurunan sel darah merah dalam tubuh boleh disebabkan kerana kita kekurangan zat besi. Kekurangan ini membuatkan tubuh tidak mampu menghasilkan hemoglobin, yang ada dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen keseluruh jaringan tubuh.

 

Malah anda mungkin tidak melepasi ujian saringan untuk menderma darah. Jadi, jika anda ingin menjadi penderma darah tegar, maka perlulah anda ambil perhatian untuk menambah zat besi dalam tubuh anda.

 

Kekurangan darah dalam tubuh akan menimbulkan masalah kesihatan, misalnya anemia, sakit kepala, pitam dan sebagainya. Penuhi keperluan nutrisi bukan setakat zat besi sahja, pengambilan vitamin A, B12 dan C serta asid folat dan protein yang mencukupi juga boleh mencegah penyakit anemia.

 

Berikut  adalah  antara makanan tambah darah:

 

makanan tambah darah
Kredit: amazonaws

  1. Hati

Hati adalah sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Ia merupakan makanan tambah darah paling efektif, pengambilan hati akan membantu memenuhi keperluan zat besi yang merupakan nutrisi penting penambah darah.

 

 

 

 

  1. Daging

Daging merah merupakan makanan tambah darah yang paling disarankan bagi meningkatkan hemoglobin. Tetapi, pilihlah daging merah (lembu, kambing,itik) yang tidak berlemak.

 

 

  1. Brokoli

Sayur brokoli menyediakan banyak zat besi untuk tubuh yang cukup berkesan untuk membantu kita menambah darah dengan cepat. Brokoli juga mempunyai kandungan vitamin C yang boleh menghalang radikal bebas serta memperkuatkan daya ketahanan tubuh kita.

 

 

  1. Kerang Dan Tiram

Kerang dan tiram  juga sangat efektif dijadikan makanan tambah darah. Kerang dan tiram juga merupakan sumber yang baik dari kalium, zink, tembaga, mngan dan selenium.

 

  1. Mangga

    makanan tambah darah
    Kredit: bagworldwide

Dalam sebiji buah mangga dikatakan mengandungi 60mg vitamin C. Pengambilan buah mangga atau jus mangga  satu kali sehari dapat membantu mencegah anemia. Kandungan serat dan antioksidan yang tinggi juga efektof untuk menjaga ketahanan tubuh.

 

 

 

 

  1. Bayam

    makanan tambah darah
    Kredit: bestherbalhealth

Bayam merupakan sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk pembentukan sel darah merah. Pengambilan makanan tambah darah yang tinggi kandungan zat besi seperti sayur bayam akan dapat menambah darah anda dengan cepat.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...