Skip to main content

5 Makanan Cegah Kanser Wajib Dimakan!

makanan cegah kanser
Kredit: i.huffpost

DENGAN memperbanyakkan makanan cegah kanser seperti sayur dan buah-buahan  serta rajin bersenam dapat mencegah penyakit yang meragut banyak nyawa ini. Bukan senang hendak mengubah tabiat pemakanan tetapi lebih baik mencegah daripada merawat. Bertindaklah sekarang!

 

JAGA KESIHATAN DAN JAGA BADAN SUPAYA JAUH DARI KANSER!

 

makanan cegah kanser
Kredit: youthensnews

Berikut beberapa makanan cegah kanser yang sebaiknya dijadikan menu makanan kita pada setiap hari.

 

 

  1. Tomato

Buah tomato dikatakan boleh mencegah kanser rahim, kanser payudara dan prostat.Buah ini kaya dengan lycopene, vitamin A dan C yang mana cukup bagus untuk menjaga sel tubuh akan tetap sihat serta mencegah kewujudan sel abnormal dalam tubuh yang mengundang kanser.

 

  1. Bawang Putih

Bawang putih mengandungi ally sulfur yang dikatakan dapat membantu mencegah pembentukan dan pengaktifan nitrosamine dalam tubuh dan menghalang zat-zat carcinogens yang berbahaya buat tubuh.

 

Di samping itu makan cegah kanser yang satu ini juga mengandungi zat aktif seperti vitamin A, B,C, kalsium, potassium, besi, karoten dan selenium.

 

  1. Teh Hijau

Teh hijau mengandungi antioksidan tertentu iaitu polyphenol (catechins) yang mencegah kehadiran sel-sel kanser.

 

Daun teh hijau yang kering juga dikatakan mampu mengurangkan kanser perut, paru-paru, usus , hati dan pancreas.

 

 

  1. Avokado

Buah yang terlalu banyak khasiatnya ini dapat mencegah kanser kerana mengandungi lutein, zat yang membantu untuk melawan kanser mulut dan prostat.

 

Di samping itu juga avokado yang tersenarai dalam makanan cegah kanser ini juga kaya dengan asid oleat yang dapat berfungsi untuk mencegah terjadinya kanser payudara.

 

 

  1. Buah Berry

Strawberry, blueberry, ceri dan apa sahaja jenis buah yang termasuk dalam keluarga Berry mempunyai antioksidan yang kuat untuk melawan kanser.

 

Buah-buahan berry dikatakan mampu menurunkan tekanan darah dan menjaga sel normal dalam tubuh.

 

  1. Sayuran Hijau

Makanan cegah kanser seperti sayuran berdaun hijau –  sawi,brokoli dan kangkung kaya vitamin,serat, lutein dan sebagainya yang terbukyi menurunkan risiko kanser bahagian penghadaman seperti mulut dan leher.

Mengamalkan makanan cegah kanser tidaklah sesukar mana. Lebih baik jika kita dapat sumber makanan ini dengan cara yang selamat iaitu bebas racun serangga dan baja kimia. Pilihan makanan organik memang lebih mahal tetapi kalau kita cuba tanam sendiri di dalam pasu dan sebagainya, memang berbaloi.

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...