Skip to main content

5 Khasiat Air Beras Untuk Muka Cantik

khasiat air beras
Kredit:netdna

TAHUKAH anda air cucian beras ini mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan? Malah, khasiat air beras menjadi salah satu rahsia kecantikan asli wanita Jepun.

 

Selain khasiat air beras ini baik untuk merawat kulit muka, mereka juga menggunakan air cucian beras ini untuk merawat kulit tubuh. Malahan, berendam menggunakan air cucian beras juga digunakan sebagai cara untuk menghaluskan dan mencerahkan  kulit tubuh.

Mengapa perlu membazir sedangkan anda boleh hasilkan pelbagai bahan penjagaan kecantikan daripada air beras yang anda buang setiap hari. Sebaiknya ambil peluang ini untuk kemudahan anda. Bukan sahaja kulit anda makin cantik tetapi poket anda pun selamat! Selamat mencuba!

 

Berikut beberapa khasiat air beras untuk kecantikan wajah:

 

  1. Memutihkan Muka

    khasiat air beras
    Kredit: artifactgirl

Air beras dikatakan mengandungi oryzanol yang sangat membantu dalam merawat kulit daripada kerosakan terutama yang disebabkan oleh sinaran matahari.

 

  1. Kulit Lebih Sihat Dan Awet Muda

Selain kaya dengan pelbagai vitamin seperti A,B,C dan E, air beras juga mengandungi asid amino yang katakan mampu memperlambatkan penuaan semulajadi.

 

Khasiat air beras turut membantu meremajakan kulit dan mencegah pigmentasi. Kulit muka akan nampak lebih sihat dan awet muda.

 

  1. Ubat Jerawat

Air cucian beras boleh digunakan untuk mengatasi masalah jerawat di muka. Khasiat air beras ini akan menyembuhkan jerawat secara semulajadi dan lebih cepat.

 

  1. Melembabkan Kulit

Air cucian beras juga dikatakan mampu melembabkan kulit yang kering kerana ia boleh membuka pori-pori dan menanggalkan kotoran yang melekat pada kulit.

 

  1. Menyihatkan Kulit Muka

Jadikan air cucian beras sebagai toner. Caranya cukup mudah, anda hanya perlu rendam kapas dalam air beras tersebut dan lapkan perlahan-lahan pada kulit muka.

 

Ia bukan sahaja menghapuskan setiap kotoran dan sebum yang berlebihan pada kulit anda, bahkan boleh membuatkan kulit muka menjadi lebih lembut, segar dan sihat.

 

Jika sebelum ini kita buang sahaja air cucian beras, selepas tahu khasiat air beras ini jangan lupa untuk memanfaatkannya. Selamat mencuba!

 

[btn text=”LIKE FACEBOOK KAMI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...