Skip to main content

4 Tip Pakai Tudung Supaya Tetap Cantik

tip pakai tudung
Kredit: hijabstyle.space

NAK TAHU tip pakai tudung dengan pelbagai gaya dan jenis lilitan? Ikuti artikel ini seterusnya kerana seperti kebanyakan wanita Muslim yang lain, anda pasti mempunyai daya kreativiti mengayakan tudung yang tinggi.

Secara tak langsung gaya atau tip pakai tudung yang dipersembahkan dapat membantu para hijabers yang ingin belajar mempercantik dandanan serta penampilan dalam pemakaian tudung atau hijab.

 

Berikut Tip Pakai Tudung Agar Kita  Tetap Nampak Cantik:

tip pakai tudung
Kredit: hayaislamicclothing

 

  1. Sesuaikan Tudung Dengan Bentuk Muka

Memandangkan sekarang ini terlalu banyak gaya dan jenis tudung, jadi kita perlu lebih selektif dalam memilih gaya tudung. Ini adalah kerana tidak semua rekaan tudung dan jenisnya sesuai dengan bentuk muka kita. Jadi, pastikan bentuk wajah kita terlebih dahulu ya sebelum membeli tudung!

 

  1. Pilih Tudung Dengan Warna Atau Motif Yang Sesuai

Untuk menjadikan penampilan kita lebih sepadan dan nampak kemas, salah satu faktor yang perlu kita perhatikan adalah pemilihan tudung yang sesuai dengan baju yang dipakai.

 

  1. Guna Inner/Anak Tudung Yang Sepadan Dengan Tudung

Tip pakai tudung yang seterusnya ialah inner atau anak tudung sangat berguna untuk merapikan rambut supaya tidak tersembul keluar. Inner juga berfungsi untuk mempermudahkan kita dalam pemakaian tudung terutama bila mengenakan tudung pashmina ataupun tudung jenis bukan instan.

 

Selain kita perlu memilih inner yang mampu menyerap peluh dan selesa, pastikan juga warna inner dan warna tudung sama ataupun sepadan untuk digayakan.

 

 

  1. Tambahkan Aksesori

Selain tudung yang selesa dipakai, kita boleh kenakan aksesori sebagai pelengkap gaya supaya tudung kita kelihatan lebih kemas dan cantik. Aksesori seperti bross  dan sebagainya, namun kita perlu gayakannya dengan bijak supaya nampak elok dan anggun digayakan.

 

Apapun gaya dan cara anda bertudung, sebaikny aia mampu menutup aurat anda. Pilihan tudung yang lebih bersaiz besar dan labuh memudahkan anda melilit tudung di kepala dan dada anda. Semoga tip pakai tudung ini dapat memberikan anda inspirasi gaya bertudung yang lebih tepat dan cantik.

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...