Skip to main content

4 Khasiat Ubi Kentang Untuk Sihat & Cantik

ubi kentangUBI KENTANG memang kesukaan ramai. Ia adalah salah satu jenis sayur yang dilengkapi dengan pelbagai vitamin yang diperlukan oleh tubuh.

 

Di samping itu, ubi kentang bukan hanya sebagai salah satu sumber karbohidrat, malahan kandungan lain yang terdapat di dalamnya juga berguna untuk kecantikan terutama untuk merawat muka secara semulajadi. Antaranya, vitamin A, vitamin B, vitamin C, kalsium, fostor, potassium, protein, serat dan juga zat besi.

 

Berikut beberapa khasiat ubi kentang untuk kesihatan dan juga kecantikan kulit serta muka:

 

  1. Anti Kedutan & Menyamarkan Bintik-Bintik Hitam

    ubi kentang
    Kredit: greenhealthy

Ubi kentang boleh digunakan sebagai bahan semulajadi yang mampu mencegah penuaan semulajadi.Kandungan vitamin C, selain berguna sebagai antioksidan ia juga boleh membantu mencerahkan kulit serta menghilangkan kedutan-kedutan ataupun garis-garis halus pada muka.

 

Selain itu, ia juga mampu menyamarkan bintik-bintik hitam pada muka. Lakukan secara rutin,

dengan menggunakan alat pengisar, haluskannya untuk dijadikan masker muka.

 

Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, campurkan dengan beberapa bahan lain seperti putih telur, madu, lemon ataupun minyak zaitun. Campuran tersebut akan memberikan khasiat yang berbeza-beza terhadap kulit muka. Urut perlahan-lahan, kemudian biarkan selama lebih kurang setengah jam. Apa yang pasti, kulit muka kita akan jadi lebih sihat dan cantik!

 

  1. Mata Sembab

    ubi kentang
    Kredit: glutenfreegigi

Kentang mempunyai khasiat yang mampu membuatkan mata yang penat dan sembab atau bengkak kembali bersinar. Parut, kemudian masukkan ke dalam kain nipis yang bersih, kemudian tuamkan ke kelopak mata.

 

Selain itu, boleh juga menggunakan potongan ubi kentang yang sudah dikupas untuk menghilangkan lingkaran hitam di sekitar kawasan mata. Potong kentang nipis-nipis, kemudian tekapkan di atas mata. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Mata akan terasa lebih segar dan lingkaran hitam dapat disamarkan dengan mudah.

 

  1. Menurunkan Berat Badan

Kentang bakar dikatakan dapat mengurangkan jumlah lemak.Kita boleh ganti menu makan malam dengan menikmati kentang bakar bersama segelas air.

 

Untuk rasa yang lebih sedap, tambahkan minyak zaitun dna sedikit garam. Selain dibakar atau dipanggang, kita boleh juga rebuskannya, kemudian hancurkan sehingga lumat. Setelah itu, tambahkan dengan halia serta garam, kemudian bakar lagi.

 

Sebenarnya cara menurunkan berat badan ini menjadi lebih efektif jika kita boleh menghindari sebarang masakan bergoreng kerana kandungan lemak dan kolesterol akan jadi lebih tinggi.

 

  1. Meredakan Stress

Ubi kentang mengandungi vitamin B6 yang sangat berguna untuk menghilangkan stress yang bermula dari fikiran.

 

Pengambilan ubi kentang membuatkan hormon adrenalin dapat bertindakbalas pada stress, yang mana pada akhirnya akan membuatkan tubuh kita menjadi lebih relaks dan perasaan kita juga akan jadi lebih tenang.

 

[btn text=”LIKE MAMANET DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .