Skip to main content

4 Cara Meluruskan Rambut Kerinting, Mudah saja!

cara meluruskan rambutTentu ramai yang nak tahu cara meluruskan rambut kerinting tanpa menggunakan produk rambut yang berbahaya untuk kesihatan rambut, kan? Jadi, Mamanet kongsikan tipnya.

 

 

Kadang-kadang rambut kerinting ni merimaskan. Bila dia kering, ia akan kembang macam sarang tebuan. Nak ke salon, risau pulak dengan baget dan bahan kimia yang digunakan. Sebenarnya banyak cara meluruskan rambut kerinting secara semulajadi. Cuba ya dan lakukannya tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil sempurna.

 

  1. Susu

Menggunakan satu bahan sahaja iaitu susu adalah satu cara meluruskan rambut kerinting. Campurkan setengah gelas susu segar dengan air secukupnya.Kemudian lumurkannya ke rambut dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, barulah dibilas dengan syampu dan juga perapi untuk membersihkannya.

 

 

  1. Pisang, Betik Dan Madu

Ambil sebiji pisang, 5 potong buah betik dan 3 sudu madu. Campur dan haluskan/blender kesemuanya. Setelah itu, lumurkan pada rambut. Biarkan selama 30 minit, kemudian basuhlah sehingga bersih.

 

 

  1. Santan Dan Jus Lemon

Cara meluruskan rambut kerinting dengan menggunakan santan dan jus lemon juga boleh anda cuba. Campurkan setengah cawan santan da setengah cawan jus lemon. Kemudian, sejukkan campuran tersebut di dalam  peti ais sehingga ia berubah menjadi seperti krim kental.

 

Setelah itu, lumurlah  pada rambut sehingga rata sambil mengurutnya secara perlahan-lahan.Kemudian bungkuslah rambut dengan tuala ataupun shower cap. Biarkan selama sejam atau sehingga kering, setelah iu barulah dibasuh sehingga bersih.

 

 

  1. Minyak Zaitun Dan Telur

Minyak zaitun bukan hanya mampu merawat kecantikan tubuh, tetapi juga boleh digunakan sebagai salah satu cara meluruskan rambut kerinting.

 

Anda hanya perlu mencampurkan sedikit 4 sudu besar minyak zaitun dengan dua biji telur. Gaul sehingga sebati. Kemudian jadikannya sebagai masker rambut. Sapukan sehingga rata dari hujung rambut sehinggalah ke kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang dua jam. Setelah itu, barulah dibilas dan syampu sehingga bersih.

Mudah tak? Jadi, kalau nak rambut lurus, jangan malas ya cuba cara meluruskan rambut kerinting ni. Selamat mencuba!

 

Ikuti kami di facebook dan like page mamanet@harianwanita

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...