Skip to main content

10 Cara Melembabkan Bibir & Memerahkannya

cara melembabkan bibir
Foto: stylearia

BIBIR yang sihat nampak segar, kemerahan dan tidak kering serta pecah-pecah. Jadi, sebab itulah kita kena tahu cara melembabkan bibir, sekaligus nampak kemerahan, sihat dan tidak kering.

 

Berikut cara melembabkan bibir agar tetap nampak segar dan kemerahan semulajadi:

 

  1. cara melembabkan bibir
    Foto: bigcommerce

    Hindari pemakaian lipstik yang berlebihan. Jangan biarkan lipstik berada di bibir terlalu lama. Pastikankesan-kesan lipstik telah dibersihkan sebelum tidur dengan cara menggosok bibir dengan lembut menggunakan ais batu.

 

 

  1. Cara melembabkan bibir secara semulajadi adalah dengan meningkatkan pengambilan vitamin C. Jadi, untuk mendapatkan vitamin C tersebut anda boleh mendapatkannya dari makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan.

 

 

  1. Anda kena rajin menggunakan pelembab bibir agar bibir anda tidak kering dan merekah. Selalunya bibir akan cepat kering apabila anda kurang minum air masak dan berada di tempat yang berpenghawa dingin. Jadi pastikan anda sentiasa bawa pelembab bibir sewaktu anda keluar dari rumah.

 

 

  1. Selain itu, cara melembabkan bibir yang boleh anda praktikan, jangan biasakan menjilat atau membasahkan bibir terutama ketika bibir tengah kering. Ini kerana air liur mempuyai enzim yang menyebabkan kerengsaan pada luar bibir.

 

 

  1. Cara melembabkan bibir yang paling mudah, anda hanyar perlu menjadikan lip balm sebagai teman baik anda. Bawalah selalu ke mana-mana anda pergi.

 

 

  1. Jangan tarik kulit bibir yang mati. Ia akan menyebabkan bibir anda luka dan berdarah. Seeloknya gunakan kain yang bersih atau tisu basah untuk mengelap bibir yang mengelupas itu.

 

 

  1. Pilihlah lipstik yang sesuai kerana pemilihan yang salah akan menyebabkan bibir anda menjadi hitam dan kering serta pecah-pecah.

 

  1. Elakkan daripada selalu memakan makanan yang pedas, panas dan bergetah.

 

 

  1. Minum air lapan gelas sehari boleh mencegah dehidrasi yag menyebabkan bibir kering dan merekah.

 

 

  1. Jangan merokok dan hindari kafein kerana ia mempunyai bahan kimia yang boleh hitamkan bibir. Perbanyakkan pengambilan vitain yang dapat membuatkan bibir menjadi lembab, cerah dan nampak segar

Itulah beberapa cara melembabkan bibir dengan mudah dan semulajadi. Selamat menjaga bibir agar tetap lembab dan sihat.

 

[btn text=”LIKE FACEBOOK KAMI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .