Skip to main content

Resepi Tart Nenas Gebu

resepi tart nenasKALI ini Dapur Mamanet berkongsi Resepi Tart Nenas Gebu. So delicious rasanya dan tak syok Raya tanpa kuih yang satu ini! Tart Nenas merupakan salah satu jenis kuih yang paling banyak digemari, terutama pada hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan juga Aidiladha.

Boleh dikatakan hampir di setiap rumah pasti menyediakan kuih ini. Resepi Tart Nenas Gebu yang dikongsikan ini mempunyai tekstur yang sangat lembut. Bahkan ketika masuk ke dalam mulut, anda pasti akan merasakan sensasi nikmatinya meleleh di mulut.

 

Berikut Resepi Tart Nenas Gebu yang nikmat dan wajib dicuba:

Bahan-Bahan Untuk Kulit Tart Nenas:

  • 300 gram tepung gandum (rendah protein)- diayak
  • 250 gram mentega/majerin
  • 50 gram tepung jagung – diayak
  • 100 gram gula halus – diayak
  • 1 sudu besar susu tepung – diayak
  • 4 biji kuning telur
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • sedikit garam

Bahan Untuk Sapuan

  • 2 biji kuning telur
  • ½ sudu teh air masak
  • ½ sudu teh madu
  • Sedikit pewarna kuning/nenas

Bahan Untuk Membuat Jam Nenasresepi tart nenas

  • Sebiji nenas, dikisar atau diparut
  • 200 gram gula pasir
  • 3 biji bunga cengkih
  • 2 batang kulit kayu manis
  • sedikit garam

 

 

 

Cara Membuat Jam Nenas:resepi tart nenas

  1. Masak terlebih dahulu nenas yang sudah diblendar/diparut, kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga surut airnya.

 

  1. Kemudian masukkan gula pasir dan garam, kemudian kacau sehingga jam tersebut menjadi pekat, padat dan boleh dibentuk.

 

3. Setelah itu bentukkan jam tadi menjadi bulat dengan ukuran yang sesuai dengan selera anda. Cuma jangan bentukkannya terlalu besar kerana akan menyebabkan jam tersebut terkeluar dan membuatkan kulit tart tersebut menjadi retak.

 

Cara Membuat Kulit Tart Nenas

resepi tart nenas

1.Campurkan tepung gandum, tepung jagung, gula halus, susu tepung dan garam. Kacau dengan menggunakan spatula sehingga  rata.

 

  1. Kemudian masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan masukkan pula mentega/marjerin. Kacau dan ulinya sehingga dapat membentuk adunan yang tak melekat di jari.

resepi tart nenas

  1. Kemudian betukkan doh seperti selinder supaya senang untuk dimasukkan ke dalam acuan.

 

  1. Bila dah siap, letakkan inti jam nenas tadi dan gulung memanjang dan padatkan.

 

tart nenas

  1. Atur adunan yang sudah dibentuk di atas loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Sapu permukaan tart nenas dengan bahan sapuan tadi.

 

  1. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160 darjah Celsius selama 25 minit atau sehingga masak.

resepi tart nenasresepi tart nenas

  1. Keluarkan dari ketuhar, sejukkan dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.

p/s: Tart sebenarnya ada banyak rekaan contohnya tart gulung, tart landak, tart melati, tart bunga dan tart kepit. Terpulanglah pada kreativiti anda untuk menghasilkan rekaan yang menarik dan mudah.

Nota Editor: Ejaan sebenar Resepi Tart Nenas ialah Resipi Tat Nanas. Bagaimanapun untuk tujuan SEO, carian yang paling banyak ialah dengan menggunakan ejaan resepi tart nenas. Harap maklum.

 

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .