Skip to main content

Resepi Kek Keju Lembut Meleleh

Resepi Kek Keju
Foto: Internet

RESEPI Kek Keju. Nampaknya Resepi Kek Keju dari Dapur Mamanet ini sangat sesuai buat anda yang benar-benar menggemari rasa keju.

Resepi Kek Keju ini cukup lazat dan sangat lembut. Kelazatan rasa serta kelembutan teksturnya membuatkan anda tidak akan menyesal untuk mencuba resepi ini.

 

Anda juga boleh mempelbagaikan variasi rasa lain dari olahan kek keju lembut meleleh ini seperti vanilla, coklat, strawberi dan lain-lain lagi.

BACA INI

 

Berikut Resepi Kek Keju Lembut Meleleh:

 

Bahan-bahan Yang Diperlukan Untuk Kek Keju Lembut Meleleh:

  • 100 gram tepung gandum (diayak)
  • 60 gram tepung jagung (diayak)
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • 4 biji telur (ambil putihnya sahaja)
  • 4 biji telur (ambil kuningnya sahaja)
  • 100 gram gula kastor
  • 1 sudu teh baking powder(diayak)
  • 1 sudu besar ovallete
  • 50 ml fresh cream atau susu segar
  • 2 sudu cream cheese
  • Biskut oreo atau biskut rangup lain yang dihancurkan (Ada juga yang buat kek ini tidak menggunakan biskut sebagai dasar. Jadi terpulang pada anda).

 

Bahan Untuk topping, hiasan ikut selera dan kreativiti.

Keju cheedar parut, hirisan coklat atau bauh berri dan sebagainya.

 

Resepi Kek Keju
Foto: Internet

Bahan Untuk Krim

  • 200 gram cream cheese
  • 120 gram susu pekat manis
  • 50 ml whipped cream

(Pukul semua bahan di atas hingga menjadi krim)

 

Cara Membuat Kek Keju Lembut Meleleh:

  1. Hancurkan biskut di dalam plastik dengan penggiling doh. Kemudian cairkan 25 gm mentega dan kacau rata bersama biskut. Ratakan biskut sebagai dasar loyang. Tekan perlahan sahaja. Letakkan sebentar dalam peti sejuk agar ia mengeras.

 

  1. Pukul putih telur dengan separuh gula kastor sampai jadi maringue dan ketepikan. Kemudian masukkan telur kuning dan separuh lagi gula. Pukul hingga kembang bersama esen vanila dan ovallete. Kemudian masukkan  tepung yang sudah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit berselang seli dengan fresh cream dan 2 sudu cream cheese hingga jadi likat.

 

  1. Pastikan ia benar-benar sebati, selepas itu barulah dimasukkan mentega cair. Pukul dengan kelajuan sederhana.

 

  1. Kemudian tuang adunan ke dalam loyang yang sudah diletakkan biskut sebagai dasar.

 

  1. Bakarlah dalam ketuhar lebih kurang dalam 40 minit dengan suhu 160 darjah Celsius atau sehingga masak.

Resepi Kek Keju
Foto: Internet

  1. Setelah kek masak, sejukkan seketika. Kemudian belah dua kek tersebut (Langkah 6-7 jika mahu kek lebih berkrim). Jika tidak, anda boleh terus sapukan sahaja krim di bahagian luar kek.
  1. Kemudian tuangkan krim di atas permukaan kek yang dipotong. Setelah itu, lapiskan semula dengan bahagian kek yang satu lagi, dan sapukan lebihan baki krim tadi sehingga menutupi seluruh kek.

 

Resepi Kek Keju
Foto: Internet

  1. Terakhir, taburan hirisan coklat atau cheese di atasnya sebagai topping atau biarkan begitu sahaja. Kemudian simpan ke dalam peti sejuk selama 1-2 jam.

 

  1. Kemudian bolehlah dipotong serta dinikmati dengan penuh kenikmatan rasanya Kek Keju Lembut Meleleh hasil buatan anda ini. Boleh dihidang bersama buah berri.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .