Skip to main content

Resepi Kek Coklat Kukus Sedap Dan Gebu

Kek Coklat KukusSEDAPNYA Kek Coklat Kukus. Apatah lagi, kalau ia gebu dan cair di mulut. Dari dapur Mamanet, dikongsikan satu resepi Kek Coklat Kukus, yang ringkas tetapi mempunyai rasa yang cukup enak.

 

Kek Coklat Kukus yang sedap bertekstur lembut dan gebu serta tidak terlalu manis.  Kek Coklat Kukus merupakan salah satu pilihan atau cara dalam membuat kek yang enak, selain daripada dibakar dalam oven sehingga menghasilkan variasi tekstur, aroma dan rasa yang berbeza-beza.

Bahan dan cara membuat Kek Coklat Kukus

Kek Coklat Kukus

Bahan-Bahan:

100 gram tepung gandum

100 gram gula pasir

50 gram serbuk koko

4 biji telur ayam

10 gram ovalet atau cake emulsifier

75 gram mentega (dicairkan)

½ gelas air mineral

½ gelas susu pekat manis

 

Bahan-bahan topping kek coklat kukus:

300 gm coklat masakan yang sudah dipotong kecil

1 sudu besar susu pekat

1/2 cawan susu cair

2 sudu besar mentega

1/4 cawan air panas

 

BACA INI

 

Cara Membuat Kek Kukus Coklat:Kek Coklat Kukus

  1. Pukul telur, gula pasir dan ovelet dengan putaran paling tinggi sehingga kembang dan putih.

 

  1. Kemudian, masukkan tepung gandum dan serbuk koko sambil diayak perlahan-lahan.

 

  1. Bancuhkan susu pekat manis dengan air, kacau rata kemudian baru dituang ke dalam adunan tadi.

 

  1. Masukkan pula mentega cair sambil dikacau rata.

 

  1. Sapukan loyang dengan sedikit mentega, kemudian tuang adunan tersebut ke dalam loyang.

 

  1. Kukuslah adunan tersebut selama 30 minit, sehingga mengembang dan masak.

 

  1. Biarkan sejuk, buat topping dan hias sebelum hidang. Rasanya yang enak pasti menggoda selera! Tak cukup sepotong pasti nak lagi. Bagi yang ada diabetes tu jangan makan banyak sangat ya!Kek Coklat Kukus

 

Cara buat topping kek coklat kukus:

 

  1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.
  2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga cair.
  3. Padamkan api dan masukkan mentega dan kacau hingga cair.
  4. Curahkan 1/2 daripada topping cair yang masih panas hingga menutupi keseluruhan kek.
  5. Biarkan 15 – 30 minit supaya topping meresap ke dalam kek.
  6. Panaskan kembali topping yang lebih tadi dan masukkan air panas.
  7. Kacau hingga sebati dan curahkan lagi ke atas kek.
  8. Bila topping dan kek sudah sejuk, boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidang.

P.S: Selamat mencuba resepi Kek Coklat Kukus dan jangan lupa berkongsi resepi ini dengan teman-teman anda ya!

 

Resepi Sumbangan  Dea Marissa

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...