Skip to main content

Ketahui Masalah Melalui Bau Vagina Anda

Bau VaginaTidak dinafikan, bau vagina yang menyengat cukup meresahkan kaum wanita, sama ada yang sudah berkahwin mahupun sudah berumahtangga.

Sebenarnya tidak ada vagina yang bebas bau. Setiap wanita memiliki bau vaginanya sendiri dan ia adalah perkara yang normal. Walaupun setiap wanita mahu memiliki bau vagina yang berbau harum, tetapi ia adalah sesuatu yang mustahil.

 

Menurut Dr.Vaneesa Cullins, pakar sakit puan di Amerika Syarikat, vagina wanita tidak mempunyai bau yang sewangi bunga. Vagina yang sihat memiliki aroma yang sedikit hamis tetapi tidak terlalu kuat. Untuk menyegarkannya anda boleh membersihkan vagina dengan air campuran sirih, mawar atau pandan.

 

Baca juga: Hilangkan Gatal Pada Kulit Dengan 5 Petua

 

Bagaimanapun, jika baunya terlalu kuat dan terlalu berair (seluar dalam sering basah), anda mungkin sedang mengalami masalah. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan bau vagina berubah, seperti infeksi kulat atau bakteria, berpeluh, perubahan hormon dalam kitaran menstruasi serta perubahan tahap asid vagina.

Berikut beberapa bau vagina yang perlu anda ketahui dan segera ambil peduli:

 

1.Berbau Hanyir Dan MasamBau Vagina

Penyebabnya adalah bacterial vaginosis. Adakalanya ia tidak mempunyai petanda, tetapi boleh juga menyebabkan keluarnya cecair berwarna putih atau kelabu, berbau hanyir atau masam yang kuat dan amat gatal.  Jangkitan ini mungkin akan anda alami selepas melakukan hubungan seks atau membersihkannya  dengan pembersih vagina yang tidak sesuai dengan kulit anda.

 

  1. Berbau Bawangbau vagina

Jika anda suka sangat makan bawang merah atau bawang putih, tidak hairanlah jika keharuman vagina anda lebih kepada bau bawang. Aroma bawang ini boleh disebakan air kencing dan cecair di vagina, tak pun dari anus. Cara terbaik untuk mengurangkan bau vagina ini adalah dengan membasuh bersih-bersih dengan air campuran sabun, daun-daun wangi atau garam.

 

  1. Berbau Seperti Roti bau vagina

Kemungkinan besar disebabkan oleh infeksi kulat. Wanita yang sihat juga mempunyai kulat di vaginanya, tetapi adakalanya ia boleh menyebabkan infeksi. Akibatnya cecair vagina akan menjadi seperti keju dan agak kental.

 

 

Baca juga:  5 Penyebab Vagina Gatal

  1. Berbau Seperti Bangkaibau vagina

Infeksi yang lebih teruk mungkin telah berlaku. Jika anda memakai tampon dan terlupa untuk menukarnya walaupun sehari atau lebih, aromanya boleh berbau busuk atau ‘melantong’. Jalan terbaik, anda disarankan segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang selanjutnya bagi mengeluarkan tampon yang tertinggal. Dapatkan rawatan doktor segera!

 

Supaya vagina anda selalu wangi, anda boleh melakukan cara tradisional untuk menghilangkan bau vagina tersebut. Gunakan Daun Sirih dan GaramRaja kerana ia mampu membunuh kuman yang menjadi penyebab bau itu. Lakukan secara rutin, vagina anda akan sentiasa berbau wangi dan tidak becak!

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .