Skip to main content

Biskut Conflakes Madu Ranggup

Conflakes Madu
Foto: Lifejournal.com

BISKUT Conflakes Madu merupakan salah satu biskut raya yang paling senang nak buat. Kosnya pun tak lah mahal mana. Anak-anak pasti suka. Jadi, jom try!

Rasanya yang manis dan cenderung ranggup, tidak siapa yang mampu menolak biskut conflakes madu ini. Jika kita membuat biskut conflakes ini sendiri, kita boleh memilih taburan hiasanya mengikut selera sendiri.

 

Kali ini Dapur Mamanet kongsikan resepi Biskut Conflakes Madu Ranggup yang murah dan simple dibuat. Selamat Mencuba!

 

Bahan-bahanConflakes Madu

  • 150 gram cornflakes (diramas kasar, jika suka)
  • 4 sudu besar madu atau golden syrup
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 3 sudu besar mentega
  • ceri atau taburan manik, untuk hiasan (boleh juga letak chocolate rice, kacang, bijan dan sebagainya mengikut kesukaan)
  • paper cup/mangkuk kertas secukupnya

 

 

BACA INI

 

 

Cara Membuat Biskut Conflakes Madu

  1. Panaskan periuk atas api kecil. Masukkan mentega dan cairkan.Conflakes Madu

 

  1. Kemudian masukkan gula dan madu/golden syrup, kacau hingga sebati. Tutup api.

 

  1. Setelah itu, tuangkan campuran mentega yang telah dicairkan bersama madu/golden syrup dan gula tadi ke dalam mangkuk conflakes, kacau sehingga conflakes madu bergaul rata dan sebati bersama.

 

  1. Bila conflakes ini sudah rata semunya, sudukan ke dalam paper cup/mangkuk kertas sehingga habis.

 

  1. Hiaskan dengan ceri/ taburan manik atau chocolate rice di atasnya.

 

  1. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 10 minit atau sehingga masak.

 

  1. Biarkan sejuk seketika, barulah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...