Skip to main content

7 Cara Mekap Tahan Lama Dan Tak Comot

Cara Mekap Tahan LamaCARA Mekap Tahan Lama. Pasti ramai yang nak tahu, kan… sebab masalah yang sering kita hadapi bila pakai mekap, ia tak tahan lama dan buat kulit muka kita nampak berminyak!

Tapi, jangan risau ok, sebab Mamanet punya beberapa trik mekap tak luntur ataupun cara mekap tahan lama dari pagi hingga ke malam hari.Sudah pasti, selepas mempraktikkan cara mekap tahan lama ini anda akan kelihatan cantik berseri-seri sepanjang hari.

 

Berikut 6 Cara Mekap Tahan Lama:Cara Mekap Tahan Lama

 

  1. Biarkan Pelembab Meresap

Tak kisahlah anda pakai sikit atau banyak pun pelembab muka, anda tetap perlu menunggunya meresap dahulu sebelum mengenakan mekap.

Biarkan sekitar 15 minit, sehingga pelembab muka tersebut meresap dengan sempurna. Jika kulit muka anda jenis berminyak, kurangkan penggunaan pelembab di zon T kerana ia adalah cara terbaik untuk memastikan anda tidak berlebihan menggunakan pelembab muka.

 

  1. Pakai Foundation

Penggunaan foundation sememangnya dapat membantu membuatkan mekap kelihatan lebih sempurna. Sebaiknya pilih foundation jenis matte sebab ia tidak berkilat dan efeknya tahan lebih lain.

 

Cara mekap tahan lama, selain pakai foundation matte, boleh juga menggunakan mineral base yang susah luntur. Gunakan span bersih  atau jari untuk menyapu foundation pada kulit muka anda bagi mendapatkan hasil yang lebih sempurna dan mekap pun tahan lama.

 

  1. Teknik Pakai Bedak

Teknik memakai bedak muka yang betul sangat penting kerana inilah salah satu cara mekap tahan lama.Anda disarankan tidak memakai bedak di seluruh muka. Memadai pakai bedak muka hanya di kawasan yang dikatakan mudah berminyak, seperti di zon T dan dagu.

 

BACA INI

 

  1. Pastikan Eyeliner dan Maskara Jenis Waterproof

Memang geram kan.. kalau eyeliner atau maskara yang dipakai luntur atau tidak tahan lama. Hasilnya, kita akan kelihatan seperti orang yang tak cukup tidur, 3 hari tiga malam! Bukan itu sahaja, silap haribulan kawasan sekitar mata kita nampak lebam seolah-olah kena penumbuk!

 

Bagi mengatasi keadaan seperti itu berlaku, pastikan kita pilih eyeliner dan maskara jenis waterproof. Wajib tau!!

 

 

  1. Eyeshadow

Cara mekap tahan lama untuk eyeshadow atau pembayang mata, pastikan sebelum memakai eyeshadow  anda terlebih dahulu telah menggunakan foundation di kelopak mata. Pilih foundation yang bebas minyak. Selain membuatkan mekap tahan lama, warna eyeshadow juga akan jadi lebih hidup.

 

 

  1. Jangan Berlebihan Memakai Concealer

Memakai sedikit concealer mungkin menjadi salah satu cara terbaik untuk membuat mekap bertahan lebih lama.Tetapi, elakkan menggunakan concealer terlalu banyak di muka keran aia adalah salah satu produk yang paling kelihatan ketika anda memakainya dalam tempoh yang lama.

 

  1. Lipstik Kuat!

Cara mekap tahan lama untuk lipstik, anda disarankan memakai lipstik yang berbentuk pensil. Sebelum mengaplikasikan lipstik di bibir, pakai sedikit foundation. Selain itu, pastikan anda memilih lipstik jenis matte ya!

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .