Skip to main content

6 tanda-tanda keguguran pada awal kehamilan

tanda-tanda keguguranSEBAGAI wanita yang bakal bergelar ibu, kita wajar tahu apa penyebab dan tanda-tanda keguguran supaya kandungan kita sentiasa dalam keadaan sihat. Tambahan pula, keguguran adalah satu perkara yang paling ditakuti oleh setiap ibu hamil!

Keguguran adalah bila janin keluar pada usia kehamilan belum mencapai 20 minggu atau bersalin pra matang sebelum mampu hidup. Manakala kematian janin terjadi pada ketika janin sudah berusia lebih dari 20 minggu.

Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan. Ianya kerap terjadi, walaupun sebelum anda tahu bahawa anda sedang mengandung.

Keguguran ini biasanya berlaku kerana embrio tidak berkembang seperti yang sewajarnya. Masalah kromosom juga dikatakan menjadi penyebabnya, bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk membesar seperti yang sepatutnya.

Bayi memerlukan 23 kromosom daripada si ibu, dan 23 lagi daripada si bapa. Ketidaknormalan kromosom boleh menghalang tumbesaran bayi, dan akan membuatkan kehamilan terhenti pada fasa embrio.

 

Baca juga: 7 Khasiat Daun Durian Belanda Luar Biasa

 

Ciri-Ciri Atau Tanda-Tanda Keguguran:

  1. Pendarahan

    Tanda-Tanda Keguguran
    Segera dapatkan rawatan jika anda alami pendarahan.

Pendarahan adalah tanda yang paling umum.

Keluarnya sedikit darah sehinggalah darah berwarna merah segar yang mengalir dari vagina. Pendarahan merupakan salah satu tanda-tanda kegguran, tetapi boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Ini adalah kerana ramai juga yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan.

 

  1. Kejang Perut

Anda mungkin mengalami kekejangan pada bahagian pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada kawasan punggung. Rasa kejang di bawah perut bermakna terdapat peregangan otot ligamen, namun ia merupakan tanda-tanda keguguran yang perlu anda berikan perhatian. Dapatkan rawatan doktor, jika rasa kejang perut tersebut lebih sakit daripada haid. Apatah lagi jika disertai dengan pendarahan.

 

  1. Sakit Pinggang

Tanda-tanda keguguran yang seterusnya boleh dirasai ketika ada rasa kejang di perut. Anda akan mengalami kesakitan tersebut hingga ke bahagian pinggang. Hati-hati, terutama jika ada pendarahan berlaku waktu itu.

 

  1. Kehilangan Tanda-Tanda Kehamilan

Sekiranya badan anda terasa kembali normal, di mana tanda-tanda kehamilan seperti mabuk hamil, badan cepat penat, sakit pinggang dan belakang telah hilang. Besar kemungkinan tahap hormon telah jatuh dan tidak lagi mengekalkan kehamilan apabila semua tanda-tanda kehamilan telah hilang. Anda mungkin mengalami keguguran.

 

Baca juga: 5 Minuman Detox  Segarkan Tubuh

 

  1. Janin Tidak Bergerak

    Tanda-Tanda Keguguran
    Rangsang bayi dalam perut agar dia sentiasa aktif. Segera ke hospital jika anda dapati ada yang tidak kena dengan bayi anda.

Pastikan anda sentiasa ‘alert’ dengan corak pergerakan bayi sepanjang hari. Bayi mempunyai tempoh masa tidur, biasanya ia berkekalan selama empat jam. Sungguhpun begitu, tempoh ini tidak boleh melebihi empat jam.

 

Jika anda tidak boleh merasakan pergerakan bayi atau ianya kurang bergerak, jangan teragak-agak untuk berjumpa dengan doktor anda. Pergerakan bayi boleh dirasakan dalam minggu ke-18 dan minggu ke 24.

 

  1. Denyutan Jantung Bayi Terhenti

Denyutan jantung biasanya boleh dikesan melalui ultrasound. Jika denyutan bayi tidak boleh berkesan, ia mungkin menjadi salah satu tanda bahawa bayi anda telah mati dan tidak berkembang.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .