Skip to main content

6 Petua Putihkan Gigi Kuning Dan Berkarat

Petua Putihkan Gigi KuningPETUA Putihkan Gigi Kuning. Segera putihkan gigi jika anda mempunyai gigi kuning! Gigi putih bersih menjadi idaman semua tidak kira wanita mahupun lelaki.

Ramai yang beranggapan menggosok gigi sahaja sudah cukup untuk merawat gigi kuning dan mencegah gigi berlubang. Tetapi, sebenarnya menggosok gigi sahaja tidak mencukupi, apatah lagi jika anda memiliki gigi kuning.

 

Petua putihkan gigi kuning menggunakan bahan semulajadi

 

Berikut beberapa petua putihkan gigi kuning yang menggunakan beberapa bahan semulajadi supaya anda boleh mendapatkan gigi putih bersih dan sihat. Hasil atau keberkesanannya mungkin berbeza-beza bagi setiap orang, anda mungkin kena lebih bersabar jika mahu mendapatkan gigi putih semulajadi.

 

  1. Kayu SugiPetua Putihkan Gigi Kuning

Sejak dahulu lagi kayu sugi sudah dipercayai mampu membersihkan gigi, gusi dan mulut. Ia adalah petua putihkan gigi kuning secara tradisional yang cukup berkesan untuk memutihkannya. Bukan itu sahaja, kayu sugi juga mampu memperkuatkan gigi, menghilangkan kotoran yang melekat pada gigi dan membuatkan gigi menjadi putih bersinar.

 

 

  1. Kayu ArangPetua Putihkan Gigi Kuning

Petua putihkan gigi kuning dengan menggunakan arang mungkin kedengaran macam pelik. Ini adalah kerana arang yang berwarna hitam tidak mungkin dapat memutihkan gigi, sedangkan ia adalah petua putihkan gigi kuning cara tradisional yang cukup berkesan. Cuma, jangan pakai secara berlebihan kerana ia boleh merosakkan enamel gigi dan menyebabkan kesakitan gigi.

 

 

  1. Kulit OrenPetua Putihkan Gigi Kuning

Kulit oren adalah petua hilangkan gigi kuning. Ambil beberapa kulit oren, kemudian gosok gigi anda dengan menggunakan kulit oren tersebut. Sebaiknya dilakukan pada setiap malam sebelum tidur. Vitamin C yang terkandung dalam kulit oren dikatakan dapat menghilangkan kuman dan sisa-sisa makanan yang melekat ada gigi. Lakukan secara teratur selama seminggu untuk melihat perubahannya.

 

 

  1. Buah StrawberiPetua Putihkan Gigi Kuning

Buah strawberi mengandungi vitamin C yang boleh membuatkan gigi menjadi lebih putih, bersih dan tidak kuning lagi. Ambil beberapa biji buah strawberi , kisar sehingga  menjadi bentuk pes. Setelah itu, gosoklah gigi anda dengan pes strawberi

 

  1. Lemon Dan Garam

Lemon mempunyai sifat pemutih yang boleh menghilangkan gigi kuning. Ambil beberapa titis air perahan lemon dan campurkan dengan sedikit garam. Gaul sebati keduanya, kemudian gosok gigi anda dengan menggunakan campuran tersebut. Biarkan selama beberapa minit dan kemudian bilaslah dengan air suam. Lakukan paling kurang, dua kali dalam seminggu.

 

  1. Baking SodaPetua Putihkan Gigi Kuning

Petua putihkan gigi kuning dengan menggunakan baking soda. Ianya boleh  menghapuskan plak serta membuatkan gigi menjadi putih dan cantik. Ambil beberapa sudu baking soda dan sedikit ubat gigi. Campurkan baking soda dengan ubat gigi dan beruslah gigi anda dengan menggunakan campuran tersebut. Setelah itu, bilas dengan air suam. Lakukan dua kali seminggu.

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...