Skip to main content

4 Petua Kecantikan Kulit Putih Dan Gebu Dalam 7 Hari

Petua KecantikanTidak semua orang bernasib baik memiliki kulit yang cantik dan gebu. Anda yang termasuk dalam kategori kulit kurang cantik, boleh amalkan petua kecantikan yang Mamanet kupas ini.

 

Insya-Allah dalam seminggu kulit anda akan jadi lebih putih dan gebu.Lagipun banyak faktor yang menyebab kulit kian menjadi kusam, kasar dan kurang sihat.

 

Tapi, sebelum mengamalkan petua kecantikan tersebut kita perlu mengenali jenis kulit kita terlebih dahulu. Mengetahui jenis kulit sangat penting sebab tidak semua produk penjagaan kulit  itu sesuai dengan semua jenis kulit orang.

 

Jika kita memiliki jenis kulit:

  • Bersisik, pecah-pecah atau kasar – bermakna kita mempunyai jenis kulit kering.

 

  • Berkilat,melekit dan mempunyai pori-pori besar – bererti kita memiliki jenis kulit berminyak.

 

  • Kering di berapa kawasan seperti pipi dan berminyak pada dahi, hidung atau dagu – bermakna kita memiliki kulit jenis kombinasi.

 

  • Terasa pedih, panas atau gatal setelah bermekap atau menggunakan produk kecantikan – bererti kita memiliki jenis kulit sensitif.

 

  • Tidak termasuk dalam semua kategori di atas –  ianya jelas menunjukkan kita memiliki kulit jenis normal.

 

 

Berikut 4 Petua Kecantikan Kulit Tubuh Dengan Bahan Semulajadi:

  1. Kunyit + Tomato + Lemon
    Petua Kecantikan

Sejak zaman dahulu lagi kunyit dipercayai mampu membuatkan kulit menjadi lebih putih dan bersih dengan menyeimbangkan kandungan melanin.

 

Manakala tomato pula bahan pencerah yang mampu membuatkan kulit menjadi lebih bersih, halus serta  lebih lembab. Khasiat lemon itu sendiri sebagai bahan pencerah semulajadi membuatkan kulit lebih putih dari hari ke hari.

 

Caranya:

Ambil 1 sudu besar serbuk kunyit, 2 sudu besar pati tomato dan 2 sudu kecil pati lemon.

Kemudian campurkan ke semua bahan sehingga menjadi pes kental.

 

Sapukan pada kulit tubuh, dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan air sejuk. Lakukannya pada setiap hari selama seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hati.

 

Baca ini:

 

  1. Gula + Minyak ZaitunPetua Kecantikan

Petua kecantikan untuk memutihkan bahagian kulit yang gelap seperti di siku atau lutut, kita boleh gunakan gula.Walaupun  gula dianggap membahayakan tubuh jika diambil secara berlebihan, tetapi untuk kecantikan ia boleh dimanfaatkan sebagai skrub yang dapat memutihkan kulit.

 

Caranya:

Campurkan gula dengan minyak zaitun, kemudian sapukanya pada mana-mana bahagian kulit yang dirasakan gelap.

 

Biarkan sehingga kering, setelah itu bilaslah dengan air panas suam. Kandungan gula dan khasiat minyak zaitun, selain mencerahkan kulit ia juga boleh melembabkannnya. Lakukan seminggu sekali.

 

 

  1. Lobak Merah + SusuPetua Kecantikan

Untuk mendapatkan kulit lebih halus,boleh mencuba petua kecantikan dengan menggunakan lobak merah dan susu. Lobak merah mengandungi retinol, merupakan salah satu bahan berkesan untuk melawan kedutan.

 

Kandungan beta karoten yang terdapat pada lobak merah akan diubah menjadi retinol ketika diaplikasikan pada kulit, terutama bahagian muka. Ia akan membuatkan kulit muka menjadi lebih halus dan boleh memperbaharui sel-sel kulit.

 

Manakala susu pula diyakini mampu membuatkan kulit menjadi lebih lembut, halus serta putih. Sebaiknya gunakan susu lembu segar, tetapi jika tiada boleh sahaja pakai susu serbuk.

 

Caranya:

Kisar atau haluskan dua batang lobak merah dengan susu. Kemudian gaul sehingga menjadi pes. Setelah itu, barulah di sapu pada muka ataupun badan. Biarkan sehingga kering, kemudian bilaslah sehingga bersih.

 

Gabungan lobak merah dan susu akan membuatkan kulit anda menjadi lebih cerah dan anjal. Lakukannya secara teratur untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

 

  1. Serbuk Kopi + Minyak Kelapa Daracoffee-1173942_640

Kopi bukan sahaja dapat menghapuskan rasa mengantuk, tetapi boleh menjadi petua kecantikan yang sangat baik untuk kesihatan kulit.

 

Dengan memanfaatkan khasiat kopi sebagai skrub badan, kulit boleh menjadi lebih cantik dan sihat. Ia mampu membantu mengangkat sel kulit mati, sehingga membuatkan kulit menjadi semakin cerah dan bersinar.

 

Caranya:

Ambil 3 sudu besar serbuk kopi dan 1 sudu besar minyak kelapa dara. Kemudian campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk dan gaul sehingga rata menjadi seperti pasta.

 

Aplikasikan skrub tersebut ke seluruh tubuh sebelum mandi. Biarkan kering da  gosoklah perlahan-lahan. Setelah itu, bilas dengan air bersih dan gunakan cecair mandian untuk menghilangkan sisa skrub tersebut. Lakukan seminggu sekali.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .