Skip to main content

Penyebab Jerawat Mudah Tumbuh Di Muka

Penyebab JerawatPenyebab jerawat. Bagi kaum wanita, kecantikan pada bahagian wajah sangatlah penting. Sebiji jerawat tumbuh di muka pun dah buat kita dah rasa geram. Apakah  yang menjadi penyebab jerawat mudah tumbuh di muka kita?

Ada beberapa penyebab munculnya jerawat yang sudah dikenalpasti menjadi puncanya.Anda yang memiliki jenis kulit muka yang berminyak lebih mudah diserang jerawat. Sama ada masalah jerawat tersebut parah ataupun tidak, penyebab jerawat itu hampir sama.

 

Berikut beberapa penyebab jerawat muncul di muka:

 

  1. Pengeluaran Minyak Yang Berlebihan

Muka berminyak boleh menjadi tempat debu, kuman dan bakteria berkumpul sehingga boleh mengundang kehadiran jerawat.Kurangkan pengambilan makanan berlemak  dan berkolesterol tinggi bagi mengelakkan kadar minyak dalam tubuh jadi semakin meningkat.Di samping itu, kekurangan nutrisi dan vitamin juga boleh menyebabkan kulit berminyak.

Penyebab Jerawat

  1. Efek Daripada Penggunaan Kosmetik

Tidak semua jenis kosmetik sesuai dengan kulit muka anda. Jadi, berhati-hatilah dalam memilih produk kosmetik kerana salah penggunaannya boleh mengundang padah.

 

Baca juga: Jerawat memang tidak digemari oleh sesiapa sahaja. Bukan sahaja mengganggu malah sering menyakitkan mata. Anda yang mengalami masalah jerawat pasti ingin tahu cara hilangkan jerawat dengan cepat.

 

  1. Stres

Stres juga merupakan salah satu faktor penyebab jerawat yang sering dialami oleh kebanyakan orang. Ketika seseorang mengalami stres teruk atau depresi, metabolisme tubuh akan terganggu yang mana akhirnya menyebabkan munculnya jerawat di muka.

 

  1. Hormon

Faktor hormon juga merupakan hal penting yang  menyebabkan munculnya jerawat di muka. Faktor hormon bagi wanita, biasanya ketika hormon progesteron menghasilkan kadar minyak berlebihan sehingga menyebabkan jerawat. Faktor hormon ini muncul ketika anda ‘period’ ataupun mengandung.

 

  1. Tidak Menjaga Kebersihan Muka

Jarang membersihkan muka boleh menyebabkan jerawat muncul di muka kerana kuman dan bakteria akan terus melekat di situ. Membersihkan muka secara teratur dengan pembersih muka dan skrub yang sesuai dengan jenis kulit muka anda sangat membantu.

Baca juga: Pada musim panas semacam nie, Mamanet yakin, tentu ramai yang mencari-cari cara mengatasi wajah berminyak.

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .