Skip to main content

Cara Hilangkan Jerawat Dalam Masa 3 Hari

Cara hilangkan jerawat. Jerawat memang tidak digemari oleh sesiapa sahaja. Bukan sahaja mengganggu malah sering menyakitkan mata. Anda yang mengalami masalah jerawat pasti ingin tahu cara hilangkan jerawat dengan cepat.

Mungkin beberapa cara mudah yang biasa Mamanet buat ini dapat membantu anda untuk mengurangkan  atau mempercepatkan jerawat lenyap daripada wajah anda.

 

Berikut ialah cara hilangkan jerawat dalam masa 3 hari:

  1. egg-552848_1280Putih Telur

Selain menjadi ubat paling berkesan untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah, putih telur digunakan untuk hilangkan jerawat.

 

Punca jerawat, selain disebabkan oleh perubahan hormon ia biasanya disebabkan oleh stress. Situasi yang sedang tegang itu merangsang pengeluaran minyak berlebihan pada wajah anda.

 

Pada ketika inilah vitamin yang terkandung dalam putih telur dapat meredakan stress secara semulajadi.

 

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu cuci wajah anda terlebih dahulu dengan pembersih muka. Setelah itu, pakai toner dan kemudiannya barulah sapu dengan sedikit putih telur ke bahagian wajah anda yang berjerawat sebelum tidur. Keesokkan paginya barulah cuci muka anda.

 

 

  1. cara hilangkan jerawatMinyak Lavender

Minyak lavender mengandungi bahan anti bakteria yang boleh melawan jangkitan jerawat dan juga dapat merangsang pertumbuhan kulit.

 

Cara hilangkan jerawat dengan minyak lavender ini juga sangat mudah sama seperti anda menggunakan putih telur tadi.

 

 

 

  1. Lemoncara hilangkan jerawat

Hiris lemon dan perah airnya. Kemudian sapu perahan air tersebut pada bahagian berjerawat.

 

Ketika menyapu, mungkin anda akan terasa sedikit pedih, namun jangan bimbang ia tidak akan merosakkan kulit wajah anda.

 

Apapun, sebelum anda bersiap untuk masuk tidur. Jangan lupa ya cuci muka terlebih dahulu. Selepas itu barulah anda sapu air perahan lemon tersebut dan biarkan semalaman. Bilas keesokan paginya.

 

 

 

  1. Serbuk Kayu Manis Dan Maducara hilangkan jerawat

Jangan teragak-aga mencuba cara hilangkan jerawat dengan ubat semulajadi ini. Anda hanya perlu mencampurkan serbuk kayu manis dan madu dengan sukatan yang sama.

 

Pastikan anda telah membersihkan wajah anda terlebih dahulu, kemudian sapukan campuran serbuk kayu manis dan madu tersebut ke wajah anda dan biarkan semalaman.

 

Keesokan harinya, barulah dibersihkan. Untuk melindungi bantal dan tempat tidur anda daripada kotor, jangan lupa alas dengan sehelai kain lain ya.

 

 

Membersihkan wajah sebelum tidur sangat penting walaupun wajah anda tidak berjerawat. Tidur dengan wajah yang masih menyimpan kotoran akan mengundang kemunculan jerawat. Jadi, lebih baik mencegahnya!

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .