Skip to main content

5 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi

Cara Putihkan Ketiak
Foto: Pixabay.com

Cara Putihkan Ketiak. Mamanet percaya, tentu ramai yang nak tahu tip ini, kan. Tahukah anda mencukur atau mencabut bulu ketiak merupakan salah satu penyebab kulit ketiak menjadi gelap/hitam?

 

Selain itu, pemilihan jenis deodoran roll-on yang mengandungi alkohol juga boleh menyebabkan hiperpegmentasi pada kulit ketiak. Kandungan alkoholnya itulah yang menyebabkan iritisi kulit sehingga warna kulit menjadi lebih gelap.
Sungguhpun begitu, anda jangan risau ok. Ada banyak cara putihkan ketiak secara semulajadi dan lebih menjimatkan yang boleh anda cuba.Cara yang Mamanet sarankan ini  lebih selamat dan kulit anda juga bebas daripada zat kimia yang banyak terkandung dalam produk pemutih dan deodoran.

 

Baca juga: Cara Besarkan Payudara – 5 langkah berkesan

 

Cara Putihkan Ketiak Yang Boleh Anda Cuba:

Cara Putihkan Ketiak
Foto: Pixabay.com

 

  1. Minyak Zaitun + Kulit Oren

Kisar kasar kulit oren dengan minyak zaitun. Kulit oren berfungsi sebagai ‘exfoliator’ semulajadi ketika dilumur pada ketiak.

 

 

  1. Kapur Sirih + Limau Nipis

Cara putihkan ketiak dengan menggunakan kapur sirih dan limau nipis ini sering diamalkan oleh orang dulu-dulu.Ambil perahan air sebiji limau nipis dan satu sudu teh kapur sirih. Gaul hingga sebati, selepas mandi sapukannya di ketiak. Biarkan ia mengering selama 30 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air bersih.

 

 

  1. Yoghurt + Lemon

Campur 2 sudu makan yoghurt (plain) dengan air perahan lemon. Sapukan di atas ketiak, biarkan selama 20 minit, kemudian dibilas sehingga bersih.

 

Cara Putihkan Ketiak
Foto: Pixabay.com

  1. Baking Soda + Lemon

Cara putihkan ketiak dengan menggunakan baking soda dan air perahan lemon ini bukan sahaja mencerahkan kulit, malah turut menghilangkan bau badan. Bancuh baking soda, air dan sedikit air perahan lemon, gaul rata. Kemudian lumurkan pada ketika seperti teknik scrubbing. Lakukan 3 kali seminggu untuk hasil yang lebih berkesan.

 

Baca juga: Jom Tengok Filem Doraemon Birth Of Japan

 

Cara Putihkan Ketiak
Foto: Raikankasih.com

  1. Kunyit

Khasiat kunyit untuk mencerahkan kulit sudah terbukti berkesan sejak dahulu lagi. Ambil satu sudu makan serbuk kunyit yang telah dicampur dengan air, kemudian sapukan pada ketiak. Ia adalah cara putihkan ketiak yang cukup efektif dan harus anda cuba. Lakukan setiap hari untuk mendapatkan hasil sepertimana yang diingini.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...