Skip to main content

3 Menu Diet Cepat Kurus

Menu Diet Cepat KurusMenu Diet Cepat Kurus. Alamak baju pun dah tak muat ni! Anda nak cepat kurus? Dah gemuk? Kami sedia membantu anda dengan 3 Menu Diet Cepat Kurus.

Obesiti atau berat badan berlebihan memang menjadi musuh bagi kebanyakan wanita. Tentu ramai yang nak tahu menu diet cepat kurus yang pernah Mamanet praktik.

 

Suatu ketika dahulu, Mamanet pun pernah mengalami  situasi di mana berat badan Mamanet melonjak naik, bagai dipam-pam! Memang sangat menganggu penampilan, tambahan pula ketinggian Mamanet tidak seperti supermodel. Kalau dah montel, sudah pastilah nampak macam pohon bonsai!

 

Waktu itu, Mamanet memang nak cepat kurus dan berusaha mencari menu diet cepat kurus yang sihat dan selamat. Mamanet juga mahu mengecilkan perut buncit Mamanet tu.

 

Biarpun nak kurus dalam waktu yang singkat, bagi Mamanet,  ini tidak bermakna kita harus memaksa diri agar tubuh boleh menjadi kurus dengan cepat. Ketika berdiet, kita juga perlu realistik supaya tidak terjadi gangguan kesihatan lain.

Menu Diet Cepat KurusMenu Diet Cepat Kurus

  1. Diet Buah

Memilih buah untuk dijadikan sebagai menu diet cepat kurus merupakan cara paling berkesan untuk menurunkan berat badan. Serat dalam buah akan membuatkan anda rasa lebih kenyang dalam tempoh yang agak lama.

 

Buah-buahan  Pilihan Mamanet Untuk Diet: Oren, pisang, limau, strawberi, nanas, tembikai dan epal hijau.

 

  1. Menu Diet Cepat KurusDiet Sayur-Sayuran

Pengambilan sayur-sayuran dalam diet  pada setiap hari adalah pilihan yang tepat. Sayuran pelbagai warna seperti hijau, merah, kuning dan ungu, sangat bagus untuk menyokong program diet anda. Selain mendapatkan tubuh yang langsing, anda boleh memiliki tubuh yang sihat.

 

Sayuran Pilihan Mamanet Untuk Diet: Bayam, tomato, brokoli, lobak merah, taugeh, kubis, kacang pis dan cendawan.

 

  1. Menu Diet Cepat KurusDiet Tinggi Protein

Terlalu banyak mengambil karbohidrat akan mempercepatkan penambahan berat badan anda. Jadi, adalah lebih baik jika anda menukarkannya dengan protein. Ini adalah kerana protein berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak, sekaligus mampu menjadi sumber energi buat tubuh anda.

Ramai yang memilih diet tinggi protein kerana protein boleh menambah massa otot jika dilakukan dengan senaman yang teratur.

 

Menu Diet Protein Yang Menjadi Pilihan Mamanet: Isi ayam, ikan salmon, ikan tuna, putih telur, tempe dan tauhu.

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...