Skip to main content

Posts

NU SKIN MALAYSIA WISH LIST PARTY

Commemorating this festive season, by celebrating it with those in need. Over 20 families who survived congenital heart disease had smiles across their faces, at the Nu Skin Malaysia Wish List Party that took place at i-City Theme Park, Shah Alam. The 20 families were treated to a day of fun and laughter, experiencing the season of winter in line with the festive season. Over 401 children from Institut Jantung Negara (IJN) and Gleneagles Hospital Kuala Lumpur were part of this year’s Wish List Party.  Read More: 3 Cara Memutihkan Leher Yang Hitam It is an annual affair held in collaboration with Institut Jantung Negara Foundation and Gleneagles Hospital Kuala Lumpur Hospital, the Wish List Project sees underprivileged children have their wishes granted in the form of educational gifts from Nu Skin Malaysia’s staff members and brand affiliates. NU SKIN MALAYSIA WISH LIST PARTY As part of Nu Skin Southeast Asia Children’s Heart Fund (SEACHF) initiative, every November, the children are g...

SIDANG MEDIA SKIN DESSERT PERJELASKAN ISU TULAR DI MEDIA SOSIAL

Sidang media Skin Dessert bertarikh 21hb Disember 2022 telah diadakan bertujuan untuk menerangkan dan memperjelaskan lebih detail berkenaan isu viral, SIRIM dan KKM. Ailezee Rich Sdn Bhd selaku pengeluar produk kosmetik Skin Dessert, telah memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar Surat Tuntutan pada 7 Disember 2022 terhadap Institut Piawaian danPenyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). SIDANG MEDIA KHAS SKIN DESSERT Ianya berlaku berikutan isu yang tular menerusi platform media sosial baru-baru ini. Isu tersebut telah bermula pada 4 Oktober 2022 apabila Pengasas Skin Dessert Puan Zirra Abdullah dan Pengarah Urusan Skin Dessert En Mohd Aliff Abd Kadir memuat naik gambar mereka di hadapan bangunan SIRIM di media sosial dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa tersebut sedang dalam proses menjalankan ujian produk bersama SIRIM.   Nur Nazuha binti Zohor Ali dari Tetuan Raidah Nazuha Law Chambers,  peguam yang dilantik oleh Ailezee Rich Sdn Bhd (kiri), Pn Zirra Abdullah ...

BEG TOTE CU x CHRISTY NG MEMANG TRENDY!

Anda peminat setia beg tote? Wow! CU, kedai serbaneka Korea nombor satu di Malaysia telah bekerjasama dengan pereka terkenal Malaysia, Christy Ng untuk menghasilkan beg tote dengan rekaan menarik yang juga boleh dijadikan sebagai koleksi serta sesuai untuk digayakan oleh semua. Samada anda nak membeli belah mencari hadiah Krismas, bertemu teman baik ataupun bercuti bersama yang tersayang – tote bag CU x Christy Ng ini adalah koleksi terbaik sebagai aksesori tambahan untuk anda ber- #ootd ! BEG TOTE CU x Christy Ng Rekaan untuk setiap beg tote ini diinspirasikan daripada reka bentuk kedai CU di Korea, menjadikan ianya sungguh unik dan tersendiri. Disamping itu juga, kedua-dua beg ini dihasilkan dengan dua warna tema istimewa mengikut kesesuaian personaliti dan citarasa anda. Sekiranya anda gemarkan warna yang terang dan terserlah, tote bag pertama yang ceria serta nampak segar dengan warna biru laut dan kuning seperti sinaran matahari – adalah beg yang sesuai untuk anda. Artikel L...

PIZZA HUT MALAYSIA LANCARKAN KERAK PIZA NIPIS

Pizza Hut Malaysia telah mengumumkan gubahan inovatif baharu terhadap kerak piza jenis nipis yang digemari kebanyakan golongan muda terkini – Crackin’ Thin Crust baharu menampilkan kerak senipis 0.5 cm rangup dan garing, dengan limpahan keju yang memikat selera serta jaminan kerangupannya. Sudah tentu, seseorang mungkin tertanya-tanya bagaimana sebenarnya “Crackin’ Thin Crust” berbeza berbanding dengan piza kerak nipis yang lain? PIZZA HUT MALAYSIA CIPTA SEBUAH KELAINAN Menurut Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia, kerak nipis terbaharu ini terhasil dari inspirasi untuk mencipta sebuah kelainan bagi piza kerak nipis yang sedia ada di pasaran. “Bayangkan kerak nipis yang anda suka, dan bayangkan ia menjadi lebih rangup dan berkeju. Kerak nipis kami dicipta menggunakan “teknologi 4K”, dan dengan “4K”, kami maksudkan “4KRAKKK”– iaitu gabungan kerak piza 0.5 cm ultra-nipis dengan bahagian tepian piza yang ditaburi kej...

LAUNDRYBAR TERUS MELANGKAH KE DEPAN, LANCAR MESIN LAYAN DIRI MODEN ‘DUA DALAM SATU’

Seiring dengan peredaran semasa yang semakin pantas, City Coin Laundry Sdn. Bhd (Laundrybar)memperkenalkan dua mesin dobi layan diri terbaharu yang lebih menjimatkan masa bagi kegunaan semua pelanggan. Pengarah Urusan Kumpulan City Coin Paul Ang secara rasminya hari ini memperkenalkan dua mesin layan diri moden dua dalam satu, yang dikenali sebagai IPSO dari Amerika Syarikat dan TOSEI dari Jepun.Menurut Paul, Laundrybar akan terus mengikut kehendak semasa dan masyarat dalam menyediakan perkhidmatan layan diri yang terbaik di Malaysia. “Sempen hari yang baik ini, saya dengan sukacitanya ingin memperkenalkan dua mesin layan diri moden terbaharu yang lebih menjimatkan masa kerana ianya berfungsi dua dalam satu.Malah penggunaan gas kurang 20 peratus berbanding dengan mesin-mesin layan diri sebelum ini. Dan paling istimewa adalah Laundrybar merupakan pengedar eksklusif bagi dua mesin layan diri terbaharu ini,” jelasnya dalam satu kenyataan selepas pelancaran Mesin Layan Diri Moden sempena G...

PENGAMBILALIHAN X-BEAUTY & AESTHETIC OLEH KUMPULAN SANS THERAPEUTICS BERHAD

Kumpulan Sans Therapeutics Berhad secara rasmi mengumumkan pengambilalihan X-Beauty & Aesthetic, pada majlis menandatangani perjanjian yang berlangsung di Hotel Sheraton. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sans Therapeutics Berhad, Dr Tan San Chin, turut mengumumkan penambahan perkhidmatan Sans Aesthetic Wellness, yang memfokuskan kepada estetika dan “keindahan kesejahteraan”. Beliau berkata selepas pengambilalihan itu, X-Beauty & Aesthetic secara rasmi akan dinamakan semula sebagai Sans Aesthetic Wellness dan turut mengambil alih enam cawangan yang terletak di Kota Damansara, Sri Petaling, Cheras, Puchong dan Nusa Bestari, Skudai.  Berikutan itu, pelanggan sedia ada yang  mendapatkan rawatan di cawangan  Uptown Damansara dipindahkan ke cawangan Kota Damansara.  Kepada semua bekas ahli X-Beauty & Aesthetica, Dr Tan San Chin berjanji Sans Aesthetic Wellness akan meneruskan perkhidmatan seperti sebelumnya kepada  pelanggan. Sebagai sebuah syarikat ...

YHB SLEEPSALOT, BINTANG RAP SINGAPURA MUNCUL DENGAN SINGLE TERBARU “TUKAR CURRENCY”

YHB Sleepsalot,21 tahun bintang rap dari negara jiran Singapura ini turut mempertaruhkan bakatnya dalam industri hiburan tanahair. Dia kini tampil dengan single terbaru yang bertajuk “Tukar Currency”. Sebelum ini YHB, atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Husaini  pernah popular dengan lagu rap Melayu pertamanya yang berjudul “Jatuh Boi”.Sambutan hangat terhadap lagu tersebut membuatkan YHB semakin bersemangat untuk menghasilkan lagu Melayu. Terdahulu, lagu ciptaannya  iaitu “Karabujan” pernah meraih perhatian ikon hip hop serantau iaitu SonaOne dan ALYPH. Manakala lagu “Terminal” dan “Blow Up” turut memasuki senarai lagu yang diputarkan di Spotify’s New Era: Asian Hip Hop.  Anak muda berbakat besar ini juga pernah terpilih menjadi artis pembuka tirai untuk persembahan penyanyi rap terkenal serantau termasuk MK K-Clique, Kidd Santhe dan Tuju K-Clique. Mengungkap rahsia sebalik bakat luar biasa, rupanya YHB mewarisi darah seni daripada ayahnya yang turut memp...