Skip to main content

LAUNDRYBAR TERUS MELANGKAH KE DEPAN, LANCAR MESIN LAYAN DIRI MODEN ‘DUA DALAM SATU’

Seiring dengan peredaran semasa yang semakin pantas, City Coin Laundry Sdn. Bhd (Laundrybar)memperkenalkan dua mesin dobi layan diri terbaharu yang lebih menjimatkan masa bagi kegunaan semua pelanggan.

Pengarah Urusan Kumpulan City Coin Paul Ang secara rasminya hari ini memperkenalkan dua mesin layan diri moden dua dalam satu, yang dikenali sebagai IPSO dari Amerika Syarikat dan TOSEI dari Jepun.Menurut Paul, Laundrybar akan terus mengikut kehendak semasa dan masyarat dalam menyediakan perkhidmatan layan diri yang terbaik di Malaysia.

“Sempen hari yang baik ini, saya dengan sukacitanya ingin memperkenalkan dua mesin layan diri moden terbaharu yang lebih menjimatkan masa kerana ianya berfungsi dua dalam satu.Malah penggunaan gas kurang 20 peratus berbanding dengan mesin-mesin layan diri sebelum ini. Dan paling istimewa adalah Laundrybar merupakan pengedar eksklusif bagi dua mesin layan diri terbaharu ini,” jelasnya dalam satu kenyataan selepas pelancaran Mesin Layan Diri Moden sempena Gala Night Dinner City Coin Group di ibu negara hari ini.

Sementara itu, Paul terus menggalakkan pemegang francais bagi mempromosikan kepada masyarakat memandangkan perkhidmatan mesin moden ini mampu memberi manfaat yang berguna, terutama sekali darisegi masa.

“Walaubagaimanapun pengguna mesin layan diri di Malaysia lebih rendah, hanya lima peratus sahaja dan ia sekaligus menjadikan peluang pasaran untuk perkhidmatan ini lebih besar berbanding di negara lain seperti Taiwan, Jepun dan Amerika Syarikat.

“Dalam masa sama, kita mesti bangga dan tunjukkan hanya satu jenama sahaja (Laundrybar) yang berjaya melebarkan francais ke pasaran luar negara yang kini telah mempunyai 200 cawangan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Paul turut menzahirkan penghargaan kepada semua pemegang francais yang terus mempercayai jenama ini. “Malam meraikan penghargaan kepada semua di atas usaha yang berterusan dari semua pihak.Teruskan bersama kami”.

Seramai 300 pemegang francais hadir memeriahkan Gala Night Dinner City Coin Group ini. Antara tetamu terhormat yang turut hadir adalah Presiden Malaysian Franchise Association (MFA) Dato’ Dr Radzali, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pernas Mazlan Ibrahim, wakil TOSEI Masakazu Nomura dan lain lain lagi.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...