Skip to main content

Posts

Raikan Hari Krismas Bersama Keenakan Desserts Daripada Elevete Patisserie

Dah pernah try desserts enak daripada Elevete Patisserie? Jika masih terasa asing dengan jenama patisserie tempatan, anda patut mengenali dan merasakan keenakan dessert-nya! Bersempena sambutan hari Krismas tidak lama lagi, Evelete Patisserie telah mempersembahkan pelbagai jenis kek Krismas untuk dinikmati. Bermula 1 Disember 2020 lalu, para pencinta pencuci mulut boleh membeli dan menikmati pelbagai jenis kek Krismas tersebut. Ceriakan hari insan-insan tersayang dengan  Elevete Patisserie Christmas Stacked Brownies  penuh dengan hiasan Krismas dan buah-buahan sebenar.  Elevete Patisserie Santa’s Little Hats ,  kek mini unik untuk kanak-kanak dan orang dewasa juga. Selain daripada pencuci mulut yang menarik untuk dipilih, Elevete Patisserie tetap berpegangpada perayaan Krismas dengan pencuci mulut yang seperti  Elevete Pat...

PRODUK MANDIAN DAN PENJAGAAN RAMBUT SUMMERIE MEMANG WANGI!

Summerie adalah rangkaian pembersih badan dan syampu yang direka khas untuk membangkitkan rasa keterujaan yang mengasyikkan.  Formula dengan wangian semulajadi dan bebas silikon memberikan percikan ‘musim panas’ yang menyegarkan dalam setiap mandian  Siapa yang tidak teruja apabila mendapat peluang bersantai sambil berjemur di pantai di bawah sinaran matahari dengan deruan angin tropika yang halus?  Inilah janji jenama baru Summerie yang dinamakan dengan gabungan ‘summer’ dan ‘reverie’.  Ekstrak Botani Dilengkapi dengan ekstrak botani yang memulihara kulit penggunaan rangkaian baru ini boleh menghidupkan setiap mandian harian anda dengan rasa kemewahan yang mampu untuk dimiliki! Menurut Wahidah Rafi, Penolong Pengurus Summerie, produk ini adalah jenama yang mementingkan kesederhanaan dan keaslian alam semulajadi.  “Inilah keistimewaan mengapa produk kami hanya diperbuat dari bahan asli semulajadi yang penting untuk kulit dan rambut.  Dengan menggunakan wangian premiu...

NIKMATI HIDANGAN LAZAT ‘FLAMING KOLI’ DI THE CHICKEN RICE SHOP

Dah try menikmati menu eksklusif Deepavali ? Hidangan yang mengembalikan kenangan istimewa buat peminat The Chicken Rice Shop! Bagi yang belum mencubanya, ayuh kita menyambut perayaan cahaya dengan hidangan istimewa yang pedas, enak serta diperkayakan dengan rempah ratus yang menambahkan aroma di The Chicken Rice Shop (TCRS). Menu Deepavali yang menambat hati mulai 21 September 2020  hingga 15 November 2020. Bahang Sambutan Deepavali Semarak sambutan Deepavali kian terasa di TCRS dengan tawaran Flaming Koli yang lazat, sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.  Berinspirasikan masakan India yang kaya dengan aroma, TCRS dengan telitinya mencipta menu eksklusif ini khas buat perayaan Deepavali. Hidangan Flaming Koli diperbuat dengan menyatukan rempah asli masakan India yang meningkatkan lagi selera rakyat Malaysia – cuba sekali, pasti nak lagi! Menurut June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd, walaupun ada di antara kita yang mungki...

CUBA 6 IDEA BENTO BOX YANG SEDAP & MENYELERAKAN DARIPADA AYAM BRAND

Mencari-cari idea bekal makan tengah hari untuk anak-anak  ataupun diri sendiri? Jom pilih Ayam Brand sebagai bahan asas untuk makanan seimbang dan berkhasiat gaya Bento box, iaitu penyediaan makanan cara Jepun yang sedap dan menarik.  Resipi yang dibawakan oleh AyamBrand berikut disediakan mengikut konsep #sukusukuseparuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bertujuan mempromosi pemakanan berkhasiat supaya kanak-kanak dan orang dewasa mendapat nutrien dan tenaga yang mereka perlukan untuk kekal cergas sepanjang hari.  Dicuba dan diuji oleh pasukan Ayam Brand sendiri dan ibu bapa yang bekerja dari rumah dan di pejabat, resipi ini pasti popular sebagai sebahagian daripada bekal Bento box atau boleh juga dimakan begitu sahaja.  Ikan tuna dan saba yang digunakan dalam resipi ini adalah ikan berminyak yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan DHA bagi memberikan kanak-kanak khasiat yang mereka perlukan. Anda juga boleh mencuba bahan-bahan lain dengan resipi ini...

Jom Lawat 5 Muzim Bersejarah Di Negeri Selangor

Terdapat banyak muzium bersejarah yang dapat dilawati bagi memperingati jasa wira-wira yang memperjuangkan Tanah Melayu daripada jajahan negara Eropah.  Lawatan bersejarah ke Malaysia tidak pernah mengecewakan dalam menawarkan kenangan bermakna serta signifikan. Dengan adanya muzium sejarah, ianya dapat memupuk semangat cintakan negara dan mengukuhkan perpaduan sesama rakyat.  Berikut senarai muzium yang boleh dilawati di Negeri Selangor: 1) MUZIUM INSITU JUGRA, KUALA LANGAT Muzium Insitu Jugra merupakan bangunan runtuhan lama yang menjadi Balai Polis Daerah pada tahun 1878 dibina oleh Pegawai British, Kapten Harry Charles Syers dan kemudian dijadikan tempat pusat pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Melayu Selangor.  Kini ia berfungsi sebagai muzium dengan 3 ruang pameran yang berisi paparan sejarah. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke muzium ini tetapi fotografi tidak dibenarkan.  Pengunjung boleh melawati muzium ini bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 p...

ELAK MAKAN 6 JENIS MAKANAN INI KETIKA BERDIET

Jika anda sedang berdiet, ada beberapa jenis makanan yang perlu dihindari bagi mencapai hasrat anda untuk kurus! Sewaktu berdiet kita sememangnya perlu memilih makanan yang tidak boleh menggagalkan diet kita. Kita kena ingat, bukan semua jenis makanan yang kita makan itu bagus untuk diet. Jenis makanan yang paling perlu kita hindari ialah makanan yang mempunyai kalori  tinggi dan mengandungi lemak yang tinggi. Lagipun makanan ini bukan sahaja menyebabkan kegemukan. Malahan kebanyakannya tidak bagus untuk kesihatan jangka panjang kita apabila diambil secara berterusan dalam tempoh lama. BERIKUT BEBERAPA JENIS MAKANAN YANG PERLU DIPANGKAH SEPANJANG KITA MENJALANI PROSES DIET: NASI PUTIH Nasi putih perlu kita elakkan kerana mengandungi karbohidrat yang tinggi sehingga boleh menyebabkan kadar gula kita meningkat. Jika mahu menikmati nasi, pililah. Kalau kita sedang berdiet lebih elok jika kita menggantikan nasi putih dengan beras perang atau bijirin gandum. MAKANAN BERLEMAK Makanan berlema...

UBAH SELERA: TUKAR 4 MAKAN PENGGANTI NASI CONFIRM BOLEH KURUS!

Apa agaknya makanan pengganti nasi yang mampu memberikan kita tenaga ataupun energi walaupun tidak menjamah nasi! Tidak dinafikan, hampir semua di antara kita memang suka makan nasi. Tak kira siang, malam, pagi ataupun petang. Pendek kata, rutin makan tiga kali sehari kita wajib dipenuhi dengan makan nasi. Padahal makan nasi berlebihan juga boleh berpotensi membuatkan badan kita sakit. Karbohidrat yang terkandung pada nasi sangat pantas dihadamkan oleh tubuh sehingga menjadi lebih pantas meningkatkan kadar gula darah yang boleh menimbulkan penyakit diabetis. Ini adalah kerana nasi mengandungi index glycemic yang tinggi. Index glycemic (GI) adalah sukatan kepantasan suatu makanan untuk diserap dan diubah menjadi gula darah. Semakin tinggi index glycemic pada suatu makanan, bermakna semakin cepat karbohidrat di dalam makanan itu diubah menjadi gula darah dalam badan, sehingga kadar gula darah dalam badan juga menjadi lebih cepat meningkat. Di samping boleh menyebabkan penyakit diabetis, ...