Skip to main content

Posts

6 MAKANAN KAYA ZAT BESI YANG PERLU DIKETAHUI UNTUK CEGAH ANEMIA

JANGAN BUAT TAK KISAH DENGAN KEPENTINGAN MAKANAN KAYA ZAT BESI INI. KEKURANGAN ZAT BESI MENGUNDANG SALAH SATU MASALAH KESIHATAN YANG SERINGKALI TIDAK KITA SEDARI!   Zat besi adalah mineral penting yang diperlukan hemoglobin dalam darah untuk membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan, selain menyokong pertumbuhan otot massa.   Ini adalah kerana kekurangan zat besi biasanya menyerupai dengan gejala masalah kesihatan lain, seperti sakit kepala ataupun keletihan. Zat besi penting buat tubuh untuk mengeluarkan haemoglobin, iaitu sebuah protein yang berfungsi mengirimkan oksigen dalam sel ke seluruh tubuh.   Biasanya kaum wanita lebih berisiko mengalami kekurangan zat besi jika dibandingkan dengan lelaki. Keadaan ini lebih berisiko terjadi jika kita mengalami pendarahan berlebihan ketika datang period ataupun ketika bersalin.   Antara tanda-tanda kekurangan zat besi mudah dikenali:   * Rasa penat dan sesak nafas. * Muka nampak pucat. * Denyutan jantung menjadi l...

6 MASA PALING BAGUS DAN EFEKTIF UNTUK MELAKUKAN SENAMAN

AKTIVITI BERSENAM BOLEH DILAKUKAN PADA BILA-BILA MASA DAN DI MANA SAHAJA. TETAPI  UNTUK MENDAPATKAN HASIL YANG LEBIH SEMPURNA, ADA 6 MASA PALING BAGUS DAN EFEKTIF UNTUK KITA MELAKUKAN SENAMAN.    Apatah lagi buat kita yang masih berjuang untuk menurunkan berat badan lepas raya ini. Okay, baca artikel ini sampai habis. Semoga  kita dapat melakukan senaman dengan menyesuaikan waktu paling bagus dan efektif untuk bersenam ini. BERIKUT ADA MASA YANG DIKATAKAN PALING BAGUS UNTUK KITA MELAKUKAN SENAMAN   WAKTU PAGI Bersenam secara rutin pada waktu pagi dikatakan paling bagus.Ini adalah kerana kalori yang dibakar lebih banyak pada pagi hari apabila kita mempunyai metabolisme yang baik.   Di samping itu, bersenam di pagi hari mampu membuatkan semangat kita untuk beraktiviti sepanjang hari berbanding dengan kita yang tidak melakukan apa-apa aktiviti seperti bersenam.   Selepas bersenam jangan lupa isi kembali energi kita yang hilang ketika bersenam tadi dengan menikmati sarap...

JAMUAN RAYA MBSA 2017 ERATKAN HUBUNGAN DENGAN STAKEHOLDERS

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA) TELAH MENGADAKAN JAMUAN RAYA MBSA 2017 BARU-BARU INI. ANTARA TUJUAN UTAMA IALAH UNTUK MEMPERKASAKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM  DI ANTARA PIHAK MBSA DAN STAKEHOLDERS.   Stakeholders atau pihak yang berkepentingan ini terdiri daripada pimpinan kerajaan negeri,  agensi/jabatan negeri dan persekutuan,  anak syarikat kerajaan negeri,  pemaju,  perunding,  sektor koprorat dan majlis perwakilan penduduk (MPP) shah alam.   Pada tahun ini,  MBSA mengamalkan konsep tradisional dan pada masa yang sama masih mengekalkan konsep hijau (Go Green) dengan menerapkan unsur-unsur mesra alam dan menitik beratkan penggunaan bahan-bahan mesra alam serta amalan kitar semula. Konsep hijau ini merangkumi penyediaan juadah,  hiasan gerai dan pengurusan sampah.  Antara amalan kitar semula yang diterapkan pada jamuan tersebut adalah penggunaan peralatan makan mesra alam dan  penyediaan tong-tong kitar semula untuk digunakan o...

BETULKAN SALAH FAHAM ANDA TENTANG SANTAN KELAPA

DI SAMPING MEMBERIKAN NUTRIEN DAN RASA YANG ENAK, SANTAN KELAPA MENGANDUNG LEMAK BAIK YANG DIPANGGIL ASID LAURIK IAITU ASID LEMAK RANTAIAN SEDERHANA YANG MUDAH DISERAP DAN DIGUNAKAN OLEH TUBUH UNTUK TENAGA.   Memang santan kelapa mengandungi lemak tepu, tetapi jangan fikir ia meningkatkan tahap kolesterol anda dan menyebabkan kerosakan jantung. Sebenarnya, ia melakukan hal yang sebaliknya  – santan kelapa oleh membantu menurunkan tahap kolesterol, meningkatkan tekanan darah, dan mencegah serangan jantung atau strok.   Memang santan kelapa dan air kelapa mengandungi kalori yang tinggi, jadi sebaiknya  ambillah hidangan dalam porsi yang kecil. Lebih kurang suku atau setengah cawan adalah yang terbaik. Boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan perasa lain seperti  coconut shake, cendul dan sagu gula melaka. Santan kelapa merupakan pilihan terbaik menggantikan susu kerana ia 100% bebas daripada laktosa, soya, kacang atau bijirin. Ia adalah pilihan kepada mereka yang a...

5 SOLUSI ELAK MASALAH KETIAK BUSUK MENYENGAT

MASALAH BAU BADAN ATAUPUN KETIAK BUSUK BUKAN HANYA TERJADI PADA LELAKI SAHAJA. TERNYATA KAUM WANITA JUGA SERING MENGALAMI MASALAH TERSEBUT.   Bau ketiak atau ketiak busuk adalah masalah klasik buat wanita. Masalah ini biasanya timbul disebabkan hasil metabolisme peluh oleh ‘microorganism’ di kulit.   Manakala penyebab bau ketiak atau ketiak busuk adalah disebabkan bakteria semulajadi pada kulit telah memecah protein dalam peluh sehingga menjadi asid.   Kedua jenis asid iaitu  ‘propionat’ dan ‘proponat’ yang memiliki bau masam seperti cuka inilah yang melepaskan bau ketiak busuk. 5 SOLUSI HILANGKAN BAU KETIAK BUSUK  MENYENGAT   JAGA KEBERSIHAN Cara untuk bau ketiak yang kurang menyenangkan atau ketiak busuk yang paling murah dan efektif adalah dengan menjaga kebersihan  tubuh badan seperti mandi secara teratur dua kali sehari.   Malas atau jarang mandi serta memakai pakaian yang tebal ketika cuaca panas boleh membuatkan bakteria yang terdapat pada peluh semakain ...

DIET SEIMBANG ALKALI DAN ASID UNTUK ELAK SAKIT

BILA DISEBUT TENTANG DIET SEIMBANG, KITA SERING MEMIKIRKAN PIRAMID MAKANAN SAHAJA SEPERTI LEMAK, KARBOHIDRAT, PROTEIN, VITAMIN DAN MINERAL. SEBENARNYA ADA LAGI GARIS PANDUAN PENTING IAITU DIET SEIMBANG ALKALI DAN ASID.   Makanan yang dimakan bukan untuk kenyang saja. Kita perlu kenal sifat makanan itu apabila kita makan. Ia dikatakan asid dan alkali tidak semestinya kerana ia makanan masam seperti sitrus dan limau.   Sesuatu makanan itu dikatakan berasid atau beralkali ialah apabila dicerna, makanan tersebut meninggalkan kesan sama ada asid atau alkali dalam tubuh. Makanan berasid meninggalkan atom hidrogen yang menyebabkan kesan asid dalam tubuh.   Begitu juga dengan bahan makanan yang meninggalkan kesan alkali yang meneutralkan pH atau meningkatkan pH. Makanan alkali akan mengurangkan kesan asid dalam badan anda. ADAKAH PENTING DIET SEIMBANG ASID-ALKALI INI? Ya, sangat penting kerana ia memberi kesan besar kepada kesihatan. Darah kita adalah sedikit beralkali, pH 7.4 d...

SEMAK 6 PERKARA BAHAYAKAN VAGINA YANG SERING KITA BUAT MASA PERIOD

SEBAGAI WANITA, KEBERSIHAN MENJAGA ALAT SULIT MASA PERIOD ADALAH SANGAT PENTING. DARAH HAID MENGANDUNGI BANYAK BAKTERIA YANG BOLEH MENYEBABKAN GANGGUAN KESIHATAN VAGINA ATAU ALAT SULIT JIKA TIDAK TERJAGA KEBERSIHANNYA DENGAN BETUL.   Sebenarnya masih ramai di antara kita yang mengabaikan kebersihan vagina. Bahkan ada beberapa kesalahan yang sering kita lakukan pada masa period yang mungkin tidak kita sedari boleh menganggu kesihatan vagina kita. KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN MASA  PERIOD SUPAYA KESIHATAN VAGINA TIDAK TERGANGGU   JARANG TUKAR PEMBALUT WANITA Salah satu kesalahan yang sering dilakukan oleh ramai wanita iaitu jarang menukar pembalut wanita.   Perbuatan ini boleh mengundang kehadiran bakteria pada vagina. Masa period, vagina adalah destinasi yang paling disukai oleh bakteria untuk membiak.   Jadi, jangan abaikan kebersihan vagina serta tukarlah pembalut wanita secara teratur. DOUCHING Membersihkan vagina atau douching tidak disarankan kerana boleh ...