Skip to main content

Pet Lovers Centre Lancar Laman Web Penjagaan Kesihatan Haiwan Peliharaan

Pet Lovers Centre

Pet Lovers Centre, rangkaian runcit haiwan peliharaan terbesar di Malaysia menawarkan penyelesaian sehenti untuk semua pertanyaan mengenai haiwan peliharaan anda dengan hanya satu klik. Laman web mesra pengguna PLC menghubungkan pengguna terus kepada ahli farmasi dan perunding penjagaan haiwan peliharaan.

Ia menawarkan perkhidmatan dalam dan luar talian (di cawangan terpilih Pet Lovers Centre) yang terdiri daripada Farmasi Haiwan Peliharaan, Ahli Veterinar dan Perunding Penjagaan Haiwan Peliharaan sekaligus menyediakan akses mudah kepada pengguna untuk memenuhi keperluan haiwan kesayangan mereka. 

Sebagai jenama yang berdedikasi untuk meningkatkan pengalaman pelanggan mereka, Pet Lovers Centre mengambil inisiatif untuk mengembangkan perkhidmatan yang ditawarkan melebihi pengalaman runcit biasa dengan pelancaran platform Kesihatan Haiwan Peliharaan.

Artikel Lain: Produk Penjagaan Kulit Organik Tanpa Pengawet

Menerusi inisiatif terbaharu ini, diharap dapat menjadikan penjagaan haiwan peliharaan lebih mudah diakses oleh orang awam dan memberi mereka kemudahan untuk mendapatkan perundingan kesihatan segera untuk haiwan peliharaan mereka melalui rangkaian perkhidmatan yang ditawarkan di laman web.

Pet Lovers Centre

Farmasi Haiwan Peliharaan 

Matlamat perkhidmatan Farmasi Haiwan Peliharaan [dalam dan luar talian] adalah untuk memudahkan pemilik haiwan peliharaan mendapatkan nasihat profesional dan akses kepada kepakaran penjagaan kesihatan haiwan peliharaan daripada keselesaan rumah.

Ahli farmasi Pet Lovers Centre berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia dan mempunyai  kemahiran dan pengetahuan tentang farmakoterapi, pemeriksaan preskripsi, kaunseling ubat dan pengurusan pemakanan.

Membuat pesanan dengan Farmasi Haiwan Peliharaan adalah mudah. Pelanggan hanya perlu mengisi borang dan menyediakan preskripsi doktor haiwan yang sah untuk ubat-ubatan bukan di kaunter.

Pelanggan boleh memilih untuk mengambil ubatan sendiri di cawangan terpilih atau boleh meminta perkhidmatan penghantaran ke rumah yang akan diterima dalam masa 3-5 hari bekerja, tertakluk pada stok.

Perunding Penjagaan Haiwan Peliharaan

Bimbingan dan nasihat tidak kira jumlahnya boleh membantu ibu bapa haiwan peliharaan menjaga kesihatan anak bulu mereka. Itulah sebabnya Perunding Penjagaan Haiwan Peliharaan Pet Health sentiasa tersedia melalui Sembang Langsung dan di cawangan Pet Lovers Centre terpilih.

Perunding yang terdiri daripada ahli profesional terlatih veterinar dapat berkongsi nasihat profesional yang holistik melalui gabungan kepakaran, kemahiran dan pengalaman mereka, untuk membantu ibu bapa haiwan peliharaan mengekalkan kesihatan optimum haiwan kesayangan mereka.

Sembang Langsung beroperasi setiap hari dari 9 pagi hingga 10 malam. Apa yang anda perlu lakukan ialah klik pada ikon Sembang Langsung untuk mula berbual dengan Perunding Penjagaan Haiwan Peliharaan.

Kunjungi laman web Pet Lovers Centre DI SINI hari ini untuk rundingan kesihatan haiwan peliharaan percuma atau untuk memesan ubat perskripsi haiwan peliharaan anda dengan hanya satu klik!

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .