Skip to main content

Malabar Gold & Diamonds Buat Tawaran Istimewa Adilfitri

Malabar Gold & Diamonds 

Bersempena Aidilfitri kali ini, jenama terkenal barangan kemas antarabangsa terkenal, Malabar Gold & Diamonds menyediakan tawaran istimewa Aidilfitri ini iaitu promosi potongan sifar iaitu tawaran harga trade-in, jual balik barangan emas lama kepada yang baru tanpa potongan diberikan kepada untuk pelanggan.

Harga jualan balik yang ditawarkan adalah sama dengan harga emas yang dijual di MGD Lifestyle Jewellery. Pelanggan juga boleh menjual balik barang emas lama yang dibeli dari mana-mana kedai lain yang dibelinya.

Ini merupakan tawaran harga trade in yang terbaik yang pernah ditawarkan di mana-mana kedai lain.  Promosi ini hanya ditawaran di 3 cawangan Malabar di Ampang PointMydin Mall Subang Jaya dan Mydin Mall Seremban2.

Malabar Gold & Diamonds 

Koleksi Aidilfitri Malabar Gold & Diamonds

Penampilan wanita tidak akan lengkap tanpa perhiasan barangan kemas. Biarpun hanya sebentuk cincin yang menghiasi jari, aksesori barangan kemas mampu menaikkan lagi seri. Sudah pasti koleksi Aidilfititri ini akan menambat hati ramai dengan rekaan yang dibawakan khas dari Timur Tengah seperti Arab Saudi, Dubai, Turki, India dan juga Itali. Negara-negara yang sememangnya terkenal dengan kehalusan kerja tangan dan keunikan rekaan barangan kemas berkualiti tinggi. 

Malabar Gold & Diamonds 

Artikel Lain: Ketahui Tips Membeli Barangan Kemas Bertahtahkan Batu Permata

 MGD Lifestyle Jewellery

Koleksi Bella dan Ellan merupakan koleksi dari Itali dan Dubai. Rekaannya yang menerapkan ciri-ciri kemewahan dan gabungan emas kuning, emas rose dan emas putih dan permukaan berpotongan berlian dan filigri, hasilnya kerjatangan yang cukup halus seperti bertatahkan batu berlian. Dua koleksi ini menjadi rebutan terutama untuk Hari Raya ini kerana istimewanya koleksi lengkap dengan set ibu dan anak.         

 MGD Lifestyle Jewellery

Koleksi emas kanak-kanak yang dikenali sebagai Koleksi Starlet mempamerkan rekaan yang comel dari gelang tangan, gelang kaki dan buah rantai.

Artikel Lain: PPZ-MAIWP Lancar Kempen Ramadan Anugerah Terindah

 MGD Lifestyle Jewellery

Keunikan jenama Malabar ini, ianya mempunyai koleksi khas untuk segenap lapisan umur, antaranya…

  • Koleksi Zoul untuk remaja menampilkan perhiasan emas 18 karat (k) rekaan yang lebih ringkas dan moden dan ringan untuk mampu dimiliki untuk mereka yang baru berjinak-jinak membeli barangan kemas.
  • Koleksi Legend pula untuk si jejaka yang boleh didapati dengan emas putih, perak dan emas kuning.
  • Koleksi Precia untuk peminat batu permata yang diikat dengan emas 22karat dan bertatahkan berlian.
  • Tidak ketinggalan koleksi berlian tanpa potongan juga lebih dikenali sebagai intan dari koleksi ERA sangat mengujakan mereka yang meminati rekaan yang lebih esthetik.

Koleksi indah emas 916 dari pelbagai pelusuk dunia ini mempamerkan koleksi gelang tangan emas 916 yang beraneka warna, bentuk dan saiz untuk wanita serta kanak-kanak. Selain itu, himpunan rantai panjang  dengan pelbagai rekaan moden kontemporari juga menarik untuk dimiliki bersama koleksi cincin emas bunga-bungaan. Istimewa Aidilfitri ini, koleksi gelang tang yang lebar dan kerrawang menjadi dambaan ramai.

 MGD Lifestyle Jewellery

Secara keseluruhan, koleksi berkenaan diinspirasikan daripda motif bunga-bungaan, cinta, keraian, kelembutan serta kehormatan wanita. 

Bagi yang belum mengenali jenama berkenaan, rekaan eksklusifnya  tidak dapat dimiliki di mana-mana kedai emas yang lain dan sesuai untuk pelbagai lapisan umur serta kaum. Setiap barangan kemas yang dibeli pelanggan mempunyai jaminan baikpulih seumur hidup. 

Selain itu, pelanggan juga boleh menukar balik barangan tanpa susut nilai jika ingin menukarkan  yang lama kepada baru. 

Lebih mengujakan, koleksi rekaan barangan kemas berlian dan emasnya  kebanyakan didatangkan dengan set yang lengkap. Walaubagaimanapun pelanggan boleh membelinya secara berasingan. 

Kumpulan itu mula beroperasi sejak tahun 1993 di sebuah ibukota di Kerala Kozikhode oleh pengasasnya M P Ahmed dan kini mempunyai  305 cawangan di seluruh dunia mula bertapak di Kuala Lumpur pada tahun 2015.

Kini ia adalah antara enam jenama terbesar di dunia dan turut memiliki tujuh cawangan di Malaysia. Antaranya di Jalan Bunus Majis India, Klang, Mydin Mall Seremban2, Mydin Mall Subang Jaya serta Ampang Point.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki Koleksi Aidilfitri Malabar Gold & Diamonds yang sungguh mempersonakan ini.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .