Skip to main content

Jantung Yang Sihat, Ini Rahsianya!

jantung yang sihat

Jantung Yang Sihat | Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, penyakit jantung kekal sebagai punca utama kematian di Malaysia, dan ia telah meragut 16,325 nyawa yang mencakupi 15% kematian yang disahkan secara perubatan pada tahun 2019.

Jaga pemakanan anda, lakukan senaman, ambil omega-3 secukupnya – anda mungkin pernah diberikan nasihat ini untuk memelihara kesihatan jantung anda. Namun tahukah anda bagaimana amalan tersebut mampu mempengaruhi fungsi jantung anda?
Cara Untuk Mendapatkan Jantung Yang Sihat

jantung yang sihat
Dr.Lou Ignarro

Lou Ignarro, PhD, Pemenang Nobel dalam Bidang Perubatan. Anggota, Lembaga Penasihat Herbalife Nutrition. Sebagai ahli farmakologi penyelidikan, dan Pemenang Nobel Laureate dalam bidang perubatan bagi kajian beliau mengenai nitrik oksida.

Selama beberapa dekad beliau telah meluangkan masa dan fokus untuk mendidik orang ramai mengenai kesan pemakanan dan gaya hidup pada jantung, dan beliau dikatakan telah menemui sesuatu yang amat mengejutkan.

Ramai individu tidak memahami bagaimana tindakan mereka mampu memberi kesan ke atas kesihatan dan kesejahteraan tubuh mereka!

Menurut beliau, bagi memudahkan kita melakukan sesuatu amalan untuk jangka masa yang panjang, kita perlu memahami impaknya. Dengan menurunkan berat badan, kita boleh melihat perubahan pada diri kita. Namun untuk melihat perubahan pada jantung kita, ia bukan semudah itu.

Artikel Lain: Buah Untuk Diet Sihat

Berikut merupakan lima amalan yang sihat dan bagaimana ia mampu mempengaruhi jantung kita:

jantung yang sihat

1. Bersenam untuk Memperbaiki Aliran Darah.

“Saya telah dibesarkan di Long Beach, NY, dan saya sentiasa aktif sejak usia yang muda. Saya suka berenang di laut dan bermain ‘stickball’, pada masa yang sama, saya juga sentiasa mempunyai minat untuk memahami bagaimana sesuatu perkara berfungsi. Ketika saya sedang menuntut di sekolah perubatan, saya telah tertarik dengan fisiologi sistem kardiovaskular.

Justeru, ia telah mengorak haluan bagi saya untuk membuat penemuan tentang keberadaan dan penghasilan nitrik oksida dalam tubuh badan, termasuk tingkah laku molekul ini dalam melindungi sistem kardiovaskular. Kajian saya merupakan yang pertama menunjukkan bahawa nitrik oksida (NO) meregulasi tekanan darah, aliran darah, dan penggumpalan darah.

Kita sedia maklum bahawa aktiviti seperti berlari, berbasikal, dan berenang adalah baik untuk kita, tapi mengapakah ia sihat untuk jantung kita? Senaman membantu saluran darah kita untuk meruai (relax) dan mengembang, membolehkan darah mengalir dengan lebih efisien di samping merangsang penghasilan nitrik oksida dalam badan, sekali gus menyihatkan jantung.

Oleh kerana nitrik oksida mengawal, meregulasi dan melindungi sistem kardiovaskular, tuntasnya ialah, lebih kerap kita bersenam maka lebih banyak nitrik oksida yang akan terhasil, justeru jantung kita akan menjadi lebih sihat,” jelas beliau.

jantung yang sihat

2. Amalkan Diet Seimbang yang Kaya dengan Omega-3.

Diet yang sihat memainkan peranan yang penting bagi kesihatan jantung kita. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar, protein serta bijian penuh membekalkan tenaga dan khasiat yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekal sihat.

Makanan seperti ikan berlemak (salmon, tenggiri, dan tuna), biji flaks, walnut, benih labu, dan kacang soya kaya dengan asid berlemak omega-3. Pengambilan asid berlemak omega-3 EPA (asid eikosapentaenoik) dan DHA (asid dokosaheksaenoik) juga mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Artikel Lain: Cara Hilangkan Kolesterol Jahat Dalam Badan

Ikan bukan sahaja merupakan alternatif yang baik bagi makanan seperti daging yang banyak mengandungi lemak tepu, malah nutrien omega-3 dalam ikan juga dapat menyumbang kepada sistem kardiovaskular yang lebih sihat dengan menjaga kolesterol dan trigliserida pada paras yang normal.

3. Belajar untuk Menangani Stres dengan Lebih Baik.

Yoga, meditasi, dan pernafasan dalam (deep breathing)  merupakan antara aktiviti yang dapat membantu menangani stres. Dengan mengurangkan stres, kesan positif yang dapat dialami oleh tubuh anda adalah lebih besar daripada apa yang mungkin anda sangkakan.

Stres mempengaruhi paras tekanan darah dan kolesterol, maka atas sebab inilah kita harus mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mengurangkan stres kita. Malah kajian juga telah menemui kaitan antara stres kronik dan penyakit jantung.

Di sebalik pelbagai teori yang mencadangkan bagaimana pengurangan stres dapat memelihara kesihatan jantung, ramai penyelidik percaya bahawa kenaikan dalam tahap stres dapat memberi kesan negatif pada bahagian tubuh yang lain.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi, stres boleh menyebabkan parasnya melonjak naik. Stres juga boleh mempengaruhi cara darah kita menggumpal, lantas mampu meningkatkan risiko berlakunya serangan jantung.

Individu dengan paras stres yang rendah mungkin lebih cenderung untuk bersenam dan menjaga pemakanan, iaitu dua komponen utama bagi jantung yang sihat.

Jadi, dengan mengurangkan stres anda bukan sahaja secara umumnya akan berasa lebih baik, malah tubuh anda juga akan menjadi lebih seimbang dan ia turut membantu memelihara paras tekanan darah dan kolesterol yang ideal.

4. Kecapi dan Pelihara Berat Badan yang Sihat.

Tahukah anda bahawa berat badan berjaya yang diturunkan walaupun dalam jumlah yang sederhana mampu memberi impak yang besar ke atas kesihatan jantung anda?

Berat badan yang sihat mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, dan diabetes—malah ia juga mampu memberi impak yang positif ke atas kesihatan fizikal anda secara keseluruhan. Namun bagaimanakah proses ini berlaku?

Selain pelbagai manfaat yang kita dapat nikmati dengan memiliki berat badan yang sihat, impaknya pada peredaran darah kita merupakan antara yang paling signifikan. 

Terdapat satu kajian yang telah mendapati bahawa jika berat badan—terutamanya lemak perut—berada dalam paras yang sihat, arteri akan dapat mengembang dengan lebih baik, lantas memperbaiki aliran darah.

Oleh kerana aliran darah yang optimum merupakan antara kunci yang utama bagi kesihatan sistem kardiovaskular kita, maka penurunan berat badan (atau pemeliharaannya, jika anda mempunyai berat badan yang sihat) merupakan langkah penting yang anda boleh ambil jika anda ingin memiliki jantung yang sihat.

5. Jaga Organ Endotelium yang Berfungsi untuk Menghasilkan Nitrik Oksida.

“Seperti yang saya telah temui dalam kajian saya, nitrik oksida merupakan salah satu molekul yang paling penting dalam sistem kardiovaskular.

Peningkatan nitrik oksida menyebabkan jumlah darah yang mampu mengalir ke organ juga meningkat, lantas paras tekanan darah dan sistem kardiovaskular kita akan menjadi lebih sihat.

Namun untuk mengecapinya, “wadah pengeluaran” nitrik oksida, iaitu endotelium, perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

Tubuh kita mengandungi 6 trilion sel endotelium, yang menyusun saluran darah sepanjang 60,000 batu dengan satu lapisan. Bersama, sel-sel ini membentuk sebuah organ yang dinamakan endotelium.

Endotelium merupakan satu-satunya jaringan selular dalam seluruh sistem kardiovaskular yang mampu menghasilkan nitrik oksida, maka kita perlu memastikan kesihatan endotelium ini terpelihara.

Endotelium yang sihat bermakna sel-sel endotelium vaskular anda juga sihat dan aktif pada setiap masa. Nitrik oksida wajib ada dalam tubuh kita untuk memelihara paras tekanan darah, aliran darah, dan penggumpalan darah yang normal pada setiap saat.

Dengan bersenam, mengamalkan diet yang sihat, mengurangkan stres, serta menurunkan berat badan, maka organ endotelium anda akan menjadi lebih sihat.

makanan sihat

Pengambilan nutrien seperti asid berlemak omega-3, CoQ10, kril, bawang putih, dan teh hijau juga boleh membantu menjaga kesihatan endotelium dengan membekalkan nutrien yang diperlukan oleh organ ini untuk berfungsi dengan sebaiknya.

Dan endotelium yang sihat menjurus kepada penghasilan nitrik oksida yang ideal, lantas memberi impak yang positif ke atas aliran darah dan tekanan darah, termasuk kebolehfungsian seluruh tubuh badan kita, ” beritahunya lagi.

Manfaat Jantung yang Sihat untuk Jangka Panjang.

Satu pengajaran yang anda sekurang-kurangnya boleh ambil daripada artikel ini ialah, jagalah kesihatan jantung, kita semua hanya memiliki satu organ ini di dalam tubuh kita dan jangka hayat kita ditentukan olehnya.

“Saya menjaga jantung saya dengan mengamalkan gaya hidup yang dapat mengekalkan kesihatannya untuk jangka waktu yang lebih lama, iaitu gaya hidup yang juga sesuai dengan fungsinya. Ia melibatkan program senaman aerobik berstruktur dan diet sihat yang mengandungi nutrien khas bagi menyihatkan jantung.

Pengalaman saya selama ini telah mengajar betapa pentingnya untuk saya menjaga diri saya dahulu sebelum kerjaya saya. Saya mengamalkan gaya hidup yang sihat di rumah dan di tempat kerja. 

Saya memulakan setiap pagi dengan mengambil sarapan yang sihat dan berkhasiat di samping melakukan aktiviti senaman dengan berlari, berjalan laju, atau berbasikal.

Suri teladan saya ialah ayah saya. Beliau merupakan seorang yang sangat aktif dan rajin bekerja sebagai seorang tukang kayu, yang turut meluangkan masa beliau di tempat kerja enam hari setiap minggu. 

Beliau juga sentiasa mengamalkan disiplin diet yang sihat, dan senaman merupakan sebahagian daripada kerjaya beliau,” jelasnya lagi.

Itulah serba sedikit perkongsian Dr Lou Ignarro tentang memiliki jantung yang sihat. Semoga bermanfaat!

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...