Skip to main content

SANTAPAN UMMIS HIJAU KASTURI, IFTAR 2023

Santapan Ummis Hijau Kasturi

Santapan Ummis Hijau Kasturi | Restoran dan syarikat katering tempatan, Santapan Ummis Hijau Kasturi di Sentul Point kembali membawakan nostalgia aneka makanan desa sepanjang Ramadan 2023 akan datang

Meneruskan konsep bufet yang sudah menjadi identiti mereka, seleksi untuk Ramadan akan bermula pada 23 Mac 2023 hingga 19 April 2023. Ibu, walau masakannya hanya telur goreng rasa enak tidak terkata.

Bertemakan ‘Air Tangan Ibu’, sebanyak lebih daripada 45 jenis makanan daripada hidangan Melayu klasik dan Nusantara untuk anda ubati rindu pada ibu yang sudah tiada atau jauh di kampung bersama Santanpan Ummis Hijau Kasturi.

Santapan Ummis Hijau Kasturi

Santapan Ummis Hijau Kasturi Ubati Kerinduan

Cef hebat yang memenuhi sosok seorang ibu penyayang, Cef Hajah Norziah bersama suami tercinta, Cef Haji Fauzi bakal membawa anda mendakap rindu dengan masakan yang mencuri hati sejak suapan pertama ke mulut.

Luar biasa keenakan menu-menu yang disajikan, menepati tema air tangan ibu

Tiga masakan utama setiap hari ialah Berlado, Masak Lemak dan Asam Pedas dengan pelbagai jenis lauk utama yang dimasak berganti-ganti. Antara menu tersebut adalah Siput Sedut Masak Lemak, Itik Salai Masak Lemak, Kepala Ikan dengan Lobak Masin dan Daging Salai dengan Bacang Masak Lemak. 

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati pilihan bakar seperti Ayam, Kambing dan Lembu yang telah diperap dengan ramuan istimewa dan dicicah bersama Air Asam, Sos Kicap, ‘Sambal Rindu’, Sambal Hijau atau Sambal Mangga. 

Ditambah pula, masakan seperti aneka kerabu, lauk pauk, ulaman, soto, masakan barat dan air penyegar dahaga juga ada melengkapkan. 

Tak lupa kuih muih,aneka bubur dan mee bakal tersedia sebagai pengikat selera. Bagi menambah kelainan pada Ramadan kali ini, para pelanggan juga bakal dihidangkan sajian ‘Dulang Berkat’ sebelum pulang.

Di dalam dulang tersebut, pelanggan akan menikmati sajian terakhir yang berlainan setiap hari. Menu tersebut juga sebagai simbolik mengambil keberkatan Ramadan dalam bersedekah, dan dalam masa yang sama mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke Santapan Ummis Hijau Kasturi. 

Santapan Ummis Hijau Kasturi
Santapan Ummis Hijau Kasturi

Artikel Lain: Tauke Nasi Arab Mahu Jadi Penyany

Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang luas di tingkat bawah premis. Kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis. 

Boleh memuatkan 80 pelanggan pada setiap hari dan tempahan awal sangat digalakkan bagi memastikan semuanya mudah dan senang hati. 

Untuk promosi ‘early bird’ harga RM45.90 nett diperkenalkan untuk dewasa, RM17.90 nett untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas untuk pembelian baucer tempahan sehingga 28 Februari 2023. 

Santapan Ummis Hijau Kasturi

Selepas itu, harga akan dicaj sebanyak RM 51.90 nett untuk dewasa dan RM19.90 nett ditawarkan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas. 

Dalam masa yang sama, Ummis Hijau Kasturi terus komited untuk mencegah penularan wabak COVID-19. Untuk itu, pihak restoran telah menetapkan hanya menerima 80 orang pengunjung dalam satu masa sahaja. 

Selain itu, buat mereka yang ingin menikmati air tangan cef yang pernah berkhidmat buat keluarga diraja Brunei ini, boleh membeli produk sejuk beku Santapan Ummis Hijau Kasturi. Antara produk sejuk beku yang tersedia adalah Karipap ‘Sendat Padat’ , Lasagna, Popia dan Macaroni. 

Artikel Lain: Resepi Ayam Goreng Cili Api

Tidak dilupakan, produk yang sedang laris di restoran ini, Ikan Keli Dendeng Ummis juga tersedia. Menariknya, Ikan Keli tersebut merupakan ikan yang diternak di dalam sangkar dan hanya memakan makanan rumusan yang diperkaya dengan protein dan Omega 3. 

Waktu Operasi Santapan Ummis Hijau Kasturi

Untuk info, restoran ç juga dibuka pada setiap hari untuk pelbagai sajian. Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar. 

Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan atau sebarang acara hubungi talian :

03-40324383(pejabat)

017-6534133(operasi) atau 

011-23058511(pengeluaran/production).

*kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma ** Bayaran 100% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan 

Waktu Operasi Bulan Ramadhan : 

Setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam 

Waktu Operasi Harian : 

Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang 

Alamat:-

Santapan Ummis Hijau Kasturi

G3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul, 51200, Kuala Lumpur. 

Facebook : https://www.facebook.com/ummis.hijaukasturi.9

Instagram : https://www.instagram.com/ummis_hijaukasturi/

Santapan Ummis Hijau Kasturi
Cef Hajah Norziah bersama suami tercinta, Cef Haji Fauzi berganding bahu menyempurnakan bufet Ramadan di Ummis Hijau Kasturi

Jadi, jangan lupa untuk menikmati hidangan air tangan ibu di Santapan Ummis Hijau Kasturi pada bulan Ramadan nanti ya. Adalah lebih baik jika membuat tempahan awal

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...