Skip to main content

JACKSON WANG DUTA TELEFON PINTAR PERTAMA ONEPLUS APAC

Jackson Wang

Jackson Wang | Artis global Jackson Wang  telah diumumkan sebagai duta telefon pintar, pertama untuk OnePlus APAC.

Beliau juga dikenali sebagai MAGIC MAN, Jackson Wang adalah seorang artis terkemuka yang terkenal dengan persembahan beliau yang berkuasa dan menarik perhatian ramai serta mempunyai kejayaan dalam setiap bidang yang diceburi.

Beliau adalah pilihan tepat untuk dikaitkan dengan jenama OnePlus dengan slogan “Never Settle”, mencerminkan pengguna OnePlus yang ingin sentiasa untuk mencapai lebih dari biasa dan sentiasa berusaha menjadi lebih baik.

Jackson Wang, Artis Global Yang Sentiasa Bersemangat

“Saya sentiasa berfikir untuk mencari cara-cara untuk menaik-tarafkan diri saya dan juga karya-karya saya untuk mencipta benda yang baharu buat peminat saya,” kata Jackson Wang, Duta Telefon Pintar OnePlus APAC.

“Ianya penting untuk saya terus melangkaui sempadan. Perkongsian bersama OnePlus ini melambangkan usaha saya untuk melangkaui sempadan, dan tidak berhenti sama sekali untuk memperbaiki diri saya. Tahun ini, saya teruja untuk bersama OnePlus dan tidak sabar untuk menghadapi tahun ini dengan penuh bersemangat.”

Jackson Wang adalah seorang yang mempunyai pelbagai bakat – beliau adalah seorang penyanyi, penghibur, pengarah kreatif dan juga pengasas TEAM WANG records serta TEAM WANG design.

Artikel Lain: Tinggalkan Zon Selesa Atau Zon Panas Untuk Berjaya!

Beliau sentiasa mendorong dirinya untuk melangkaui lebih jauh. Melalui keazaman dan semangatnya, Jackson telah mencapai pelbagai kejayaan di dalam hidup beliau.

Nilai OnePlus “Never Settle” bersama-sama dengan Jackson mengingatkan semua untuk mengejar kemungkinan yang terbaik untuk diri mereka. Berpegang teguh pada semangat jenama “Never Settle”, OnePlus secara konsisten mencipta bersama-sama komunitinya untuk membawa peranti dan perisian premium yang memberikan pengalaman pengguna yang terbaik.

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Jackson Wang kerana dia adalah kuasa global dengan semangat yang tulen dan memberi inspirasi kepada semua,” kata Emily Dai, Ketua OnePlus APAC.

Artikel Lain: Pratik Cara Mudah Untuk Lebih Maju Ke Hadapan

“Kami kini sedang meningkatkan saiz kami di rantau APAC, dan kami gembira Jackson akan bersama kami di dalam perjalanan ini. Kami berazam untuk memberikan pengalaman pengguna yang terbaik untuk pelanggan kami di seluruh rantau APAC dengan membina peranti berkualiti tinggi, bekerjasama dengan rakan-rakan, dan juga membuat pelaburan jangka panjang agar lebih banyak pengguna mendapat manfaat daripada produk dan teknologi kami.”

Pelancaran Peranti Perdana OnePlus – OnePlus 115G dan OnePlus Buds Pro 2

Pengumuman Jackson Wang sebagai duta telefon pintar OnePlus APAC adalah bersempena dengan pelancaran peringkat global peranti perdana OnePlus generasi terbaharu – OnePlus 11 5G dan OnePlus Buds Pro 2.

Peranti-peranti perdana baharu ini akan menarik perhatian pengguna dengan prestasi luar biasa, pengalaman penggunaan OnePlus yang cepat dan lancar, serta reka bentuk yang kemas dan rapi.

“Di OnePlus APAC, kami percaya peranti perdana ini, dengan pengalaman penggunaan yang cepat dan lancar yang OnePlus sangat dikenali, akan mengukuhkan posisi kami di pasaran dan juga memberi impak positif kepada pengguna kami. Menyediakan produk berkualiti tinggi kepada pengguna di seluruh rantau ini adalah misi OnePlus APAC sejak kami memulakan perjalanan ini.

Dengan keupayaan peranti perdana baharu kami yang tiada bandingan, serta berkualiti tinggi, kami akan terus menilai portfolio kami dan menawarkan pengguna kami pengalaman multi-dimensi untuk mencipta kehidupan digital yang lancar untuk semua.”

Nak tahu lebih lanjut tentang  pelancaran peranti perdana baharu dari OnePlus ini layari,  oneplus.com, dan kalau nak tahu untuk lebih tahu mengenai Jackson Wang dan OnePlus, layari @oneplus.msia dan @oneplusmys

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...